JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Monday 31 December 2012

Selangor mahu selamatkan tanah LTAT dari ditipu pemimpin Umno

Dato’ Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini.
Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980an bertujuan  sebagai Tapak Kem 9 Briged.

 

Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa.

Kerajaan negeri juga akan meneliti samada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin.

Kita akan melihat semula dokumen-dokumen yang berkaitan. sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urusniaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urusniaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang.

Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980an.

Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urusniaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera.

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan niat UMNO untuk menyalahgunakan dana awam ini  bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menyalahguna kuasa demi kepentingan politik dan peribadi.

Nampaknya UMNO tidak serik dengan aib yang mereka hadapi setelah kehilangan dana awam RM250 juta menerusi projek NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka. Kini wujud pula pengkhianatan yang melibatkan bukan sahaja dana awam tetapi hartanah yang dikhususkan untuk Angkatan Tentera, juga oleh pimpinan kanan dan pemimpin wanita UMNO Selangor.

Selama ini Raja Ropiah cuba menonjolkan watak seorang pemimpin yang membela hak rakyat dengan sering hadir setiap kali ibu tunggal mengadakan perhimpunan menuntut hak dari kerajaan Selangor setelah dilantik sebagai Senator menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pelantikannya tidak disambung semula. Rupa-rupanya beliau tidak jauh beza dengan mentornya.

Deepak mungkin mempunyai agendanya tersendiri tetapi apa yang lebih penting bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor, pendedahan Deepak telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinetnya terlalu kotor dan bergelumang dengan skandal dan salah guna kuasa pada setiap peringkat./KD

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Sunday 30 December 2012

DANA PENCEN TENTERA DAN LTAT DI SELEWENG?

Rafizi bawa bekas tentera ‘serbu’ syarikat bayar kepada Deepak

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan syarikat itu.

“Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama.

“Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit rakyat? Itu hak kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.

Namun, dana Bakti Wira dalam bentuk wang pencen tentera dikesan digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin Umno.

Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut garis panduan dan amalan pelaburan baik.

“Ini lebih teruk daripada bail out,” katanya.

Beliau juga akan menghantar surat rasmi surat kepada kerajaan Selangor Isnin depan bagi mendapatkan status terkini pindah milik 200 ekar tanah kepada Awan Megah Sdn Bhd.

“KEADILAN akan memohon kerajaan Selangor gunakan kuasanya untuk halang,” katanya sambil menyatakan kuasa pindah hak milik tanah terletak di tangan kerajaan negeri.

“Sekurang-kurangnya RM30 juta boleh diselamatkan,” kata Rafizi./KD
 
(Berita terdahulu: klik ini)

Monday 17 December 2012

CERAMAH KOBAT (KOR BEKAS ANGKATAN TENTERA) DI KAWASAN FELCRA PULA

14hb Disember 2012 (Jumaat) baru-baru ini, KOBAT telah tampil di kawasan Felcra pula.  Inilah kali pertama KOBAT dijemput untuk menjejakkan kaki ke kawasan Felcra di mana sebelum ini KOBAT banyak dijemput di kawasan Felda sekitar Pahang.

Malam kelmarin bertempat di Felcra Air Hitam, satu kawasan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Jempol tetapi diletakkan di kawasan Parlimen Jelebu KOBAT berceramah bersama pimpinan dari PAS iaitu YB Khalid Samad (MP Shah Alam) dan juga YB Taufik (Adun Paroi).  

Penyelaras KOBAT, Wfauzdin NS
Ceramah telah diadakan di halaman rumah seorang peserta Felcra yang dihadiri oleh seramai tidak kurang dari 300 orang penduduk tempatan termasuk berpuluh orang dari kaum Cina, India dan kelihatan juga di kalangan Orang Asal.  Saya juga sempat bertemu dengan beberapa orang wara tentera yang masih berkhidmat yang kebetulan bercuti dan juga ramai bekas-bekas tentera yang menjadi peneroka Felcra.

Adun Paroi, YB Taufik
MP Shah Alam, YB Khalid Samad
Di antara isu yang saya bangkitkan di dalam ceramah tersebut adalah berkaitan dengan beberapa kumpulan bekas tentera yang tidak berpencen melakukan perbuatan biadab yang memalukan bekas-bekas tentera seperti menonggeng punggung di hadapan rumah S.Ambiga.  Turut disentuh adalah bagaimana sewajarnya ATM dan juga persatuan bekas tentera tidak menjadi bahan mainan pemerintah semata-mata demi kepentingan politik mereka.

Penyerahan Borang seramai 60 orang menyertai PAS kepada YB Khalid Samad
KOBAT juga menyatakan betapa pentingnya warga tentera mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa politik tanpa menyertai mana-mana parti politik.  Mereka tidak patut ketinggalan daripada orang awam yang kini semakin sedar betapa kerajaan yang ada sekarang patut diganti dengan kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat yang terbukti telah mentadbir beberapa negeri dengan cemerlang tanpa sebarang penyelewengan dan rasuah.

Suasana di dalam halaman dan luar halaman rumah kawasan ceramah

Seperti biasa, KOBAT terus menyenaraikan beberapa tuntutan KOBAT untuk kebajikan warga tentera dan bekas tentera sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.  Teruskan bersama kami Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) untuk masa hadapan kita dan generasi akan datang.

Sunday 9 December 2012

KEBANGKITAN RAKYAT - KOBAT SERU BEKAS TENTERA HADIR HARI INI DI KERDAU



HARI ini (09 Disember) rakyat Pahang yang mahukan perubahan akan berkumpul di Dataran Darul Hikmah, Kerdau, Temerloh, Pahang di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Pahang yang akan bermula jam 11.00 pagi hingga berlarutan ke tengah malam jam 12.00 malam.

Semenjak pagi berbagai acara telah diatur dan kemuncaknya adalah Ceramah Perdana oleh pimpinan tertinggi dari Pakatan Rakyat.  Kepada seluruh bekas tentera/perajurit diseru untuk bersama rakyat menunjukkan solidariti dan azam bagi menumbangkan rejim Umno/Bn yang selama ini merasa ego serta gagal membela nasib rakyat.

KOBAT akan turut serta ke perhimpunan hari ini.  


Saturday 8 December 2012

CERAMAH KOBAT DI PEKAN MENGIMBAU SEJARAH KEHADIRAN PENJAJAH

Pimpinan - Kiri, YB Khalid (MP Shah Alam), Kapt (B) Athiuddin (Timb YDP PAS Pekan), Us Othman (Pengarah MTD Dun Pulau Manis), Sdr Zukhri Aksah (Penulis/Aktivis), Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang)
Sekali lagi KOBAT telah tampil di Parlimen Pekan setelah hadir pada Program Skandal Scorpene anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bulan lalu.  Kali ini, pada 06 Dis 2012, KOBAT pula menganjurkan program di tempat yang sama iaitu di Taman Indera Sempurna, Kuantan (Parlimen Pekan).

Sdr Kamarzaman (Pen SU PKR Pahang) mempengerusikan Program
KOBAT dengan kerjasama SAMM Pahang, PKR dan PAS Pekan beserta NGO Benteras Judi Internet telah menjemput Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad untuk menyampaikan ceramah beliau.  Di samping itu, turut dibawa bersama untuk menyampaikan ceramah adalah Ketua Penerangan PKR Pahang, Sdr Razali Alias dan Pengarah MTD Dun Pulau Manis, Us Othman.

Us Othman (Pengarah MTD Dun Pulau Manis)
Kehadiran pada malam tersebut dianggarkan tidak kurang dari 500 orang iaitu kurang sedikit dari program anjuran SAMM yang lalu.  Ini adalah kerana pada tarikh yang sama terdapat dua program ceramah iaitu di Tanah Putih, Kuantan dan juga di Felda Lepar Hilir, Kuantan.  Kami telah menyediakan dua buah khemah kerana keadaan cuaca sekarang di Kuantan tidak menentu.

Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) berucap
Meskipun pada sebelah petangnya hujan agak lebat sehingga menyebabkan keadaan padang awam tersebut becak, namun orang ramai yang tidak berpeluang berada di kerusi khemah yang disediakan tetap mencari tempat yang sesuai untuk mengikuti ceramah pada malam tersebut.

Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS tampil sebagai penceramah sebelum penceramah terakhir iaitu YB Khalid Samad.  KOBAT telah mengimbau kembali peristiwa dan sejarah penjajah sewaktu kedatangan Henry Gurney ke Tanah Melayu.  Trajedi di Memali turut diimbas kembali oleh KOBAT bagi menunjukkan kezaliman telah berlaku bukan sahaja oleh penjajah bahkan setelah negara ini mencapai kemerdekaan.

Keadaan orang ramai di dalam khemah dan di tepi-tepi jalan mendengar ceramah


Penyelaras KOBAT (Wfauzdin NS)
Ahli Parlimen Shah Alam (YB Khalid Samad) membacakan fakta di dalam ceramah beliau
 
InsyaAllah, KOBAT akan terus menjelajah ke seluruh pelusuk Negeri Pahang bagi menemui orang ramai khususnya warga tentera dan bekas-bekas perajurit bagi menyampaikan maklumat tentang isu semasa negara.


Thursday 6 December 2012

CERAMAH KOBAT SEKALI LAGI DI KAWASAN NAJIB MALAM INI


Setelah mengadakan ceramah di kawasan Dun Lanchang, Temerloh baru-baru ini, malam ini (06 Dis - Khamis) KOBAT pula akan menganjurkan Program Ceramah Umum bertempat di Taman Indera Sempurna, Kuantan (Parlimen Pekan) mulai jam 08.45 malam.

Turut hadir berceramah malam ini adalah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad.  Ketua Penerangan PKR Pahang, Sdr Razali Alias yang juga Penyelaras Parlimen Pekan turut tampil bersama Us Othman selaku Pengarah MTD Dun Pulau Manis, Pekan.

Warga tentera dan bekas-bekas tentera dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat semasa.

Friday 30 November 2012

KOBAT BERKUNJUNG KE DUN LANCHANG, TEMERLOH PADA 01 DIS 12 (SABTU)


KOBAT sekali lagi akan berkunjung ke Temerloh, kali ini di Dun Lanchang iaitu di Taman Lanchang Permai, Bolok, Lanchang, Temerloh pada 01 Disember 2012 (Sabtu) bagi menyampaikan ceramah mulai jam 08.45 malam.

Wfauzdin NS (Penyelaras KOBAT)
Turut bersama adalah Puan Felicia Ling (AJK Wanita PKR Pusat), Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Sdr Man Kadir @ Pak Jabit (Timb Ketua Cabang PKR Temerloh) dan juga seorang aktivis Cikgu Jalaluddin.

Dijemput semua warga tentera dan bekas tentera yang berhampiran untuk hadir pada malam itu nanti.  Apakah yang KOBAT perlukan bagi merubah keadaan warga tentera dan bekas tentera sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan?  Jom hadir untuk mendapatkan maklumat isu-isu semasa.

Wednesday 28 November 2012

GURU DIPECAT, KINI MENANTI WARGA TENTERA PULA?


Baru-baru ini kita dapat mengetahui kisah di mana seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Rendah Agama di Labuan bernama Sdri Qatrun Nada Latfi telah dipecat akibat mengikuti satu program ceramah politik.

Tindakan zalim yang tidak berperikemanusiaan ini wajib ditentang.  Apakah satu jenayah apabila seseorang itu ingin mendapatkan haknya untuk mendapatkan maklumat dari berbagai pihak?  Adakah beliau melakukan kesalahan meninggalkan kelas untuk mendengar ceramah politik?  Tidak.  Beliau hadir di dalam program ceramah di luar waktu beliau bertugas.

KOBAT difahamkan, terdapat kes di dalam ATM akan meniru cara tersebut.  Sekiranya ianya benar, kami tidak akan berdiam diri untuk membela sesiapa sahaja dari warga ATM yang dizalimi angkara suruhan orang-orang politik.  Kami ingin mengingatkan semua pegawai di dalam ATM, bermuhasabahlah, berlakulah dengan adil kepada anak-anak buah sendiri tanpa takut dengan arahan parti politik yang bakal lingkup itu.

Jangan korbankan anak buah sendiri demi untuk menjaga perut pemimpin yang telah banyak mengaut hak-hak ATM.  KOBAT akan terus memantau perkara ini seperti kami memantau beberapa kes penyelewengan dan salah urus yang berlaku di dalam ATM

Tuesday 20 November 2012

CERAMAH KOBAT DI TAMAN SAGA, MENTAKAB MALAM INI (20 NOV 2012)

Ceramah KOBAT di Pekan baru-baru ini
InsyaAllah, malam ini (20 Nov 2012 - Selasa), KOBAT telah dijemput untuk memberikan ceramah di Apak Corner, Taman Saga, Mentakab di dalam satu program Ceramah Umum bersama Sdr Fariz Musa (Ahli MPP/Pengerusi Jingga 13), Sdr Man Kadir @ Pak Jabit (Timb Ketua Cabang KEADILAN Temerloh/Dramatis) dan Sdr Rizal Jamin (Penyelaras Dun Benta/Bekas Ketua AMK Pahang).

Kepada semua dijemput hadir beramai-ramai terutamanya kepada warga tentera/keselamatan dan juga pesara-pesara tentera.  KOBAT akan memperincikan isi kandungan memorandum tuntutan KOBAT yang baru-baru ini telah diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kuantan.  Tuntutan itu adalah untuk Pakatan Rakyat pertimbangkan seterusnya untuk dilaksanakan sekiranya berjaya ke Putrajaya.

Apakah kandungan tuntutan tersebut?  Sama-samalah kita hadir beramai-ramai malam ini.

Saturday 17 November 2012

BEKAS TENTERA 'TERPAKSA' MENCURI SEPEKET SUSU UNTUK BERI MAKAN ANAK DIPENJARA

Jika anda seorang tentera atau bekas tentera yang ada walau sedikit iman di dada, paling tidak sedikit naluri kemanusiaan, pasti akan terasa sebak dengan kisah bagaimana seorang bekas tentera terpaksa mencuri demi untuk anak perempuannya.

Seperti dilaporkan semalam, Mahkamah Majistret Kuantan telah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang bekas tentera yang mengaku bersalah mencuri sepeket susu tiga hari lepas. Penolong Kanan Pendaftar Jesseca Damis memerintahkan hukuman ke atas Mohd Sobir Kashim, 32, dijalankan bermula hari ini. Mohd Sobir yang tidak diwakili peguam, didakwa mencuri sepeket susu jenama Anlene Gold seberat 660 gram berharga RM21.99 di Pasaraya Jaya Gading, Semambu dekat sini, pada 2.15 petang, 13 Nov lepas. 

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, dan bagi kesalahan kedua atau selepasnya boleh dipenjarakan, denda atau sebatan. 

Bukan salah atau silap Hakim apabila berkata, " Kamu adalah seorang bekas tentera dan sepatutnya kamu tidak buat kesalahan ini dan setelah mengambil kira rayuan kamu mahkamah menetapkan hukuman penjara tiga bulan ke atas kamu dan hukuman dijalankan bermula dari hari ini,” katanya.  Hakim menjatuhkan hukuman mengikut bidangkuasa yang ada padanya.  Tetapi, andainya Hakim berkenaan meneruskan ayat beliau, " Apakah sebagai bekas tentera, seorang yang pernah berjasa kepada negara ini, kamu tidak diberi pembelaan atau keistimewaan agar kamu boleh menampung kehidupan keluarga kamu?" Jika itu lah ayat yang keluar dari mulut Hakim sebelum menjatuhkan hukuman, nescaya kita semua mampu untuk menjawab bagi pihak bekas tentera tersebut.

Terdahulu, tertuduh yang berasal dari Padang Serai, Kedah, dalam rayuannya berkata dia terpaksa mencuri susu tersebut untuk dijual dengan alasan dia tidak mempunyai wang bagi membeli makanan untuk anak perempuannya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari.  

Wang 'One Off' sebanyak RM1, 000 yang dijanjikan itu belum lagi diterima, walaupun bekas-bekas KEMAS yang hanya berkhidmat lebih 5 tahun telah pun menerimanya dengan jumlah RM3, 000 jauh berganda dari bekas tentera seperti beliau. 

Di dalam keadaan kita menyaksikan ratusan Juta duit rakyat disapu oleh pimpinan rakus dan masih tiada siapa yang ditahan atau didakwa, bekas tentera ini telah pun merengkok di dalam penjara hanya kerana satu tin susu untuk dijual bagi memberi makan kepada anaknya. 

Kepada anda yang tahu di mana alamat waris bekas tentera ini, mohon maklumkan kepada KOBAT melalui email kami zek_riy@yahoo.com atau No Tel: 013-9410309.  Kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu waris bekas tentera ini.


Wednesday 14 November 2012

KOBAT SERAH SUMBANGAN KEPADA KUMPULAN HIJAU ' BERJALAN KAKI' BANTAH LYNAS

Malam tadi KOBAT telah berkunjung ke tempat hentian (Check Point) Kumpulan Hijau Anti Lynas di Pekan Gambang sebagai tanda sokongan KOBAT kepada kempen mereka membantah Lynas yang telah mendapat kelulusan untuk beroprasi di Gebeng, Kuantan.

Kumpulan ini telah berjalan kaki seramai lebih kurang 45 orang dari Padang MPK 1, Kuantan diketuai oleh Pengerusinya, Sdr Wong Tack untuk menuju ke KL, berhimpun di Dataran Merdeka sebelum ke Parlimen bagi menunjukkan bantahan ke atas Lynas.  Di dalam perjalanan sejauh lebih kurang 300 Km itu, kumpulan ini telah berhenti rehat di Pekan Gambang dan akan meneruskan perjalanannnya awal pagi ini.

Dari kiri, Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS, Sdr Asri menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Kumpulan Hijau Anti Lynas, Sdr Wong Tack disaksikan oleh Sdr Lee Chean Chung selaku Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota dan ahli Kumpulan Hijau
Dalam kunjungan KOBAT malam tadi, kami telah memberikan sumbangan satu kotak air penambah tenaga '100 Plus' untuk kumpulan tersebut.  Wakil KOBAT, Sdr Asri telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengerusinya.  

KOBAT sentiasa mendoakan agar perjalanan kumpulan tersebut berada di dalam keadaan selamat sepanjang perjalanan mereka ke KL.

Monday 12 November 2012

KOBAT CERAMAH DI KAWASAN NAJIB LAGI

Terlebih dahulu KOBAT mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan SAMM Pahang untuk KOBAT menyampaikan ceramah di dalam Program Ceramah Jelajah Skandar Scorpene anjuran SAMM Kebangsaan dan SUARAM pada 10 hb Nov 2012 bertempat di Taman Indera Sempurna, Pekan baru-baru ini.

Sejajar dengan prinsip KOBAT iaitu menentang sebarang bentuk penyelewengan atau rasuah, lebih-lebih lagi melibatkan penjualan rahsia keselamatan negara, maka amat tepat KOBAT menerima jemputan dari pihak Penganjur malam itu.

Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS sedang berucap

Penceramah dari KOBAT, Sdr Wfauzdin NS yang juga admin kepada blog ini mengambil kesempatan untuk mengulas beberapa isu walaupun masa agak singkat bagi memberikan laluan kepada penceramah utama iaitu Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan juga wakil peguam dari SUARAM.

KOBAT telah menyentuh isu skandal pembelian kenderaan RIV sepertimana yang pernah ditegur oleh Tuanku Sultan Johor.  Turut disentuh adalah berkaitan memorandum KOBAT yang telah diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sewaktu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang baru-baru ini, di mana memorandum tersebut turut meminta sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya, maka pemberian Elaun Sara Hidup setiap bulan hendaklah diberi kepada bekas-bekas tentera yang tidak berpencen mengikut tempoh perkhidmatan mereka.

Di antara yang hadir dalam Ceramah Jelajah Skandal Scorpene di Pekan
Pemberian 'One Off'" sebanyak RM 1, 000 kepada bekas-bekas tentera yang tidak berpencen ini amat jauh bezanya dari pemberian 'One Off' kepada bekas Guru-Guru KEMAS yang telah berkhidmat lebih dari 5 tahun, sedangkan kebanyakan bekas tentera yang tidak berpencen mereka telah berkhidmat lebih dari 10 tahun.

Turut disentuh adalah perkembangan yang amat positif di kalangan warga tentera kini untuk menukar tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat.  Oleh sebab kebangkitan dan kesedaran ini lah maka dapat dilihat bagaimana pihak mereka cuba untuk menekan warga tentera agar menjauhkan diri dari Pakatan Rakyat dengan berbagai kaedah dan cara, sedangkan di pihak Umno/Bn mereka bebas untuk berkempen di kalangan warga tentera.

KOBAT akan terus memberikan penerangan dengan apa jua cara untuk memberi kesedaran kepada warga tentera dan bekas tentera bahawa sudah sampai masanya negara ini perlu berubah menjadi sebuah negara yang bersih, adil dan selamat.

Friday 9 November 2012

INTIPATI MEMORANDUM KOBAT PADA JELAJAH SKANDAL SCORPENE DI PEKAN PADA 10 NOV 2012 (SABTU) INI


KUALA LUMPUR 8 Nov: Penyerahan memorandum tuntutan Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, membuktikan bekas tentera lebih menyakini kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat berbanding Umno BN, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman.

“Umno BN dakwa menjaga kebajikan bekas tentera, tiada sebab mengapa bekas tentera akan beri kepercayaan kepada pembangkang. Jelas hanyalah telahan kosong semata.

“Kenapa kita serahkan memorandum kepada Anwar? Kerana kita yakin dengan kepimpinan beliau. Kita yakin hanya Pakatan boleh merealisasi tuntutan,” kata Pengerusi Kobat Pahang itu kepada Keadilan Daily, hari ini.
 
 

Beliau yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang itu berkata, perbincangan mengenai tuntutan yang dibangkitkan dalam memorandum akan diadakan dalam masa terdekat.

“Mengikut makluman, memorandum sedang disemak Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution. Selepas selesai, akan ada pertemuan untuk bincang lebih lanjut,” katanya.

Pada 4 November lalu, Anwar menerima memorandum tuntutan Kobat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan, Pahang.

Ia memuatkan tuntutan berkaitan tiga aspek iaitu dasar dan pentadbiran, latihan dan kerohanian, keselamatan dan logistik agar dapat dilaksanakan setelah Pakatan berjaya ke Putrajaya.

Tuntutan itu boleh dibaca di sini.
 
Sumber:  KeadilanDaily
 
Nota:  InsyaAllah, pada Program Jelajah Skandal Scorpene Anjuran SAMM dan SUARAM di Taman Indera Sempurna, Pekan, Pahang pada 10 hb Nov 2012 (Sabtu) ini, wakil KOBAT akan diberi peluang untuk memberikan ceramah.  Intipati memorandum tersebut akan dinyatakan di dalam ceramah berkenaan.

Tuesday 6 November 2012

DS ANWAR TERIMA MEMORANDUM KOBAT

Kelmarin, pada 04 hb November 2012 (Ahad) sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Negeri Pahang, KOBAT mengambil kesempatan tersebut untuk menyerahkan 'Memorandum Tuntutan KOBAT' kepada Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepatutnya memorandum tersebut telah diserahkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang baru-baru ini tetapi memandangkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu tidak dapat hadir, maka KOBAT menangguhkan penyerahan tersebut.

Penyerahan Memorandum Tuntutan KOBAT kepada Dato' Seri Anwar
Kelmarin, sewaktu Program Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bertempat di Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan, KOBAT telah menyerahkan Memorandum tersebut ke tangan Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri yang disaksikan oleh puluhan ribu yang hadir malam tersebut.  Penyerahan malam itu mendapat tepukan dari ramai bekas-bekas tentera yang hadir dan kebanyakannya menginap di kawasan berhampiran termasuk juga ramai warga tentera yang meraikan demokrasi hadir untuk mendapatkan maklumat semasa dari Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ribuan yang hadir
Dato' Seri Anwar Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha KOBAT dan beliau berjanji akan bertemu dan bersemuka dengan KOBAT di dalam masa terdekat ini bagi membincangkan lebih lanjut tentang memorandum yang telah disampaikan itu.  

Apakah tujuan memorandum tersebut disampaikan?  Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberikan cadangan dan tuntutan kepada Pakatan Rakyat berkaitan tiga aspek yang terkandung di dalam memorandum tersebut agar dapat dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya, InsyaAllah.

Tiga aspek penting tersebut melibatkan:

1.  Dasar dan Pentadbiran
2.  Latihan dan Kerohanian
3.  Keselamatan dan Lojistik

Tuntutan KOBAT bukan hanya untuk kepentingan pesara-pesara atau bekas tentera sahaja, tetapi lebih banyak menumpukan kepada kebajikan warga tentera yang sedang berkhidmat.  Di antara kandungan tuntutan tersebut telah kami siarkan sebahagiannya di dalam Blog ini dan akan kami siarkan dari semasa ke semasa.

KOBAT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana sudi menerima memorandum kami.  Turut kami hargai adalah pihak Penganjur Program Ceramah malam tersebut yang telah memberikan sedikit ruang kepada KOBAT walaupun tidak dirancang lebih awal untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

Friday 2 November 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT - PELUANG WARGA TENTERA/BEKAS TENTERA DAPATKAN MAKLUMAT

Jelajah Merdeka Rakyat bersama bas 'kontroversi' akan tiba ke Pahang pada 04 November (Ahad) ini bersama rombongan Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Setibanya beliau ke bumi Pahang, kawasan pertama yang akan beliau kunjungi adalah di Pekan Lanchang, Temerloh.  Kemudian rombongan akan ke K.Krau iaitu di Perkarangan Ibu Pejabat KEADILAN K.Krau.



Lokasi seterusnya adalah di Kuantan dan Indera Mahkota.  Dato' Seri Anwar akan mengerjakan Solat Maghrib di Madrasah Medan Warisan (Depan Giant) Kuantan seterusnya akan memberikan tazkirah.  Sejurus selepas itu, beliau akan ke lokasi ceramah pertamanya iaitu di Pelangi Resort, Balok.  Ceramah kedua pula selepas itu adalah di Perkarangan PASTI Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jln Gambang, Kuantan.


Kepada semua warga tentera dan bekas-bekas tentera di kawasan berhampiran dijemput hadir.  Sekali lagi diperingatkan kepada warga tentera, adalah tidak menjadi satu kesalahan kepada anda untuk hadir semata-mata untuk mendapatkan maklumat dan penerangan berkaitan isu semasa politik tanahair.  

Anda hanya DILARANG berkempen, menjadi ahli atau terlibat secara langsung membantu jentera parti (Rujuk PMAT 1972, Bahagian 3).  Maka, jadilah warga tentera yang bermaklumat kemudiannya pilihan di tangan anda.

Wednesday 31 October 2012

TUNTUTAN KOBAT - BAS SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK TENTERA/BEKAS TENTERA

Berlanjutan daripada beberapa perkara yang dituntut oleh KOBAT kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya adalah kemudahan bas sekolah bagi anak-anak warga tentera dan bekas-bekas tentera.

Amat mendukacitakan, kebanyakan kem-kem tentera masih menggunakan trak tentera untuk dijadikan Feri Sekolah bagi membawa anak-anak tentera pergi dan balik sekolah.  Kegunaan trak tentera ini bukan sahaja mempunyai risiko keselamatan yang tinggi tetapi juga tidak selesa buat anak-anak untuk ke sekolah.  

Feri Sekolah, trak tentera tidak selamat dan kurang selesa

Sehubungan itu, KOBAT mahukan agar di setiap kem tentera disediakan kemudahan bas sekolah yang mencukupi tanpa dikenakan sebarang bayaran.  Kemudahan ini juga hendaklah diberikan kepada anak-anak bekas tentera, samada mereka berada di dalam atau di luar kem asalkan kediaman mereka berhampiran dengan kem tentera.  

Kami percaya tuntutan ini boleh ditunaikan kerana tidak memakan perbelanjaan yang besar berbanding dengan beberapa pembaziran atau salahguna perbelanjaan yang sering dilaporkan berlaku di dalam ATM.  Di bawah kerajaan yang telus, maka rakyat khususnya warga tentera akan mendapat faedah dan nikmatnya.  Lakukan perubahan kali ini agar kita boleh menyaksikan hak-hak kita sebagai warga tentera dan bekas tentera sentiasa terpelihara.

Saturday 20 October 2012

APAKAH TUNTUTAN MEMORANDUM KOBAT, BEKAS TENTERA?

Esok (Ahad-21 Oktober 2012), di Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang bertempat di Dewan Sekilau, Jalan Haji Ahmad, Kuantan, KOBAT akan mengambil kesempatan untuk menyerahkan memorandum kepada pimpinan tertinggi yang mewakili ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Memorandum yang mempunyai lebih kurang 30 perkara itu merupakan satu tuntutan dan juga cadangan kepada Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan sekiranya, InsyaAllah, Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya selepas Pilihanraya Umum akan datang.  Hampir 80 % daripada tuntutan yang dibuat oleh KOBAT melibatkan kepentingan dan kebajikan warga tentera yang masih berkhidmat dan selebihnya adalah untuk pesara-pesara tentera dan mereka yang menamatkan perkhidmatan tanpa bersara.

Di antara yang KOBAT tuntut dan cadangkan adalah:

1.     Semakan semula ke atas Akta Angkatan Tentera, 1972 agar bersesuaian dengan keadaan semasa, di samping memberikan keadilan sama rata di antara peringkat LLP dan Pegawai.  

2.     Tuisyen percuma kepada anak-anak warga tentera dan bekas tentera.

3.    Kenaikan elaun perumahan, COLA, Elaun Khidmat, Elaun Perjalanan mengikut kadar yang telah kami gariskan di dalam memorandum berkenaan.  

4.     Elaun bagi Pingat-Pingat Perkhidmatan (PPA, PPS dan PJM) termasuk anugerah Pingat Khas kepada athlet-athlet atau ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama ATM atau negara beserta elaun bulanan.

5.     Bantuan Sara Hidup setiap bulan kepada bekas-bekas tentera yang tidak berpencen mengikut kadar perkhidmatan mereka seperti yang kami gariskan di dalam memorandum berkenaan.

6.      Perkhidmatan bas sekolah di setiap kem tentera secara percuma kepada anak-anak warga tentera dan bekas tentera bagi mengantikan penggunaan trak tentera yang berisiko dan tidak selesa.

7.     Kemudahan WIFI di semua kem tentera.

8.    Kelengkapan CCTV di setiap pintu masuk kem tentera dan juga di stor simpanan senjata dan peluru.

9.     Menaik taraf PERNAMA (Perwira Niaga Malaysia) ke taraf 'market' yang lebih besar bagi kemudahan warga tentera dan bekas tentera berbelanja untuk barangan harian dengan kadar yang murah.

10.    Memperkasakan fungsi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan meletakkan Pengarah KAGAT sebaris dengan Panglima Ketiga-Tiga Perhidmatan iaitu DARAT, Laut dan Udara agar fungsi KAGAT lebih dihormati.

11.    Menentukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) diuruskan dengan baik dan telus di mana wang LTAT tidak boleh dipinjam sewenang-wenangnya termasuk oleh kerajaan atau badan lain seperti Felda atau sebagainya melainkan untuk warga tentera atas kebajikan mereka.

12.   Tanah untuk bekas-bekas tentera samada melalui Felda Plantation atau sebagainya, sekurang-kurangnya satu lot tanah yang boleh didirikan rumah kediaman.

13.     Pencen minima sebanyak RM 1, 500.

14.   Menolak perkhidmatan sehingga 27 tahun, tetapi menerima tempoh perkhidmatan bersara bermula dari 21 tahun hingga 25 tahun sahaja.

15.   Kadar pencen melebihi dari 50 % gaji terakhir sekiranya berkhidmat lebih dari 21 tahun.  Kadar yang dicadangkan terdapat di dalam memorandum.

16.    Pemulangan kesemua wang simpanan LTAT sekiranya bersara dan tidak berhenti awal.

Terdapat beberapa tuntutan lain yang kami nyatakan di dalam memorandum tersebut termasuk dalam hal BAKAT (Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera), Sukan, Pembelian peralatan pertahanan, pakaian seragam, aspek latihan dan kerohanian dan sebagainya.

Untuk makluman, banyak dari tuntutan dan cadangan KOBAT ini adalah ilham dari warga tentera serta bekas-bekas tentera yang kami temui.  Semua tuntutan yang kami nyatakan di dalam memorandum tersebut akan kami siarkan sepenuhnya di dalam blog ini nanti.       

Friday 19 October 2012

MEMORANDUM KOBAT SUDAH SIAP DAN BAKAL DISERAHKAN MINGGU INI

Memorandum Tuntutan setebal 9 muka surat 

Berdasarkan pengalaman sewaktu bertugas dahulu di samping mendengar berbagai pandangan dan cadangan dari warga tentera dan bekas-bekas tentera, KOBAT memikirkan perlu membawa beberapa perkara ke peringkat pimpinan tertinggi di dalam Pakatan Rakyat untuk dipertimbangkan dan diluluskan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya nanti.

Sehubungan itu, hasil kerjasama mereka maka KOBAT telah menyiapkan satu memorandum berupa Tuntutan dan Cadangan mewakili warga tentera/bekas tentera untuk diserahkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang pada 21 Oktober 2012 ini nanti.

Memorandum setebal 9 muka surat, mengandungi lebih kurang 31 tuntutan menuntut beberapa perkara berkaitan aspek Pentadbiran, Gaji dan Elaun, Latihan, Kerohanian dan juga perkara-perkara yang melibatkan keselamatan dan lojistik.

Memorandum ini hanyalah berupa tuntutan dan cadangan kami bukan janji-janji yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.  Walau bagaimanapun, kami yakin dengan beberapa tuntutan yang agak releven dan munasabah itu pihak yang berkenaan akan menerimanya dengan terbuka.  KOBAT akan menyiarkan setiap kandungan tuntutan tersebut dari semasa ke semasa sebaik sahaja memorandum ini diterima oleh pimpinan Pakatan Rakyat.  KOBAT juga akan membawa isu tuntutan ini pada setiap program ceramah KOBAT di masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi khususnya kepada rakan-rakan di kalangan warga tentera yang banyak membantu kami menyediakan memorandum ini.  Atas faktor keselamatan, perancangan awal kami untuk mendapatkan tandatangan sokongan mereka tidak dapat dilaksanakan.

Tuesday 16 October 2012

Ada sebab perbelanjaan pertahanan negara diragui

Mohd Azmi Abdul Hamid, 
15 Okt 2012

Teras ingin menarik perhatian kepada semua ahli Parlimen bahawa kerajaan perlu dituntut untuk mengamalkan sikap telus dalam perbelanjaan untuk pertahanan negara.

Ketelusan dan akauntabiliti adalah syarat demokrasi yang berkualiti. Mana-mana pemerintah yang tidak telus atau tidak mahu mengamalkan akauntabiliti sukar untuk disifatkan sebagai pemerintah yang demokratik.

Mengikut kajian Transperancy International UK dari 93 negara yang dikaji mengenai ketelusan dalam belanjawan pertahanan negara Malaysia berada dalam ketegori sederhana dan rendah. Laporan mengenai kajian ini telah diterbitkan pada Oktober 2011.

Kategori Malaysia ini ditafsir sebagai negara yang mempunyai kerangka undang-undang yang mengawal perbelanjaan pertahanan dan memperuntukkan kebebasan untuk mendapat maklumat akan tetapi negara tersebut tidak bersedia atau tidak punya keupayaan untuk menguatkuasakan undang-undang yang ada. Jika adapun pendedahan kepada awam ia dibuat dengan sangat terpilih. Kategori ini juga memasukkan ciri ketiadaan audit dalam sektor pertahanan dan perbelanjaan di luar belanjawan yang sangat tinggi.

Sesungguhnya jika semua agensi awam perlu mendedahkan perbelanjaan masing-masing maka Kementerian Pertahanan merupakan agensi yang lebih perlu mendedahkan perbelanjaannya yang kepada awam dan Parlimen.

Ini adalah kerana sering atas nama kerahsiaan, perbelanjaan pertahanan boleh diseleweng tanpa dapat dikesan dalam audit negara pada hal elemen ketelusan belanjawan pertahanan akan menjadi kayu ukur kepada sistem demokrasi negara dan dengan itu keyakinan rakyat kepada status keselamatan negara.

Rasuah dan salah guna peruntukan dalam sektor pertahanan adalah gejala yang cukup bahaya kepada keselamatan negara. Implikasinya sangat besar dan mengekalkan keyakinan rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan untuk menjaga kedaulatan negara adalah keutamaan tertinggi.

Pembelian pelbagai senjata pertahanan termasuk sumber tenaga manusia untuk menyelenggaranya memerlukan peruntukan yang sangat tinggi.

Untuk membeli pesawat 100 F35 atau pemusnah 16 Aegis sahaja memerlukan tenaga teknikal mahir yang cukup mahal.

Dengan berlaku kes yang melibatkan pembeliaan senjata dan peralatan pertahanan yang tidak berkualiti, pembeliaan senjata yang tidak perlu, pembeliaan yang terpaksa diubahsuai dengan kos yang tinggi, pembekalan yang tidak memenuhi spesifikasi, pembeliaan melalui orang tengah yang mengambil komisyen yang luarbiasa tinggi, menunjukkan perbelanjaan pertahanan negara sarat dengan penyelewengan.

Peruntukan yang melibatkan belanjawan pertahanan berjumlah berbilion ringgit. Rakyat meletakkan kepercayaan kepada kerajaan agar keselamatan negara jangan digadai dengan korupsi yang tidak terkawal.

Dari jumlah RM251.6 bilion dalam belanjawan 2013, Kementerian Pertahanan mendapat RM15.2 bilion (RM13.7 bilion pada 2012 dengan RM210 juta peruntukan tambahan). Peruntukan pengurusan sahaja RM11.9 bilion (RM6.0 bilion untuk gaji) manakala pembangunan Pertahanan mendapat RM3.2 bilion.

Dengan jumlah peruntukan yang sedemikian tinggi dan perbelanjaannya tidak pernah didedahkan kepada Parlimen mahupun kepada awam, apakah jaminan bahawa pertahanan negara tidak dijangkiti rasuah dan salahguna peruntukan.

Melihat kepada beberapa perbelanjaan yang telah dikeluarkan dari Kementerian Pertanahan untuk membeli senjata, kapal selam, peralatan komunikasi, ada sebab kenapa rakyat sangsi terhadap perbelanjaaan pertahanan negara.

Antara senarai perbelanjaan yang besar untuk 2013 ialah pembelian pesawat pejuang LCS, AV8, M4 dan EC725 yang akan diperolehi tahun depan. Tentera udara akan pasti memperolehi peruntukan pembangunan yang paling besar RM 1.2 bilion seperti untuk program AEW dan membayar penambahbaikkan pesawat Hornet.

Dalam peruntukan untuk Malaysian Maritime Enforcement Agency (dibawah Jabatan Perdana Menteri mendapat RM209 juta untuk pembangunan dan RM356 juta pengurusan. Peruntukan untuk logistik mendapat RM94.3 juta.

Teras menegaskan rasuah dalam pertahanan akan melesapkan dan membazir sumber wang dan tenaga manusia yang sangat besar. Ia sekaligus menyebabkan keberkesanan operasi terjejas. Dalam masa yang sama keyakinan awam tergugat terhadap kecekapan tentera dan seluruh khidmat keselamatan yang sepatutnya dijamin untuk rakyat. Tidak kurang juga rasuah dalam sektor pertahanan akan menjauhkan sebarang syarikat luar untuk melabur di negara ini.

Isu ketelusan dalam belanjawan pertahanan sangat perlu diberi pertahanan serius. Perbelanjaaan pertahanan masih terus merupakan sektor yang sangat kabur dan terdedah kepada rasuah. Dalam banyak ketika kerahsiaan yang tidak punya justifikasi yang kuat boleh mengugat keselamatan nasional dan antarabangsa.

Belanjawan adalah dokumen yang sangat penting untuk memungkinkan ahli dewan rakyat, organisasi bukan kerajaan dan masyarakat awam untuk mempertanggungjawapkan pemimpin-pemimpin negara terhadap sebarang keputusan yang diambil.

Kes pembeliaan kelengkapan tentera yang kini diheret ke mahkamah menunjukkan sektor ini perlu diberi perhatian yang sangat utama jika kita mahu rakyat yakin bahawa keselamatan negara berada dalam keadaan kukuh dan terjamin.

Penulis ialah Presiden Teras.
 
Sumber:  Harakahdaily

MINDEF BAYAR RM3.2B UNTUK KUARTERS 'TAK MEMUASKAN'


Laporan Ketua Audit Negara yg dikemukakan ke Parlimen mendapati kontrak utk membina kuarters kakitangan yg berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 Bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan. Kos utk 38 projek tersebut melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 Bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.

Laporan itu menyebut, hanya 1 daripada projek yg diaudit itu, yg merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga. 6 daripada projek ini terletak di Lembah Klang & dianugerahkan kepada Syarikat USL satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd & Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd. Menurut laporan tersebut, USL didapati ‘tidak berpengalaman’ dan Pegawai Teknikal syarikat itu pula ‘kurang kompeten’ utk menyiapkan projek tersebut.

Friday 12 October 2012

BRAVO ATM, SYABAS !!

Tahniah.  KOBAT mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Sepak ATM yang telah mencipta sejarah baru melangkah kaki ke Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia tahun ini.  Pasukan ATM sebentar tadi telah berjaya menewaskan pasukan Lions XIII (Singapore) di dalam penentuan sepakan Panalti di Stadium Selayang, Selangor.  Kali terakhir Pasukan ATM mara ke Perlawanan Akhir kejohanan ini adalah pada tahun 1966.

Pada Pertandingan Separuh Akhir Pertama di Stadium Jalan Besar Singapore sebelum ini, Pasukan ATM berjaya mengikat keputusan Seri 0-0.  Malam tadi, Lions XIII mengejutkan ribuan penyokong ATM yang membanjiri stadium apabila berjaya menjaringkan gol di Separuh Masa Pertama.  Usaha gigih tanpa mengenal erti kalah, akhirnya Pasukan ATM di saat-saat akhir waktu tambahan berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan cantik oleh Marlon Alex James.

Bagi menentukan pemenang yang layak beraksi di Perlawanan Akhir samada bertemu Kelantan/Selangor (bakal beraksi malam ini di Stadium Shah Alam), maka pemenang akan ditentukan melalui Sepakan Panalti.  Akhirnya, nasib menyebelahi pasukan ATM apabila sepakan pemain Lions XIII mengenai tiang gol.

Pada 20hb Oktober ini, marilah kita bersama-sama turun untuk memberikan sokongan kepada pasukan ATM bagi mencipta sejarah paling besar dengan menjuarai Piala Malaysia pula.  Tahniah kepada semua pemain, Pengurus, Jurulatih dan semua pegawai yang telah berusaha untuk mengharumkan nama ATM di persada sukan Bola Sepak tanahair.  Tidak lupa, penghargaan buat semua penyokong ATM samada terdiri dari warga tentera, PLKN, bekas tentera dan sesiapa sahaja yang telah memberikan sokongan kepada pasukan ini.  

Selamat Maju Jaya. 

Gol pertama dijaringkan oleh Lions XIII
Di dalam masa tambahan, ATM berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan Marlon Alex James
Tendangan Panalti yang diambil oleh pemain Lions XII terkena tiang seterusnya memberikan kemenangan kepada ATM
Para Penyokong ATM tetap setia memberikan sokongan
Penyokong dan pemain meraikan kemenangan
Pegawai-Pegawai turut meraikan kemenangan bersejarah
Kelihatan Jurulatih B. Sathianathan menahan sebak terlalu gembira dengan kemenangan ATM
Presiden FAM, Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang turut hadir

Saturday 6 October 2012

MEMORANDUM KOBAT AKAN DISERAHKAN KEPADA KETUA PEMBANGKANG

Pakatan Rakyat Pahang akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat pada 21 Oktober 2012 bermula jam 08.00 pagi sehingga jam 02.30 petang bertempat di Restoren Sekilau, Jalan Hj Ahmad, Kuantan.

Konvensyen tersebut akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) , Tuan HJ Muhamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan YB Dr Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP).

Pada Konvensyen tersebut, KOBAT akan menyerahkan memorandum tuntutan beberapa perkara khususnya berkaitan kebajikan warga tentera/pesara di samping memperkasakan organisasi ketenteraan kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk dikaji dan diperkenankan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan baru selepas PRU ke 13 nanti.

Hasil daripada perkongsian pendapat dan cadangan daripada beberapa peringkat warga tentera/pesara, deraf tuntutan tersebut telah pun siap untuk semakan di peringkat akhir.  

Wednesday 3 October 2012

PIALA MALAYSIA - SYABAS ATM MARA KE SEPARUH AKHIR BERTEMU LIONS

Tahniah dan syabas kepada Tim Bola Sepak ATM yang telah mencipta sejarah berjaya melangkah ke Peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia.  Malam tadi, bertempat di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, Skuad ATM telah berjaya menewaskan Negeri Sembilan 3 - 1 dengan kemenangan agregit 6 - 3 seterusnya layak ke Separuh Akhir.


Skuad ATM seterusnya akan bertemu Lions IX (Singapura) di peringkat Separuh Akhir nanti setelah Kelab dari Singapura itu berjaya menewaskan Pahang.  Manakala, satu lagi slot Separuh Akhir akan diisi oleh Kelantan dan Selangor.  Kelantan berjaya tewaskan Felda United, manakala Selangor menewaskan Johor FC.

Teruskan kecemelangan sehingga menjejakkan kaki ke pentas Final nanti samada bertemu Kelantan atau Selangor.  Tahniah.

Tuesday 2 October 2012

SUKU AKHIR 2 - SEMOGA ATM MELANGKAH KE PUSINGAN SETERUSNYA

Malam ini (02 Okt) jam 08.45 malam, bertempat di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi, N. Sembilan pasukan Bola Sepak ATM akan bertemu dengan Tuan Rumah, Negeri Sembilan di dalam saingan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia.

KOBAT dari awal lagi sentiasa menyokong pasukan ATM untuk melakar sejarah di mana tim yang terbaik kali ini dapat meneruskan kemaraan sehingga layak memasuki Pertandingan Akhir dan InsyaAllah, dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia tahun ini.

Kepada semua pemain diminta agar bermain dengan penuh semangat dan diharapkan para penyokong ATM dapat memberikan sokongan moral kepada Tim ATM.  Semoga Tim Bolasepak ATM kali ini akan membawa tropi Juara Piala Malaysia melalui pintu pagar Kementerian Pertahanan.

Selamat berjuang..


Sunday 30 September 2012

BAJET PILIH KASIH - BEKAS KEMAS DAPAT RM 3 RIBU, BEKAS TENTERA HANYA RM 1 RIBU

Pada petang Jumaat (28 Sept 2012) baru-baru ini,Najib selaku PM dan Menteri Kewangan telah mengumumkan Bajet 2013.  "Bajet Gula-Gula Pilihanraya" seperti yang digelar oleh Pakatan Rakyat jelas menunjukkan Najib begitu bimbang dengan kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU ke 13 akan datang.

KOBAT ingin mengingatkan kepada semua bekas tentera terutamanya kepada mereka yang tidak berpencen tentang `kebaikan' Najib terhadap bekas-bekas tentera yang tidak berpencen ini apabila beliau mengumumkan bantuan (bukan untuk fakir miskin kah?) "One-Off" sebanyak RM 1, 000.

Sudah tentu kita patut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas apa jua rezeki yang dikurniakan kepada kita.  Tetapi, apa yang menjadi persoalan kepada ramai bekas tentera yang tidak berpencen ini adalah keadilan di dalam memberikan "One-Off" tersebut.  Semua maklum, beberapa bulan yang lalu diumumkan bahawa bekas-bekas Guru KEMAS yang pernah berkhidmat melebihi 5 tahun telah diberikan "One-Off" sebanyak RM3, 000.  Sekiranya bekas-bekas Guru Kemas ini hanya perlu berkhidmat melebihi 5 tahun untuk melayakkan mereka menerima RM 3,000, apakah kurangnya bekas tentera yang pernah berkhidmat lebih dari 5 tahun tetapi sekadar mendapat "One-Off" sebanyak RM 1,000 sahaja?

Adakah jasa Guru KEMAS ini lebih besar kepada negara jika dibandingkan dengan bekas-bekas tentera ini?  Benar, semua tahu peranan KEMAS adalah sebagai jentera Pilihanraya kepada Umno/Bn pada setiap pilihanraya. Guru-guru KEMAS ini akan dikerah untuk membantu Umno/Bn setiap kali diadakan Pilihanraya.  Itukah saja jasa Guru-Guru KEMAS ini sehingga melayakkan mereka berada di atas kepala bekas-bekas tentera? 

Sehubungan itu, KOBAT menyeru agar kerajaan memikirkan kembali kadar "One-Off" kepada bekas-bekas tentera tidak berpencen tersebut.  Sayugia diingatkan, Pakatan Rakyat sekiranya memerintah Putrajaya, kita akan memberikan elaun sara hidup kepada semua bekas tentera yang tidak berpencen berjumlah RM 500 sebulan.  Apakah elaun sara hidup berjumlah RM 500 sebulan itu merugikan mereka jika dibandingkan dengan bayaran RM 1,000 (One-Off) yang hanya akan diberi sekali sahaja?

Marilah kita melakukan perubahan di dalam PRU akan datang.  Percayalah, apa yang mereka janjikan darihal gaji dan elaun warga tentera di dalam Bajet 2013 oleh Najib baru-baru ini tidak akan dibatalkan oleh kerajaan baru (Pakatan Rakyat) nanti, bahkan kita akan meningkatkan lagi sejajar dengan janji kita di dalam Buku Jingga.  

Ertikata lain, tiada apa yang merugikan sekiranya warga tentera dan bekas tentera memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU akan datang kerana sememangnya keazaman PR untuk memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada semua warga tentera/keselamatan termasuk Polis dan mereka yang telah bersara atau menamatkan perkhidmatan.

Jangan takut untuk lakukan perubahan bagi jangkamasa panjang.

Wednesday 26 September 2012

"IKAN BUSUK BERMULA DI KEPALA" - CERAMAH KOBAT DI PEKAN

KOBAT mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Kawasan Pekan, Pahang yang telah sudi memberikan sedikit ruang kepada Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS yang juga  Blogger KOBAT untuk memberikan sedikit penerangan di dalam Program Ceramah Umum yang telah diadakan di Markas PAS, Mengkasar, Pekan pada 23 September baru-baru ini.

Berucap mewakili KOBAT
Program ceramah tersebut telah menampilkan bekas tokoh Umno, iaitu Datuk Tamrin Ghafar, anakanda kepada Almarhum Tun Ghafar Baba, mantan TPM Malaysia sebelum Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Datuk Tamrin Ghafar kini telah menjadi ahli PAS.  Turut bersama adalah bekas tokoh Umno Pekan juga bekas Adun Sungai Manis, iaitu Dato' Ariff Sabri (Blogger Sakmongkol) yang kini telah menyertai DAP.  

Saya selaku penceramah KOBAT telah diberi peluang berucap sekitar 45 minit, banyak menerangkan tentang objektif penubuhan KOBAT khususnya di Negeri Pahang ini.   Sepertimana juga Biro Felda dan Orang Asal, KOBAT ingin memperluaskan pengaruhnya di kalangan warga tentera/perajurit termasuk mereka yang telah bersara atau menamatkan perkhidmatan.  Berdiri sebagai salah satu Biro di dalam KEADILAN Pahang, sudah tentu perjuangan KOBAT selari dengan perjuangan parti khususnya, dan Pakatan Rakyat, amnya.



Warga tentera telah diberi penerangan bahawa mereka tidak perlu takut atau bimbang untuk menghadiri mana-mana program parti politik bagi mendapatkan maklumat secara terus agar memudahkan mereka untuk membuat pilihan sewaktu mengundi di dalam Pilihanraya.  Mereka dijamin di bawah Peraturan Majlis Angkatan Tentera, Tahun 1972 di dalam Bahagian 3 Bilangan 7 dan 8.

Namun, harus diingat bagi warga tentera yang masih berkhidmat mereka tidak boleh melakukan 3 perkara seperti berikut;

1.  Tidak dibenarkan menghadiri program politik dengan memakai pakaian seragam, kecuali jika ditugaskan.  Mereka hendaklah berpakaian awam sekiranya menghadiri ceramah politik.

2.  Mereka tidak boleh menjadi ahli mana-mana parti politik, mengambil bahagian di dalam penugasan parti politik, memberikan ucapan politik atau mengedar, mempamir poster parti politik dan terlibat secara langsung membantu parti-parti politik.

3.    Mereka dilarang menghadiri program parti politik sewaktu di dalam tugas. 

Ertinya, warga tentera dibenarkan menghadiri ceramah politik sekadar hadir sebagai pendengar sahaja.

KOBAT juga menerangkan tentang beberapa isu yang melibatkan isu keselamatan yang kurang diberi perhatian oleh kerajaan.  Peristiwa Sauk tahun 2000, yang melibatkan kumpulan Al-Maunah yang berjaya menceroboh kem tentera dan melarikan senjata sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan untuk memperbaiki kelemahan di dalam aspek keselamatan.

Isu penyelewengan turut disentuh, di mana isu terbaru melibatkan pembelian sebuah kenderaan RIV oleh Rejimen Gerak Khas berharga lebih kurang RM 690, 000 sebuah yang telah ditegur oleh Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Johor sepatutnya tidak berlaku sekiranya ketelusan di dalam pentadbiran kerajaan dipraktikkan.  Harga kenderaan ini sepatutnya hanya sekitar RM 150,000 sahaja sebuah, tetapi kemungkinan terdapat penyelewengan atau komisyen yang tidak munasabah maka berlakulah apa yang telah didedahkan itu.

Bayangkan, kita hanya didedahkan dengan satu pembelian di dalam satu kor sahaja iaitu Kor RGK.  Bagaimana pula dengan berbagai lagi pembelian peralatan tentera dan lojistik di dalam berbagai Kor lagi?  Adakah sesiapa yang berani tampil untuk mendedahkannya?  Sudah tentu warga tentera samada di peringkat Pegawai atau LLP, tidak akan sanggup untuk mendedahkannya kerana masing-masing terikat dengan berbagai peraturan atau tekanan.

Tiada cara lain lagi buat warga tentera untuk mengubah semuanya ini.  Bak kata pepatah Cina, "Ikan busuk bermula dari kepala".  Ayuh, kita bangkit dan lakukan perubahan.