Memorandum Tuntutan setebal 9 muka surat |
Berdasarkan pengalaman sewaktu bertugas dahulu di samping mendengar berbagai pandangan dan cadangan dari warga tentera dan bekas-bekas tentera, KOBAT memikirkan perlu membawa beberapa perkara ke peringkat pimpinan tertinggi di dalam Pakatan Rakyat untuk dipertimbangkan dan diluluskan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya nanti.
Sehubungan itu, hasil kerjasama mereka maka KOBAT telah menyiapkan satu memorandum berupa Tuntutan dan Cadangan mewakili warga tentera/bekas tentera untuk diserahkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang pada 21 Oktober 2012 ini nanti.
Memorandum setebal 9 muka surat, mengandungi lebih kurang 31 tuntutan menuntut beberapa perkara berkaitan aspek Pentadbiran, Gaji dan Elaun, Latihan, Kerohanian dan juga perkara-perkara yang melibatkan keselamatan dan lojistik.
Memorandum ini hanyalah berupa tuntutan dan cadangan kami bukan janji-janji yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, kami yakin dengan beberapa tuntutan yang agak releven dan munasabah itu pihak yang berkenaan akan menerimanya dengan terbuka. KOBAT akan menyiarkan setiap kandungan tuntutan tersebut dari semasa ke semasa sebaik sahaja memorandum ini diterima oleh pimpinan Pakatan Rakyat. KOBAT juga akan membawa isu tuntutan ini pada setiap program ceramah KOBAT di masa akan datang.
Terima kasih sekali lagi khususnya kepada rakan-rakan di kalangan warga tentera yang banyak membantu kami menyediakan memorandum ini. Atas faktor keselamatan, perancangan awal kami untuk mendapatkan tandatangan sokongan mereka tidak dapat dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment