JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Tuesday 26 February 2013

ANWAR TABIK BEKAS TENTERA

Jamin peralihan kuasa aman, Anwar tabik bekas tentera

SHAH ALAM 25 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin, perubahan pentadbiran selepas PRU 13 berlangsung secara aman berikutan jaminan pegawai tertinggi tentera termasuk berpangkat jeneral.

“Bila (Lt Jen (B)) Datuk Ghafir (Abdul Hamid) (bekas Timbalan Panglima Tentera Darat) dan belasan tokoh-tokoh besar tentera sebut tentang profesionalisme bahawa tentera tunduk kepada Raja, undang-undang dan negara, ia menjamin untuk membantu peralihan.

“Strategi yang dirancang untuk pastikan perubahan berlangsung secara aman. Mewakili rakan-rakan Pakatan Rakyat, saya tabik hormat pada mereka,” kata Anwar sambil memberi tabik kepada bekas pimpinan tertinggi tentera yang hadir ke Konvensyen Pakatan Rakyat, hari ini.

Selain Ghafir, turut hadir ke konvensyen itu Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid dan aktivis Pertubuhan Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan).

 
 
“Kita yakin kita mampu tawan Putrajaya. Untuk itu jaminannya adalah kita menang dengan kerusi yang cukup. Kita sekarang ini berlawan dengan orang yang kasar dan tamak haloba,” kata Anwar.

“Isu yang penting ialah orang yang ‘penuh temboloknya’ tak mampu melepaskan (kuasa) dengan mudah. Kita belajar dari pengalaman Bangladesh apabila pemimpin parti Jemaat-Islami dituduh atas kesalahan tahun 1971,” katanya memberi peringatan.

Dalam pada itu Anwar berkata, penyertaan bekas tentera termasuk mantan jeneral merungkai aspek baru dalam dasar pertahanan negara.

“Keselamatan negara tak boleh dikompromi. Pembelian senjata yang terbaik ialah tanpa rasuah dan komisen adalah sesuatu yang mesti dilaksanakan,” tegasnya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat tidak akan mengamalkan politik balas dendam meskipun sekian lama didera, disekat suara dan ramai pemimpinnya dipenjara.

“Kita akan ambil kuasa untuk bawa agenda rakyat, bùkan berhasrat untuk membalas dendam. Yang perlu dibuat ialah mengambil balik apa yang telah dicuri,” kata Anwar./KD

Monday 25 February 2013

EMPAT BINTANG PULA BAKAL BERSAMA PAKATAN RAKYAT?

Khabar angin bertiup kencang di dalam masa terdekat ini akan tampil lagi seorang bekas Pegawai Tertinggi Tentera yang berpangkat (4 Bintang) iaitu Jeneral akan bersama Pakatan Rakyat.  Jika ini benar-benar menjadi kenyataan, ianya tidak menghairankan kerana imej kepimpinan Najib menerajui kerajaan di bawah parti Umno kini benar-benar berada di tahap terendah.

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah, pegawai-pegawai tertinggi tentera secara terbuka menyatakan sokongan kepada Pembangkang.  Sebelum ini beberapa bekas Pegawai Kanan Tentera dari ketiga-tiga perkhidmatan, Darat, Laut dan Udara bersama Pakatan Rakyat, termasuk bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Oleh yang demikian, kita sebagai warga tentera atau bekas tentera tidakkah terfikir mengapa Pegawai-Pegawai Kanan ini sanggup memilih jalan sukar untuk bersama Pakatan Rakyat?  Alangkah baiknya jika mereka terus menyokong pemerintah yang ada, untung-untung mereka boleh  'mencari makan' dengan mudah selepas bersara.  Tetapi mengapa pilih bersama Pembangkang yang sudah pasti mereka akan ditekan oleh pemerintah?  Jawapannya, mereka tidak lagi sanggup bersekongkol dengan kemungkaran yang nyata di depan mata.

Ayuh sahabat, ayuh Skot.  Marilah kita bersama mereka untuk melakukan perubahan.  Tidak derhaka kita kepada ugama, bangsa dan negara sekiranya kita bersama rakyat untuk menentang ketidakadilan.

Friday 22 February 2013

MALAM INI - HIMPUNAN KEBANGKITAN WARGA TENTERA DI KERAMAT, KL


Di bawah anjuran Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT), pada malam ini (22/2/2013) akan diadakan Himpunan Kebangkitan Tentera/Bekas Tentera bertempat di Padang AU2 Keramat, KL.

Turut memberikan ucapan pada malam ini adalah Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalannya Tuan Haji Muhamad Sabu, Pengerusi ANAK iaitu Sdr Mazlan Aliman dan Presiden KERABAT sendiri iaitu Lt Kol (B) Nazari Mokhtar.

Warga tentera dan bekas-bekas tentera dijemput untuk bersama rakyat yang lain sebagai solidariti bagi menuntut perubahan.

Wednesday 20 February 2013

KOBAT DI KERATONG 4, ROMPIN MALAM INI


Malam ini KOBAT akan berceramah di Keratong 4, Rompin, Pahang bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Hassan Tantawi.

Kepada warga tentera dan bekas-bekas tentera dijemput untuk bersama malam ini.  Marilah kita bersama berada di saf yang mahu lakukan perubahan seperti yang telah dilakukan oleh ke empat-empat Pegawai Kanan ATM kita baru-baru ini.

Tentera Bersama Rakyat....

Monday 18 February 2013

Empat bekas jeneral tentera dukung Pakatan Rakyat







KUALA LUMPUR 17 FEB: Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan Rakyat.

 
Ia ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula dirasai.

Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di hadapan lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat, Taman Rekreasi, Keramat Wangsa.

Turut hadir dan memberikan pidato, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 
 
Antara isu yang ditimbulkan bekas-bekas pegawai tinggi tentera terbabit adalah penyelewengan dalam pembelian senjata melalui tender rundingan terus seperti disuarakan Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Beliau turut mempersoalkan RM75 bilion peruntukan untuk tentera yang lesap sejak mula berkhidmat dalam pasukan itu sehingga bersara pada 2005.

Abdul Hadi dalam ucapannya pula mengajak 250,000 bekas pesara tentera melakukan perubahan dengan menumbangkan Umno BN pada PRU 13 akan datang.

 
 
Beliau turut memetik penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene dan mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dalang kehilangan enjit pesawat TUDM pada 2007.

Perkara sama turut disuarakan Imran Abd hamid yang mengakui tahu tentang selok belok penyelwengan kewangan yang berlaku dalam tentera laut setelah 37 tahun berkhidmat bersama pasukan itu./KD

Thursday 14 February 2013

CERAMAH LT KOL (B) NAZARI DAN KOBAT PADA 15 FEB (JUMAAT) INI DI KUANTAN

Pada 15 Feb (Jumaat) ini, seluruh warga tentera dan bekas tentera khususnya yang berhampiran di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan (belakang Caltex), berpeluang untuk mendengar ceramah yang bakal disampaikan oleh Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, Pengerusi KERABAT dan juga oleh Sdr Wfauzdin NS selaku Pengerusi KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera).  Di samping itu, turut menyampaikan ceramah adalah Ustaz Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang.
Berbagai isu bakal diperkatakan oleh bekas pegawai dan bekas anggota tentera ini di dalam program ceramah yang akan bermula jam 09.00 malam itu.  Ustaz Suhaimi Saad pula pastinya akan mengulas isu Kalimah Allah yang sering dipermainkan oleh media kawalan Umno/Bn.
Sehubungan itu, marilah beramai-ramai kita hadir ke lokasi yang dinyatakan di atas.  Hebahkan kepada rakan-rakan anda dan mohon promosi ke dalam Facebook masing-masing.
InsyaAllah, jika tiada aral melintang Radio KOBAT FM akan cuba mengadakan Siaran Langsung program pada malam tersebut untuk maklumat rakan-rakan kita di luar sana.

Tuesday 12 February 2013

WAKIL KOBAT BERUCAP MALAM INI SECARA LIVE DARI KOBAT FM

Stesen Radio KOBAT FM mara setapak lagi apabila siaran radio ini boleh didengar melalui 'Tunein', Android selain daripada mengunjungi blog rasmi KOBAT FM.

Untuk ikuti Tunein, anda boleh daftarkan di sini -->  http://tunein.com/radio/Kobat-FM-s191587/
dan boleh didengar melalui telefon bimbit pintar anda.

Jangan lupa, malam ini (13 Feb 2013-Rabu) LIVE dari KOBAT FM program ceramah "TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"  dari Dataran Rakyat, Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang, Jalan Beserah, KUANTAN.  Penceramah hebat malam ini adalah Chegu Bard (Penyelaras SAMM) dan juga Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) serta beberapa pimpinan lain.

Wakil KOBAT juga turut berucap malam ini.

Sunday 10 February 2013

KOBAT FM SECARA RESMINYA SEBAGAI MEDIA ALTERNATIF WARGA TENTERA/BEKAS TENTERA/PERAJURUT

KOBAT melangkah satu lagi ke hadapan di alam maya apabila secara resminya Stesyen Radio KOBAT FM dilancarkan oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 08 Feb 2013, sempena kunjungan beliau ke Pahang Timur.

KOBAT FM mula beroperasi awal Januari 2013 dan bersiaran sebagai siaran percubaan sehinggalah pada tarikh 08 Feb 2013 di mana tarikh radio ini dilancarkan.  Di antara penaja utama KOBAT FM adalah dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, NGO JEBAT (Banteras Judi Internet) dan beberapa individu tertentu, termasuk dari warga tentera sendiri.


Pada program ceramah beliau di Taman Impian, Indera Mahkota, Kuantan pada malam tersebut, KOBAT FM telah dilancarkan dan seterusnya membawakan secara langsung melalui KOBAT FM ceramah Ketua Umum pada malam itu.  Pelancaran radio internet sebagai alternatif kepada warga tentera dan bekas tentera/perajurit disempurnakan apabila Ketua Umum menekan 'Horn' dan disertai dengan pancutan warna-warni serta asap sebagai simbolik.

Dato' Seri Anwar menekan 'horn' sebagai tanda pelancaran KOBAT FM sambil diperhatikan oleh Pengerusi KOBAT yang juga Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman
Beliau mengharapkan agar warga tentera terutamanya menjadikan stesyen radio ini sebagai sumber maklumat agar mereka dapat mengetahui dengan lebih jelas perkembangan isu-isu politik semasa serta dasar perjuangan Pakatan Rakyat.

Di antara krew KOBAT FM
Konti KOBAT FM di Taman Impian
Siaran Radio KOBAT FM boleh diikuti dengan hanya klik pada http://kobatfm.blogspot.com 

Siaran KOBAT FM akan dihebahkan melalui FaceBook Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS dan juga melalui fanpages KOBAT FM dan facebook KOBAT. 

Friday 8 February 2013

LIVE RADIO KOBAT FM - CERAMAH DS ANWAR MALAM INI DI KUANTAN


Ikuti LIVE dari Radio kami KOBAT FM malam ini.  Anda hanya perlu klik di SINI -->  http://kobatfm.blogspot.com 

Tunggu di dalam 30 saat, siaran radio akan ke udara secara 'automatik'.  Jika siaran terputus, anda perlu 'refresh' browser anda semula.

KOBAT FM akan bersiaran lebih awal iaitu jam 08.30 malam, InsyaAllah.

Wednesday 6 February 2013

ANTARA ZAHID HAMIDI DAN LT JEN (B) DATUK GHAFIR, KITA PERCAYA MANA SATU?

Teramat marahnya Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi kepada bekas Timbalan Panglima TD, Lt Jen (B) Datuk Ghafir apabila bekas Pegawai Kanan Tentera ini mendedahkan beberapa kepincangan yang berlaku khususnya berkaitan pembelian peralatan lojistik di dalam ATM.

Sebut soal pembelian senjata, siapa boleh dipercayai ?

Selaku warga tentera atau bekas tentera, kita boleh meyakini siapa di dalam hal ini?  Siapa yang lebih arif di dalam aspek teknikal ketenteraan?  Zahid Hamidi atau Lt Jen (B) Datuk Ghafir?  Adakah Zahid Hamidi mahu kita lupa kisah pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan komisyen lebih kurang RM500 Juta itu atau kisah pembelian kenderaan RIV untuk pasukan Komando yang ditegur oleh Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Johor itu?

Cara Zahid Hamidi itu seolah merendah-rendahkan bekas Timbalan Panglima TD yang sememangnya terkenal sewaktu berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Tentera yang jujur dan ikhlas.  Mudah saja untuk tentu siapa lebih layak untuk dipercayai atau tidak. Lt Jen (B) Datuk Ghafir adalah tentera yang masak dengan dunia ketenteraan dan tahu menggunakan peralatan ketenteraan. Zahid hanya menteri dan orang politik yang mempunyai rekod perjuangan politik yang boleh dipertikaikan.  
 
Kami yakin, warga tentera dan bekas-bekas tentera lebih yakin dengan mantan Timbalan Panglima TD itu daripada Zahid Hamidi yang dulunya bersama kumpulan DS Anwar Ibrahim, kemudiannya ditahan sekejap, keluar TV mengaku salah menyokong DS Anwar Ibrahim dan dapat jadi Menteri.  
 

Tuesday 5 February 2013

NASIB TENTERA, POLIS AKAN TERBELA - DS ANWAR IBRAHIM

KeadilanDaily

Nasib anggota tentera dan polis serta badan pencegahan jenayah tidak akan diabai apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kebajikan badan itu sama ada masih berkhidmat atau bersara akan diberi setimpal dengan pengorbanan menjaga keselamatan negara.

“Pakatan tidak mahu tentera dan polis dianak tiri kerana mereka juga rakyat. Dalam program, kita peruntukkan beberapa kemudahan yang bakal dinikmati mereka.

“Kita tidak mahu ada antara mereka terpaksa tinggal di rumah setinggan tanpa keperluan asas secukupnya seperti yang berlaku dalam pemerintahan Umno BN.

“Bekerja tidak kira siang atau malam, di tengah-tengah panas, patutnya ada insentif tambahan untuk mereka,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Berucap pada majlis Hi-Tea bersama 500 rakyat di Kampung Gangsa, Durian Tengah, petang semalam, Anwar berkata, jasa dan pengorbanan polis dan tentera tidak boleh sama sekali dipandang rendah.

“Tentera seolah-olah tiada nilai di mata Umno BN apabila wang mereka dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dirompak, kemudian diserah kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Roopiah.

“Dia kebas duit berjuta-juta, dapat tanah seluas 223 ekar, tentera dapat apa? Inilah contoh pemimpin yang tidak jujur. Demi mengkayakan sesama sendiri, sanggup mencuri dana tentera” katanya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari. /anwaribrahimblog.com

Sunday 3 February 2013

KOBAT FM SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN

Sambutan terhadap Radio Internet kami iaitu KOBAT FM amat menggalakkan walaupun baru beroperasi hanya lebih kurang dua bulan yang lalu.  Kini siaran radio tersebut telah mula didengar oleh warga tentera yang selama ini kurang mendapat maklumat berkaitan isu-isu politik semasa daripada Parti Pembangkang.



Siaran ini boleh diikuti dengan hanya taip atau klik di http://kobatfm.blogspot.com  dan anda boleh menyertai 'fanpages' kami dengan menaik KOBAT FM di dalam carian FaceBook anda.  

InsyaAllah, radio ini akan dilancarkan secara resminya oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 08 Februari ini bertempat di Taman Impian, Kuantan mulai jam 11.00 malam sewaktu beliau menghadiri Majlis Ceramah Umum di sana.