JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Saturday 31 March 2012

KOBAT BERCERAMAH DI KERATUNG 6 MALAM INI (31 MAC)

Malam ini (Sabtu - 31 Mac 2012) jam 09.00 malam, bertempat di Markas PAS Keratung 6, Rompin akan diadakan Ceramah Umum dari Pakatan Rakyat.  

Wakil KOBAT, juga seorang Blogger Wfauzdin NS akan berceramah pada malam ini bersama pimpinan PKR dan PAS Pahang.  Kepada semua warga tentera/Polis dan juga bekas tentera/Polis dijemput hadir beramai-ramai malam ini untuk mengetahui apakah bentuk pembaharuan yang boleh dilakukan oleh PR terhadap Angkatan Tentera khususnya dan pasukan keselamatan, amnya.


Sunday 25 March 2012

NAJIB BERJANJI LAGI PADA TENTERA, JANJI ISA SAMAD NAJIB YANG PIKUL

Sampai bila warga tentera sekitar Port Dickson mahu ditipu?  Kelmarin Najib berkunjung ke Port Dickson siap ditemani oleh beberapa Pegawai Tertinggi Tentera.  Untuk apa Najib berkunjung?  Tugas rasmi beliau selaku PM?  Jangan mahu memperbodohkan rakyat lebih-lebih lagi warga tentera.

Kononnya beliau melakukan lawatan rasmi selaku PM.  Gunakan segala peruntukan kerajaan dan kemudahan milik kerajaan di dalam program tersebut.  Maka, turunlah beberapa Pegawai Tertinggi Tentera mengiringi tugas rasmi PM itu.  Tapi, jika dilihat pada baju dan topi yang dipakai oleh Najib pada program yang disiarkan melalui TV malam tadi, ternyata itu bukan program rasmi selaku PM.  Topi dan baju berlambang Dacing itu satu bukti jelas bahawa Najib walaupun baru-baru ini telah memohon maaf kepada rakyat, namun masih angkuh menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik.  Menyalahgunakan dana dan kemudahan kerajaan untuk berkempen politik.

Menang saja di Bagan Pinang, Isa Samad terus tunai janjinya dahulu dengan si dia.....

Warga tentera selalu diperingatkan jangan melibatkan diri secara langsung di dalam program politik.  Malangnya, Pegawai Tertinggi Tentera kita lengkap beruniform boleh mengiringi Najib yang melakukan tugas kempen politik, bukan selaku PM.  Jelas di dalam ucapannya, Najib berkempen dengan memperlekehkan Pembangkang dan mempromosikan Bn.  Inilah pemimpin yang kita ada dan amat menyedihkan Pegawai Tertinggi Tentera kita bersubahat dengan kempen Najib.

Hasilnya apa?  Sekali lagi Najib berjanji kepada warga tentera di Port Dickson untuk menyediakan kolam mandi.  Najib berjanji untuk menyediakan Padang Futsal.  Janji dan janji lagi.  Apakah Najib lupa segala janji yang beliau taburkan itu telah didengar oleh warga tentera di Port Dickson sewaktu Pilihanraya Kecil Bagan Pinang lagi di mana akhirnya Isa Samad menang di situ?  Mana kolam renang, Padang Futsal dan Wifi yang dijanjikan sewaktu Pilihanraya Kecil itu?  Mana Bandar Tentera Darat yang kononnya dibangunkan di Port Dickson?  Adakah hanya ada sebiji bangkai perisai diletakkan di simpang masuk dari Lebuhraya Seremban - Port Dickson melalui SiRusa itu sudah cukup untuk dikatakan Port Dickson Bandar Tentera Darat?

Amat menyedihkan, janji sewaktu Isa Samad bertanding pun masih tidak tertunai, kini Najib berjanji lagi benda yang sepatutnya Isa samad telah langsaikan.  Sebaliknya, Isa Samad langsaikan kehendak dirinya dahulu di mana selepas menang beliau terus berkahwin sekali lagi.  Kemudian, beliau tinggalkan rakyat Port Dickson untuk mencari `harta' dan kedudukan di Felda pula.

Tiada pilihan lain.  Warga tentera di Port Dickson harus mengajar pemimpin yang suka berjanji dan berbohong ini.  Sifat berani warga tentera ditagih kerana kita bukan pasukan yang boleh diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mereka.  Ubah segera, lakukan perubahan DEMI RAKYAT!!

Friday 23 March 2012

ARAHAN BERKAITAN PILIHANRAYA MULA DIKELUARKAN TANDA PRU SEMAKIN DEKAT?

Bahang Pilihanraya Umum semakin terasa.  Ramai menjangkakan PRU kali ke 13 akan diadakan selewat-lewatnya bulan Jun ini nanti.  Kami dimaklumkan bahawa setiap kem tentera telah menerima surat pekeliling tentang persediaan menghadapi Pilihantaya Umum yang disebut di dalam surat itu akan diadakan `tidak beberapa lama lagi'.

Kem-kem tentera telah diberi arahan tertentu yang akan kami siarkan kemudian.  Apa yang perlu disebut di sini, terdapat arahan dari pihak atasan yang jelas melanggar arahan yang terkandung di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) sendiri.

Apa pun, KOBAT menyeru agar warga tentera terus menjadi seorang perajurit yang berani kerana benar, kesetiaan kepada Ikrar Kesatriaan mereka bukan kepada pihak tertentu yang hanya mempergunakan mereka untuk terus berkuasa.  Lakukan Perubahan.

Wednesday 21 March 2012

BANTUAN BR1M UNTUK WARGA TENTERA - KEMPEN POLITIK DI DALAM KEM?

Pagi semalam (20 Mac 2012), sekali lagi kempen politik berlaku di dalam kem tentera di Kuantan iaitu di Kem Batu 10.  Sebelum ini, Menteri Pertahanan bersama dengan MP Paya Besar dan Adun Pulau Manis berkunjung ke kem yang sama di 12 RAMD, berkempen agar warga tentera menyokong pimpinan Najib. 

Najib adalah MP Pekan, iaitu Parlimen di mana warga tentera sekitar Kem Batu 10 akan mengundi, begitu juga dengan Dun Pulau Manis yang kini diwakili oleh YB Khairuddin.

Semalam, di dalam program memberikan bantuan BR1M kepada warga tentera, Adun Pulau Manis YB Khairuddin hadir untuk menyerahkan baucher.  Semua tahu BR1M bukannya peruntukan dari Adun, tetapi untuk apa YB Khairuddin hadir menyampaikannya?  Bukankah lebih manis jika hanya Panglima 4 Briged Mekanise atau mana-mana wakil pegawai kanan sahaja yang menyerahkan baucher berkenaan?

Warga tentera yang ditemui berkata, paling meluat apabila YB Khairuddin berkempen politik di dalam ucapannya.  Warga tentera merasa seolah-olah mereka umpama peminta sedekah yang dipaksa berkumpul untuk mendengar ceramah politik untuk mendapatkan hak mereka.

Sahih lah, pilihanraya tidak lama lagi.  Warga tentera tidak akan dapat diperbodohkan dengan hanya RM500, sedangkan PR menawarkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan juga hak milik tanah buat yang layak untuk mereka.

Tuesday 13 March 2012

Pendedahan penderaan mental, kezaliman terhadap tentera bawahan

 "Semoga ada pihak yang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan serta keluhan yang begitu panjang dan terperinci di bawah ini. Kebenaran di sebalik kemegahan pekerjaan sektor awam (pertahanan negara)

Dari laman web Aduan Rakyat . March 12th, 2012 Dengar sahaja seseorang yang bekerja dalam sektor kerajaan bagaikan satu pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Tidak semua pekerjaan dalam kerajaan dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Artikel ini saya tulis berdasarkan pengalaman dan kehidupan realiti saya dan juga yang dialami oleh orang sekeliling saya. Bidang pekerjaan yang saya maksudkan adalah ‘anggota tentera’.

Kerajaan kita Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi, dan dalam erti kata bukan pemerintahan autokratik, iaitu hanya mendegar arahan oleh pemerintahan sahaja. Tapi keadaan ini tidak berlaku dalam angkatan tentera kita. Ramai anggota tentera mengalami tekanan dan penganayaan bila mneceburi bidang ini.

Saya ingin menumpukan hanya dalam satu bidang sahaja iaitu kebenaran yang saya peroleh dalam kehidupan anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Saya baru berpindah di Pulau Labuan, persekitaran di sini agak mendamaikan kerana tiada kesesakan lalu lintas yang teruk seperti Bandaraya Kuala Lumpur. Penduduk tempatan di sini agak baik walaupun pada mulanya saya tidak biasa dan berasa seperti orang asing.

Yang menjadi permasalahan saya ialah orang-orang semenjung terutama orang-orang atasan disini . Sikap mereka agak teruk kerana melayan pekerja bawahan dengan teruk. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya merupakan isteri kepada salah seorang anggota TUDM. Kehidupan dengan ahli TUDM tidak lah begitu senangy yang digambarkan. Kami para isteri terpaksa berkorban banyak untuk para suami kami.

Ramai yang tidak tahu bahawa meganggotai TUDM memerlukan banyak duit untuk berkhidmat, gaji yang diberi tidak banyak malah anggotanya terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri untuk berbakti kepada negara. Hal ini tidak berlaku pada orang atasan, tetapi orang bawahan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Dimana sikap orang atasan yang tidak menjaga kebajikan orang bawahan mereka. Mereka seperti bangga diri dan tidak mementingkan orang bawahan mereka. Bagi pendapat saya TUDM di pulau Labuan adalah salah satu kawasan yang amat teruk dari segi pengurusan dan pentadbirannya.

Bukan sahaja tidak cukup kakitangan tetapi pihak atasan disini suka mendera atau lebih senang dikatakan membuli pekerja bawahan mereka. Suami saya baru sahaja masuk kursus interaksi untuk kenaikan pangkat sarjan. Saya tengok mereka bukan berkursus tetapi mereka dibuli dengan teruk sekali. Ini adalah kebenarannya. Bukan sahaja mereka sedang di orentasi oleh anggota yang berpangkat ‘Encik’ malah dalam masa yang sama mereka juga terpakse pergi bekerja dalam masa yang sama.

Tiap-tiap malam mereka pulang kerumah pada jam 3 pagi dan kadang-kadang hampir pukul 4 pagi, jika mereka bekerja shift malam, mereka akan terus masuk pejabat dan keesokkan paginya pergi semula ke tempat mereka diorentasi tanpa tidur. Saya tidak faham apa yang penting sangat orentasi ini selepas dinaikkan pangkat sarjan berbanding dengan kerja yang menjaga keselamatan negara. Ramai yang berkata orentasi ini bertujuan untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada mereka pada masa dahulu.

Mereka semua ini seperti orang yang tidak berpegang kuat pada ajaran agama. Setiap agama mengajar kita kebaikan dan mengajar kita supaya tidak meyimpan dendam. Pihak atasan tidak mengikut dan jadikan Nabi Muhamad S.A.W sebagai panduan untuk menjadi pemimpin yang baik. Lihatlah bagaimana nabi kita menjadi seorang pemimpin yang baik dan cekap, bagaimana boleh memenagi kejayaan dalam medan perang.

Jika keadaan ini tidak dibendung, kita akan menghadapi satu masalah yang pada satu masa akan datang. Saya berharap pada suatu masa pihak atasan lebih mengambil berat akan setiap pekerjanya supaya kita semua dapat bekerja dengan gembira dan ikhlas. Suasana ini akan menghasilkan mutu kerja yang baik dari semua pihak. Bidang perkerjaan ini bukan sahaja menyebabkan setiap pekerjanya tertekan dari segi emosi malah kehidupan keluarga mereka juga akan turut terjejas. Setiap kali kursus beribu-ribu duit akan habis untuk selesaikan kursus itu.

Sehingga kami pernah menjual kenderaan kami semata-mata terpaksa meghadiri kursus. Kadang-kala saya berasa sakit hati kerana di Labuan ini apa sahaja yang dilakukan adalah secara paksaan. Orang bawahan selalu dipaksa membuat bayaran untuk menjamu orang atasan. Bukan itu sahaja mereka juga dipaksa membeli baju-baju T-shirt TUDM. Semasa saya tinggal di Kuala Lumpur tiada satu pun baju yang dipaksa beli.

Disini sudah beratus habis hanya untuk membeli baju T-shirt dan untuk buat makan-makan. Di Kuala Lumpur juga kursus induksi ini tidak teruk seperti di sini. RM50 pun dikatakan tidak habis untuk kegunaan kursus ini, ini kerana mereka lebih mementingkan kerja. Di Labuan, baru 3 hari kursus sudah habis hambir rm300. Kenapa mereka terlalu kejam dan tidak berperasaan, ada dikalangan anggota yang mempunyai anak menghadapi masalah untuk membeli susu dan lampin pakai buang anak mereka kerana masalah keawangan.

Pendapatan mereka banyak dihabiskan untuk member kepuasan pada pihak atasan. Makan harian keluarga ini juga hanya ala kadar sahaja. Saya tidak mempunyai cahaya mata jadi perasaan kasihan pada kanak-kanak ini amat mendalam. Mengapa pihak atasan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh orang bawahan mereka.

Bukan sahaja mereka tiada masa dengan keluarga malah masalah kesihatan juga akan timbul, saya terlalu risaukan suami saya, bukan sahaja anggota badan dia mengalami kesakitan iaitu patah bahu danjuga patah kaki tapi kadang-kadang saya heran di masih boleh bertahan mugkin disebabkan semangatnya yang kuat dan tidak mahu dilihat sebagai orang yang lemah dia melakukan kerja harian dan aktiviti seperti biasa.

Malah sudah lama dia muntah darah dan juga buang air besar berdarah. Darahnya bukan sikit tapi terlalu banyak sehinggakan penuh mangkuk tandas. Semasa bertugas di Kuala Lumpur, doktor disana hanya memberitahu itu hanyalah panas dalam badan. Saya memaksa dia untuk berjumpa doktor disini, dan dia dikatakan suspek ulser perut dan memerlukan rawatan lanjut.

Hingga hari ini suami saya masih tiada masa untuk membuat rawatan lanjut. Ulser perut adalah satu penyakit yang agak berbahaya, jika tidak dirawat ia akan membawa kepada kanser dan boleh membawa maut dalam masa yang singkat jika diambil mudah. Di Labuan ini juga dikatakan sudah mempunyai 3 anggota yang kurang siuman tapi mereka tidak dapat lagi disahkan gila kerana kadang-kadang mereka seperti normal.

Hal ini berlaku dikatakan masalah tekanan ayang dihadapi. Saya betul-betul minta bantuan agar masalah ini dapat diselesaikan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ramai juga anggota yang sudah berenti kerana tidak sanggup mengalami tekanan pihak atasan kepada mereka dan terpakse melakukan kerja-kerja yang mengarut dan tidak penting. Sahabat-sahabat suami saya juga kesemua mereka ingin berhenti jika keadaan ini berlanjutan.

Sahabat saya juga memberitahu bahawa kawan suami dia sudah ramai yang berhenti dan mencari kerja lain. Pada 10 mac 2012 iaiatu pada hari sabtu lalu, anggota TUDM telah ,megadakan majlis hari keluarga untuk mes sarjan. Semua para isteri yang dimana suami mereka yang masih berkrusus interaksi tidak menghadiri majlis hari keluarga berkenaan. Ini adalah kerana ingin menjaga air muka para suami yang mana mereka telah disuruh untuk mempersiapkan majlis berkenaan.

Mereka tidak mahu isteri-isteri mereka mendapat malu melihat mereka semua bekerja seperti hamba semasa majlis berkenaan dijalankan. Sepatutnya pihak atasan tidak boleh bertindak demikian kerana semua anggota membayar untuk majlis ini, tapi mereka disuruh bekerja untuk jayakan majlis ini sehingga mereka tidak dapat merasainya.

Selain itu juga tiap-tiap bulan EMT dipotong untuk membayar mes. Apabila mereka minta bajet untuk jayakan majlis mes, pegawai atasan beritahu tiada duit. Di mana semua duit yang dibayar oleh anggota kepada mereka. Sudahlah mereka memotong EMT sesuka hati mereka tanpa diketahui oleh anggota.

Kesemua anggota disini tidak berani bersuara kerana takut gaji mereka disekat dan takut diambil tindakan yang bukan-bukan oleh pegawai atasan.

EMT yang aggota dapat sudah tidak penuh, malah dipotong ikut sesuka hati. Dimana semua keadilan untuk mereka. Mereka dikatakan tiada tempat boleh mengadu kerana semua berkaitan dengan pegawai atasan.

Sebenarnya semua ini berlaku sejak dahulu lagi tapi tiada siapa yang berani mengadu dan dedahkanya kerana terlalu banyak penindasan berlaku. Tiada satu pihak pun yang membuat kajian mengenai peratusan anggota tentera yang berhenti kerja dan juga peratusan anggota tentera yang menjadi tidak siuman.

Semua ini sepatutnya diambil berat kerana jika Malaysia memgalami peperangan kita tidak mempunyai anggota tentera yang bagus, berpengalam dan juga berpengetahuan, yang tinggal hanyalah anggota yang masih baru dan mentah. Sepatutnya anggota yang berkhidmat sudah lama iaitu lebih lima tahun haruslah diberi kelebihan supaya mereka terus kekal untuk berkhidmat.

Perubahan yang hanya nampak baik sekarang adalah kenaikan gaji mereka. Suami saya pernah mendapat kenaikan gaji sebanyak 2 sen sahaja tidak seperti yang digemburkan dalam berita, pergi mana duit tu, kita tidak tahu. Dia juga mengalami masalah gaji iaitu tidak mendapat kenaikan gaji sebanyak dua kali. Ini kerana ada pihak atasan yang tidak berpuas hati dengannya dan menyekat kenaikan gaji suami saya.

Suami saya ingin penyiasatan dilakukan semula mengenai kenaikkan gajinya tetapi memerlukan beberapa dokumen, dan suami saya tidak menyimpanya dan sudah hilang disebabkan asyik berpindah rumah. Jadi dia biarkan sahaja sebab tiada bukti. Kami hanya menganggap tiada rezeki kami.

Permasalan lagi satu yang menjadi saya keliru ialah kerajaan sabah Sarawak memberi setiap anggota elaun sebanyak RM500 seorang, tetapi mereka tidak dapat sebanyak itu, malah diberi berlainan bayaran mengikut pangkat. Apabila sampai di sini juga elaun sara hidup dipotong.

Yang menjadi persoalannya mengapa pihak berkaitan memotong elaun sara hidup kerana itu adalah untuk sara hidup dan elaun sabah Sarawak adalah elaun yang berlainan iaitu elaun kerana anggota sangup berpindah jauh untuk berkhidmat. Dengan artikel ini, saya harap nasib anggota tentera akan lebih terbela.

Bagi mereka yang sering melihat negara kita adalah sebuah negara yang aman damai tanpa sebarang peperangan, itu adalah benar, jika bagi mereka anggota tentera tidak bekerja kerana tiadanya perang, mereka silap sama sekali. Malah mereka bekerja lebih teruk dan lebih masa tanpa mendapat sebarang ganjaran.

Mereka yang tidak hadapi situasi ini mereka tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya. Inilah hakikat disebalik kemegahan yang selalu kita lihat hari ini. Saya harap perkara ini tidak diambil mudah. Pertahanan Negara amat penting dalam sesebuah negara sebab itulah di negara barat gaji anggota tentera adalah yang paling tinggi kerana bermacam risiko yang mereka akan hadapi. Saya memikirkan pada masa akan datang tiada sesiapa yang akan menganggotai angkatan tentera Malaysia kerana masalah ini diambil mudah oleh pihak yang berkaitan.

Mereka akan lihat tiada apa kelebihan hanya tekanan hidup yang akan mereka hadapi. Penyelarasa gaji yang diumumkan oleh perdana menteri kita baru ini telah mengembirakan ramai kakitangan awam. Saya masih ragu-ragu akan kenaikan gaji ini dalam sektor awam yang berkaitan dengan anggota tentera kerana setiap kali kenaikan gaji dihebohkan di media masa masa dan media cetak, keadaan yang berlaku tidak seperti yang di gambarkan.

Orang bahawahan hanya menerima kenaikan gaji yang sedikit sahaja tidak seperti yang digambarkan oleh media masa. Kelebihan kenaikan gaji ini hanya diperoleh oleh orang atasan yang sudah mempunyai pendapatan dan taraf hidup yang tinggi. Kita semua tunggu dan lihat sahaja bagaimana penyelarasan gaji ini diagihkan. Adakah seperti dahulu yang hanya mementingkan gaji orang atasan sahaja atau berita gembira untuk orang yang bekerja keras seharian berbanding orang atasan yang hanya tahu mengarah orang bawahan membuat kerja.

Saya, sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga yang sudah melalui pengalaman ini amat kesal dengan apa yang berlaku. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di sini sahaja, malah berlaku di setiap kawasa. Bilakah semua ini akan berakhir, tiadakah orang yang mahu membela nasib mereka.

Secara kesimpulan semua ini berkaitan dengan wang dan juga pangkat dan darjat seseorang. Bak kata, orang yang senang bertambah senang, orang yang susah bertambah susah. Dunia sudah tebalik, orang bawahan menjaga kebajikan orang atasan. Tiada lagi hormat tapi hanya ketakutan.

Sedar lah wahai manusia hukumnya memakan hasil titik peluh orang lain dan apabila kita mati semua umat islam hanya memakai kain kapan berwarna putih, tiada lagi pangkat tiada lagi kemegahan, semua akan sama rata. JIka ada sesiapa yang membaca artikel ini silalah memberi pandangan terhadap kes ini dan berilah komen-komen untuk menyelesaikannya dan agar dapat menyedarkan mana-mana pihak yang berkaitan.

Hal ini berlaku pada semua anggota tentera di Malaysia yang bertugas bukan sahaja TUDM. Tolonglah hentikan penindasan ini yang tidak memberi apa-apa manfaat tapi musibah semata-mata. Ini hanyalah luahan yang sudah lama terbuku dan semua orang boleh bersuara dan memberi pandangan mereka masing-masing. Saya harap kita semua mendapat satu kehidupan yang tanpa permainan duniawi, terus pandang kehadapan, hilangkan rasa iri hati, dendam, pentingkan diri dan timbulkan kebaikan dalam diri kita, hidup pasti akan sejahtera walaupun sederhana.

By: Peacegurlz84


PENGAJARAN ISU NFC TERHADAP WARGA TENTERA

Kemelut dan isu NFC (National Feedlot Corporation) kini menjadi semakin panas apabila semalam Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFC telah diheret ke mahkamah atas empat pertuduhan. 

Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009.  Dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.  Walau bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.

Apa pengajaran di dalam isu ini?  Selaku warga tentera atau bekas tentera mahupun warga Polis, adakah mustahil kisah seperti ini pernah berlaku di dalam ATM?  Jawapannya tidak mustahil.  Di dalam tentera sendiri khususnya memang ada berlaku isu penyelewengan dan salah guna peruntukan walaupun mungkin tidak mencapai sejumlah seperti yang didakwa ke atas NFC.  Sewaktu anda bertugas di dalam tentera, mungkin anda tahu ada di kalangan warga tentera sendiri termasuk pegawai yang menyalahgunakan peruntukan yang diberikan. 

Sebagai contoh, di dalam sebuah pasukan Woksyop tentera jalan untuk mencari duit amat mudah.  Peruntukan untuk mendapatkan alatganti untuk kenderaan tentera, lebih-lebih lagi kenderaan berat seperti Condor dan Sibmas memerlukan peruntukan yang tinggi apatah lagi menggunakan mata wang Euro bagi pembelian alatganti berkenaan.  Tidak mustahil berlaku penyelewengan di dalam proses pembelian ini di mana alatganti yang dibekalkan adalah alatganti tiruan (local) tetapi direkodkan sebagai alatganti tulin (original).  Kerja seperti ini tidak boleh terjadi tanpa kerjasama beberapa pihak termasuk syarikat pembekal, bahagian lojistik atau ordnans dan pegawai kem sendiri.
 
Mungkin penyelewengan ini tidak terbongkar kerana tiada siapa yang berani mendedahkannya.  Selaku warga tentera dan bekas tentera, kita pasti setuju memang berlakunya kejadian seperti ini.  Justeru itu, jadikan iktibar apa yang berlaku terhadap keluarga Sharizat kerana perbuatan seperti itu adalah satu pengkhianatan terhadap negara.  Apatah lagi, melibatkan peralatan pertahanan yang amat penting bagi mengawal keselamatan negara.   Jangan jual keselamatan negara hanya kerana memburu kekayaan sementara kerana apalah ertinya kita kaya raya jika negara ini terancam?

Friday 9 March 2012

KEMPEN POLITIK DALAM KEM TENTERA?

Semalam 08 Mac 2012, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke kem tentera 12 RAMD, Kem Batu 10, Kuantan. 

Peliknya, kehadiran Zahid Hamidi disertai bersama Adun Pulau Manis dan MP Paya Besar.  Jika Zahid Hamidi yang datang melawat, itu perkara biasa atas kapasiti Menteri Pertahanan.  Tetapi atas kapasiti apa pula Adun Pulau Manis dan MP Paya Besar hadir?  Atas kapasiti Wakil Rakyat di situ?  

Jawapannya mudah.  Ramai rakan-rakan yang hadir pada perjumpaan semalam menyebut Zahid Hamidi secara terang-terang meminta warga tentera menyokong kerajaan yang diterajui oleh Bn.  Begitulah kemaruknya Umno untuk mengekalkan kuasa sehingga mereka terlupa di dalam kem tentera tidak boleh berkempen politik.  Tetapi ini tidak pelik kerana apa jua yang dilakukan atas nama Umno, tidak menjadi satu kesalahan.

Apakah warga tentera akan terpedaya dengan `gula-gula' yang ditaburkan oleh Zahid?  Adakah warga tentera termakan umpan yang kononnya gaji mereka akan naik selepas SPBA dibatalkan dan kembali kepada SSM? 

Warga tentera kini telah melihat di mana janji Isa Samad sewaktu beliau bertanding di PRK Dun Bagan Pinang, Port Dickson yang lalu.  Mana Bandar Tentera Daratnya?  Mana janji WIFI di setiap kem tentera?  Mana janji Padang Futsal dan kolam renang?  Masakan warga tentera sebodoh itu.

Wednesday 7 March 2012

Anggota TLDM ditahan ketika ikuti ceramah DSAI di Marina Island Lumut?

Sekejap tadi Laksma (B)Haji Imran call aku tanya, pergi ke tak ceramah Anwar pada hari Ahad 04 Mac malam yang lepas... tahu tak ada anggota TLDM yang ditahan di sana !?

Aku jawab aku tak pergi, aku cuma sekadar pergi ke Surau Madah, itu pun kuliah tuan Sheikh Mohd Nor AlHafiz di Masjid Daerah Manjung tak ada,, jadi nak penuhi masa terluang tu, aku pergilah ke surau Madah untuk dengar tazkirah....


Kemudian Hamidun Pegawai Khas Nizar pun tanyanya, isu yang sama, menurut sampai 16 orang kena tahan oleh Cawangan Perisikan Khas,, aku tanya betui ka,, dia tanya aku balik,, mana aku tau,, aku tak pergi pun, sedang si Hamidun ni pun pergi, terbentang gambornya atas pentas...

Cuma disini timbul persoalan,, kalaulah BENAR cerita ini..... Ini arahan dari mana,, aku pun tak faham undang-undang sekarang, sedangkan waktu aku dalam service dulu,kemana kami tak pergi,, kalau setakat dalam daerah Mnajung ni jangan cerita la,, SB ka, CPK ka pun ada sama,, tapi tak ada pulak kata yang kena tahan...

Malam tadi ada program Ceramah Perdana Zambry a/l Kadiaq (Laksma Jadian) bersama Ostad Kazim (Ulama Jadian) di Stadium TLDM, boleh pulak... bila dah Laksma Jadian yang hadhir anggota TLDM terutama pelatih dah tentu kena arah pergi hadirkan diri....

Najib dok ceramah bercakap siang malam dalam TV, terutama waktu bersidang UMNO yang lalu,, disiar dalam TV,, apakah semua anggota tentera kena sumbat telinga tak boleh dengar,

Cerita-cerita politik, cerita fitnah dalam akhbar terutama Utusan apakah anggota TLDM dilarang membeli dan membacanya....

Sudahlah,, anggota tentera mungkin boleh ditahan,, tetapi lama mana,, sekadar mereka berkhidmat, mereka akan bersara juga,,, tunggu sahajalah,, yang pasti,, kalau waktu zaman aku dulu tahun 85 dahulu,, kami hanya berapa orang sahaja,,, diketuai oleh arwah Guru agama tentera Ustaz Abd Wahid Imran, daripada kumpulan usrah kami itu, lahir seorang yang agak ternama Ustaz Halim Nasir,, yang popular di Sungai Petani kedah,, tak macam sekarang era tahun 2000 ni, berapa ramai anggota TLDM yang bersara terus menjadi ahli PAS,, bukan sekadar Haji Imran seorang dari laksma,, ada lagi Laksma-laksma,, tak perlu aku sebut nama,, berapa ramai kapten TLDM, Komander dan yang lain-lain termasuk lain-lain pangkat,,,

Jadi tak payahlah, nak sekat nak halang,,, masing-masing ada hati, ada perasaan dan yang paling penting ada IMAN dan nak kepada Islam...,, , ,,,pergi jahanam kepada UMNO...

Kami bekas anggota Tentera ini sayangkan negara Malaysia,, kami tak mahu negara ini terus lingkup dan punah akibat perbuatan khianat UMNO.../Manjung Mari

---------------------------------------------------------------------------

Ulasan KOBAT:

Jika benar cerita di atas, maka nampaknya masih ada yang tidak memahami apa yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di dalam ATM bahawa warga tentera tidak dibenarkan menyertai mana-mana ahli parti politik, bergerak secara aktif membantu mana-mana parti politik atau berkempen untuk mana-mana parti politik.

Soalnya adakah warga tentera boleh mengundi?  Jawapannya sudah tentu dibenarkan walaupun tidak menjadi satu kewajipan.  Bagaimana mereka mahu mengundi jika mereka dilarang untuk mendapatkan maklumat berkaitan parti politik?  Adakah mereka hanya akan mengundi secara membabi buta?

Mengikut peraturan yang ditetapkan, warga tentera boleh mendapatkan maklumat samada melalui bacaan atau mendengar sendiri maklumat berkaitan mana-mana parti politik, asalkan mereka tidak menyertai parti politik tersebut sebagai ahli atau berkempen untuk parti berkenaan.  Justeru itu, tindakan terhadap warga tentera yang hanya hadir di dalam satu program penerangan parti politik adalah satu tindakan yang zalim yang sepatutnya tidak dilakukan oleh ATM.

Tuesday 6 March 2012

KOBAT CERAMAH DI MENTAKAB DAN FELDA CINI,PEKAN

Wakil KOBAT Keadilan Pahang malam tadi (05 Mac 12) tampil berceramah di perkarangan Ibu Pejabat Keadilan Temerloh, Taman Saga, Mentakab.  Turut berceramah malam tadi adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard atau Badrul Hisham Shahrin.

KOBAT memperjelaskan matlamat perjuangannya iaitu untuk membela nasib dan hak warga tentera/perajurit termasuk mereka yang telah bersara.  Warga tentera diingatkan agar tidak memejam mata dengan perkembangan politik semasa kerana corak pemerintahan dan dasar kerajaan ditentukan oleh pemimpin-pemimpin politik.  Justeru itu, wajar bagi warga tentera memilih parti politik yang mempunyai agenda yang jelas untuk kebaikan warga tentera/bekas tentera/perajurit.

Wfauzdin NS - Wakil KOBAT dan Blogger

Pemberian `One Off' berjumlah RM3,000 kepada semua bekas kakitangan KEMAS yang pernah berkhidmat melebihi 5 tahun yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah merupakan salah satu contoh bagaimana kerajaan tidak berlaku adil kepada bekas-bekas tentera/Polis malahan kakitangan awam yang lain.  Apakah mereka selain dari KEMAS tidak pernah berjasa kepada negara?  Atau, pemberian kepada bekas kakitangan KEMAS ini mempunyai agenda politik menjelang PRU nanti kerana KEMAS sememangnya dikenali sebagai alat kempen politik Umno.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan Pusat, KOBAT akan memperjuangkan hak bekas-bekas tentera/perajurit untuk memiliki sebidang tanah samada melalui Felda Platation atau sebagainya sekurang-kurangnya satu lot tanah untuk kediaman.  Gaji minima RM1, 500 buat warga tentera juga akan diperjuangkan agar gaji seluruh peringkat warga tentera berpatutan dengan ekonomi keadaan ekonomi sekarang.  Begitu juga dengan pencen bekas-bekas tentera/perajurit seharusnya dipertingkatkan dengan beberapa kemudahan lain yang sesuai buat mereka sebagai bekas perajurit.

InsyaAllah, malam ini (06 Mac 12) bertempat di Markas PAS Felda Cini 3, Pekan, wakil KOBAT akan berkongsi pentas ceramah bersama Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said.  Orang ramai dijemput hadir.

Friday 2 March 2012

KEMAS BERJASA PADA UMNO, BEKAS TENTERA BERJASA PADA NEGARA SAHAJA

Sebanyak RM 18 Juta telah diperuntukkan bagi bekas-bekas kakitangan KEMAS, bayaran khas RM3,000 seorang secara 'one-off' atau sekali sahaja kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mula diagihkan pada Sabtu ini bermula di Kelantan dan disusuli negeri-negeri lain.

RM3,000 akan diberikan kepada bekas kakitangan Kemas yang berkhidmat dengan jabatan itu melebihi lima tahun sebagai menghargai sumbangan mereka.  Rujuk Malaysiakini di SINI.  Semua tahu bahawa KEMAS sememangnya wujud untuk membantu Umno memenangi Pilihanraya, justeru itu mereka diberi keutamaan apatah lagi tidak beberapa lama lagi kita akan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.  Maka, pemberian wang tunai seperti ini mudah untuk difahami.

Sekiranya atas alasan jasa-jasa mereka terhadap negara yang telah berkhidmat lebih dari 5 tahun maka mereka layak menerima RM 3,000, apakah tiada bekas-bekas tentera/Polis yang telah berkhidmat lebih dari 5 tahun?  Mungkin bekas-bekas tentera/Polis ini tidak berjasa kepada kerajaan atau yang lebih penting berjasa kepada Umno? 

Jawapannya mudah, memang benar bahawa tugas tentera bukan untuk menabur jasanya kepada Umno.  Tentera hanya berkhidmat untuk ugama, bangsa dan negara.  Justeru itu, bekas tentera/Polis tidak layak untuk terima RM 3, 000 itu.  Jadi, kita hanya boleh perhatikan sahaja bagaimana pemimpin Umno sesuka hati mengagihkan wang rakyat demi kepentingan politik mereka.  Ayuh rakan-rakan, ayuh skot-skot, kita tiada pilihan lain selain dari kuburkan Umno di dalam PRU akan datang.

Thursday 1 March 2012

SELAMAT HARI ULANGTAHUN TENTERA DARAT

Ulang Tahun Tentera Darat Ke-79
Sambutan Hari Ulang tahun Tentera Darat (HUT TD) kali ke 79 yang disambut hari ini (01 Mac) adalah diharapkan dapat mempertingkatkan keazaman seluruh warga Tentera Darat untuk terus setia kepada Ugama, Bangsa dan Negara.

KOBAT secara tulus ikhlas mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun TD yang ke 79 kepada seluruh warga Tentera Darat.  Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada TD yang selama ini masih kekal sebagai sebuah pasukan yang terulung, dihormati dan sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi pada sebilang masa.


Sebagaimana lazimnya, beberapa aktiviti telah diatur bagi menyambut Hari Ulangtahun kali ini.  Selain dari perbarisan, aktiviti-aktiviti kerohanian juga sudah pasti akan diadakan seperti Majlis Tahlil, bacaan Yaasin dan sebagainya.  Sebagaimana yang dikatakan oleh Panglima Tentera Darat sendiri, beliau mahu warga tentera menonjolkan aspek `Hablum Minannas" sebagai merealisasikan kesatuan Ummah.


Suka kita peringatkan kepada pemerintah TD, di sebalik menggerakkan aktiviti kerohanian bagi meningkatkan ilmu dan keimanan di kalangan warga TD, jangan pula warga tentera ini dilibatkan dengan aktiviti sosial yang melalaikan dan mempunyai unsur-unsur maksiat.  "Amru bil makruf, Nahi Mungkar" perlu berjalan serentak agar TD dapat melahirkan warga tentera yang bukan sahaja penuh berdisiplin tetapi mempunyai tahap kerohanian yang tinggi.

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Tentera Darat Kali Ke-79.