JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Tuesday 30 April 2013

UNDI AWAL BAGI TENTERA HARI INI - JANGAN TAKUT UNTUK MENGUNDI PR, UNDI ANDA ADALAH RAHSIA !!

SAYA telah mendapat informasi bahawa satu taklimat telah diadakan kepada anggota-anggota tentera pada jam 9 pagi tadi bahawa semua anggota tentera yang akan melaksanakan pengundian awal pada 30 April 2013 dikehendaki mengisi borang identiti dan memasukkan ke dalam sampul serta dimasukkan bersama-sama kertas undi ke dalam peti undi.

Pihak saya telah menghubungi Pengarah SPR Negeri Pahang untuk mendapatkan kesahihan dan kepastian daripada pihak SPR adakah ianya adalah implimentasi oleh pihak SPR dan pihak SPR telah mengesahkan bahawa ia bukan arahan SPR dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan tertinggi Kem.

Justeru, selaku Calon P85 Pekan, saya MEMBANTAH tindakan tidak rasional dan tidak demokratik tersebut yang akan dilaksanakan pada hari esok 30 April 2013 semasa pengundian awal yang sudah pasti bertujuan menakut-nakutkan anggota-anggota tentera untuk melaksanakan amalan demokrasi dan kebebasan sebagai warganegara Malaysia.

Saya akan membuat pemantauan esok di kesemua lokasi pengundian awal di kawasan Parlimen Pekan bagi memastikan amalan demokrasi dilaksanakan secara adil dan profesional serta tidak melanggari Hak Asasi Manusia .

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

FARIZ MUSA
Calon P85 Pekan

Tuesday 23 April 2013

LT JENERAL (B) DATO' GHAFIR DI BALOK MAKMUR, KUANTAN PADA 25 APRIL INI

Kepada semua warga tentera dan bekas-bekas tentera khususnya, dijemput hadir pada tarikh dan masa yang tersebut di atas bagi mendapatkan maklumat-maklumat semasa khususnya berkaitan isu ketenteraan dan kebajikan warga tentera/bekas tentera.

InsyaAllah, wakil dari KOBAT juga akan berucap pada malam tersebut.  Mohon hebahkan dan 'share' melalui FB masing-masing.

Friday 19 April 2013

ZAHID HAMIDI BERKEMPEN DI DALAM KEM TENTERA, PEGAWAI TENTERA MELANGGAR PMAT?

Mengapa perlu perbodohkan pemikiran warga tentera di hadapan pegawai-pegawai mereka?  Zahid Hamidi nampaknya amat terdesak untuk meraih sokongan warga tentera yang kini semakin jelak dengan kerajaan Umno/Bn.  Petikan dari Malaysiakini di bawah jelas menunjukkan Zahid Hamidi telah berkempen politik di dalam kem Tentera dan ianya jelas menyalahi peraturan di dalam ATM.

"Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggunakan kedudukannya sebagai menteri sementara untuk meraih sokongan dari pegawai tentera dalam satu acara rasmi, namun berpendapat ia bukan satu bentuk kempen.

"Saya bukan minta sokongan anda, saya bukan berkempen. Tidak, saya cuma minta undi anda, itu saja. Wartawan, jangan tulis ini ya!," katanya sambil ketawa ketika berucap kepada kira-kira 600 orang pegawai dan veteran tentera dalam satu pertemuan di kem Tebrau di Johor Bahru.

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa kerahsiaan dan ketelusan undi tentera akan terpelihara walaupun dengan pelaksaan undi awal untuk pasukan keselamatan bagi pilihan raya umum kali ini.

Langkah baru itu juga menangkis khabar angin bahawa kertas undi pegawai berkenaan dipangkah oleh pegawai penyelia tanpa pengetahuan mereka.

“Pangkahlah siapa yang anda mahu, asalkan anda pangkah BN. (Media) jangan lapor ya," katanya lagi dengan berjenaka." (Malaysiakini).

 
Menghadiri kempen politik berpakaian seragam menyalahi PMAT, 1972.  Apakah ini ?

Pada fikiran anda, tidakkah menjadi satu kesalahan mengikut Perintah Majlis Angkatan Tentera, 1972 (Bahagian 3), yang MELARANG warga tentera menghadiri perhimpunan atau kempen politik dengan berpakaian seragam tentera?  Lihat di belakang Zahid (memakai baju BN, bukan berkempen politik?), pegawai-pegawai tentera lengkap berpakaian seragam tentera.  Tidakkah ianya menyalahi peraturan di dalam PMAT 1972?  Bayangkan jika Lain-Lain Pangkat (LLP) yang berbuat demikian?  Sudah tentu akan dikenakan tindakan tatatertib.

Warga tentera mesti lakukan perubahan kali ini.  Jangan biarkan pemimpin Umno seperti ini memperdaya anda semua dengan peraturan yang mereka sendiri langgar.  Lakukan perubahan di dalam PRU 13 kali ini.


Sunday 14 April 2013

SAMM Desak Tarikh Mengundi Awal Diubah Sepertimana Tertera Dalam 'Panduan Pengundian Awal'

Kenyataan Terbuka
14 April 2013

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras pihak SPR patuh kepada 'Panduan Pengundian Awal' yang telah digezetkan dan mengubah tarikh mengundi awal.

Mengikut panduan tersebut pada klausa 6.1 menunjukkan;

Hari mengundi awal akan ditetapkan oleh SPR berdasarkan peraturan 3(1A) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) (Pindaan 2012) iaitu tidak kurang daripada tujuh hari selepas Hari Penamaan Calon dan tidak kurang daripada tiga hari sebelum dari tarikh atau tarikh-tarikh Hari Mengundi Biasa. 
 


Perkara di atas bermaksud, tarikh Hari Mengundi Awal harus berlangsung tidak lebih dari 3 hari sebelum Hari Mengundi Awam. Pengumuman SPR meletakkan tarikh Hari Mengundi Awal 30 April iaitu 5 hari sebelum Hari Mengundi Awam adalah salah dan tidak wajar sama sekali.

Desakan ini mempunyai asas. SAMM difahamkan, dakwat kekal yang dicalit hanya bertahan untuk tiga hari maka pemilihan tarikh pengundi awal 5 hari sebelum hari mengundi awam akan menjadikan sistem dakwat kekal bukan sahaja tidak relevan malah tidak logik. Tujuan sistem dakwat kekal ialah untuk menghalang mana-mana individu mengundi lebih dari sekali namun perkiraan SPR ini ternyata memberi ruang kepada penipuan pilihanraya berlaku.

Apakah jaminan 240 ribu pengundi awal tidak mengundi lagi sekali setelah dakwat kekal yang dicalit di jari mereka hilang setelah lebih 3 hari?

Justeru itu, SAMM menuntut supaya Hari Mengundi Awal jatuh pada 2 Mei atau lebih lewat dari tarikh tersebut sebelum hari pilihanraya umum. Panduan yang dikeluarkan harus jadi rujukan yang perlu dipatuhi SPR.

Desakkan SAMM juga adalah bertujuan untuk memastikan keberkesanan sistem dakwat kekal yang diperkenal SPR, atau ia menjadi satu sistem yang sia-sia tidak selari dengan tuntutan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Bagaimana kami mahu katakan SPR bersih dan bertindak adil jika perkara yang sudah didokumenkan juga boleh 'dilanggar'?


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday 9 April 2013

WARGA TENTERA TERIMA VIDEO DAN SMS YANG TIDAK DIUNDANG ?

Semenjak Parlimen dibubarkan, KOBAT banyak menerima laporan daripada warga tentera yang rimas dengan kehadiran rakaman video lebih kurang 10 saat melalui telefon bimbit mereka yang mana video menunjukkan Najib merayu undi agar mengundi Bn serta SMS - Salam 1Malaysia. Parlimen sudah di bubarkan. Pilihlah Malaysia. Undilah BARISAN NASIONAL.

Warga tentera terutamanya yang  mengunakan Sim Kad Talian MINDEF merasa terganggu dengan penghantaran video dan SMS yang cuba mempengaruhi mereka.  Jika benar, nampaknya ketakutan Najib kepada warga tentera khususnya yang bersedia untuk melakukan perubahan di dalam PRU kali ini amat ketara sekali.

Apakah mustahil PRU kali ini warga tentera khususnya di Kem Batu 10, Kuantan yang berada di Parlimen Pekan akan mencipta sejarah menyumbang kepada kejatuhan Najib di Pekan, sekaligus menafikan Najib sebagai PM atau Ketua Pembangkang?  Apabila ditanya kepada beberapa orang warga tentera di sini, mereka pun sudah pandai menjawab, "INI KALI LAH"!!
 


Sunday 7 April 2013

KOBAT DI FELDA SELANCAR 1 DAN 3 MALAM INI

KOBAT akan berceramah di Felda Selancar 1 dan Felda Selancar 3 malam ini (Ahad-07/4/13).


Ceramah pertama adalah di Felda Selancar 1, kemudiannya ke Felda Selancar 3 iaitu di kawasan Parlimen Rompin.  Turut bersama adalah Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah Strategi KEADILAN Pahang dan beberapa pimpinan PAS.

Orang ramai dijemput hadir.

Friday 5 April 2013

LAKSAMANA (B) HJ IMRAN CALON PARLIMEN LUMUT

Malam tadi (04/4/13) bertempat di Perak di dalam Jelajah Merdeka Rakyat, Ketua Umum KEADILAN Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Laksamana (B) Hj Imran Abdul Hamid sebagai calon Parlimen Lumut.


Sejajar dengan pengalaman beliau sebagai Pegawai Kanan di dalam TLDM, pencalonan beliau untuk bertanding di Parlimen Lumut amat tepat sekali kerana Lumut adalah merupakan Pengkalan TLDM yang utama di negara ini.

Kepada warga tentera khususnya di Lumut, anda bertuah kerana bekas 'bos' anda kini kembali untuk bersama anda memperjuangkan nasib dan kebajikan anda serta seluruh rakyat di Lumut.  Suara beliau amat diperlukan di Parlimen nanti bagi membawa masalah anda semua.  

Syabas kita ucapkan, semoga beliau berjaya, InsyaAllah.