JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Friday, 19 April 2013

ZAHID HAMIDI BERKEMPEN DI DALAM KEM TENTERA, PEGAWAI TENTERA MELANGGAR PMAT?

Mengapa perlu perbodohkan pemikiran warga tentera di hadapan pegawai-pegawai mereka?  Zahid Hamidi nampaknya amat terdesak untuk meraih sokongan warga tentera yang kini semakin jelak dengan kerajaan Umno/Bn.  Petikan dari Malaysiakini di bawah jelas menunjukkan Zahid Hamidi telah berkempen politik di dalam kem Tentera dan ianya jelas menyalahi peraturan di dalam ATM.

"Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggunakan kedudukannya sebagai menteri sementara untuk meraih sokongan dari pegawai tentera dalam satu acara rasmi, namun berpendapat ia bukan satu bentuk kempen.

"Saya bukan minta sokongan anda, saya bukan berkempen. Tidak, saya cuma minta undi anda, itu saja. Wartawan, jangan tulis ini ya!," katanya sambil ketawa ketika berucap kepada kira-kira 600 orang pegawai dan veteran tentera dalam satu pertemuan di kem Tebrau di Johor Bahru.

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa kerahsiaan dan ketelusan undi tentera akan terpelihara walaupun dengan pelaksaan undi awal untuk pasukan keselamatan bagi pilihan raya umum kali ini.

Langkah baru itu juga menangkis khabar angin bahawa kertas undi pegawai berkenaan dipangkah oleh pegawai penyelia tanpa pengetahuan mereka.

“Pangkahlah siapa yang anda mahu, asalkan anda pangkah BN. (Media) jangan lapor ya," katanya lagi dengan berjenaka." (Malaysiakini).

 
Menghadiri kempen politik berpakaian seragam menyalahi PMAT, 1972.  Apakah ini ?

Pada fikiran anda, tidakkah menjadi satu kesalahan mengikut Perintah Majlis Angkatan Tentera, 1972 (Bahagian 3), yang MELARANG warga tentera menghadiri perhimpunan atau kempen politik dengan berpakaian seragam tentera?  Lihat di belakang Zahid (memakai baju BN, bukan berkempen politik?), pegawai-pegawai tentera lengkap berpakaian seragam tentera.  Tidakkah ianya menyalahi peraturan di dalam PMAT 1972?  Bayangkan jika Lain-Lain Pangkat (LLP) yang berbuat demikian?  Sudah tentu akan dikenakan tindakan tatatertib.

Warga tentera mesti lakukan perubahan kali ini.  Jangan biarkan pemimpin Umno seperti ini memperdaya anda semua dengan peraturan yang mereka sendiri langgar.  Lakukan perubahan di dalam PRU 13 kali ini.


2 comments:

  1. Warga tentera pon dah muak dan meluat pada menteri sementara ni dan UMNO itu sendiri....UNDI POS bukan lagi " talian hayat " UMNO...rahsia selama ni dah terbongkar ttg undi pos.....hanye pegawai pegawai yang berkepentingan saja melihat UMNO ni sebagai batu lanjutan untuk kepentingan diri...Ayuh perwira bangsa lihat dan ikut bekas bekas General kita yang bermaruah menentang kemungkaran selama ni...GEMPUR.......WIRA !!!!

    ReplyDelete
  2. pada 24 april ini zahid hamidi berkempen di Pangakalan Udara Subang pulak....semua kena detail pergi....kesian askar semua dipelekihkan oleh org politik...dari PAT smpi lah ke Prebet....

    ReplyDelete