JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Friday 29 June 2012

BEKAS PEGAWAI KANAN TENTERA, KOBAT DAN RAFIZI DI PORT DICKSON 30 JUN 2012 (SANTU)


Kepada semua warga tentera khususnya yang berada di sekitar Port Dickson termasuk bekas-bekas tentera dijemput untuk hadir ke program ceramah penerangan pada 30 Jun 2012 (Sabtu) jam 09.00 malam bertempat di Kg SiRusa, Batu 4, Port Dickson (Rumah Pak Ngah).

Ceramah pada malam tersebut akan menampilkan bekas Pegawai Kanan ATM, Brigediar Jeneral (B) Abd Hadi dan juga dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) juga seorang Blogger Wfauzdin Ns.  Di samping itu juga, ceramah malam tersebut turut dipanaskan dengan isu-isu semasa oleh Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN Pusat seorang tokoh muda yang popular dengan isu NFC.  Politik dan harapan Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Sembilan bakal disentuh oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan merangkap MP Teluk Kemang, YB Dato' Kamarul Baharin Abas serta beberapa penceramah jemputan yang lain.

Orang ramai juga dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat-maklumat semasa.  Mohon hebahkan.

Projek tender terus ATM RM140 juta kepada Sapura tidak ikut spesifikasi

Pada 13 Oktober 2011, saya telah membangkitkan isu projek pembangunan Network Centric Operations (NCO) yang telah dianugerahkan secara tender terus kepada Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (Sapura) untuk pembangunan secara berfasa dari RMK-10 hingga RMK-13 iaitu dalam tempoh 20 tahun. 
 

Timbalan Menteri Pertahanan pada 23 November 2011 telah menjelaskan: “Sistem NCO merangkaikan bukan sahaja markas, pasukan ATM, malahan aset-aset yang bergerak – sistem NCO membantu ‘fully shared information.’”

Pun begitu, Menteri menjawab secara bertulis bahawa kos bagi Program Pembangunan NCO ATM Fasa 1A bagi tempoh 2 (DUA) tahun sahaja adalah sebanyak RM 140 juta; dan bagi pembangunan fasa-fasa seterusnya adalah bergantung kepada prestasi dan kejayaan di dalam pembangunan Fasa 1A ini.

Disebut juga pemilihan Sapura sebagai Peneraju Utama Program Pembangunan NCO ATM adalah berdasarkan kepada beberapa faktor sebagai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pertahanan, keselamatan dan teknologi maklumat.

Daripada maklumat terkini yang saya dapati, Sapura telah lewat dalam menyiapkan kerja-kerja berkait dengan program NCO ATM Fasa 1A, khususnya:

*Timeline Detail User Requirements (DUR) yang sepatutnya bermula pada 22 Oktober hingga 21 Mac 2012, tertunda kerana SAPURA menggunakan alasan hanya boleh dilaksanakan selepas mereka mendapat bayaran advance payment, dan pada masa yang sama Sapura lebih banyak meluang masa dalam persiapan LIMA ‘11, hingga menyebabkan aktiviti DUR kurang diberi perhatian.

*Enjin aplikasi yang didakwa telah dipunyai oleh Sapura sebenarnya tiada dalam pegangan mereka. SAPURA gagal menunjukkan contoh aplikasi yang disimulasi menggunakan enjin aplikasi yang dikenal pasti.

*Peletakan jawatan oleh tiga bekas ketua jurutera perisian Sapura dalam tempoh setahun, daripada Mei 2011 hingga Februari 2012 merumitkan keadaan.

Oleh itu, pertanyaan saya kepada kerajaan adalah seperti berikut:

1. Adakah kerajaan akan menghormati saranan dan kritikan pihak Angkatan Tentera Malaysia seperti di atas?

2. Adakah kerajaan akan menamatkan kontrak dengan Sapura kerana gagal menyiapkan kerja-kerja seperti yang dipersetujui dalam fasa 1A, dan membuat bidaan baru melalui tender terbuka untuk program NCO ini?

3. Adakah pemilihan dan pembelian aset pertahanan selari dengan Dasar Pertahanan Nasional agar aset yang dibeli dengan wang rakyat tidak menjadi ‘gajah putih’ seperti satu ketika dahulu apabila kereta kebal ringan dipasang sistem meriam yang tidak sesuai, kesediaan peperangan (combat readiness) pesawat pejuang yang pincang sistem senjata dan yang terbaru ini dengan sistem NCO yang tidak disiapkan mengikut jadual dengan peralatan enjin aplikasi yang tiada dalam pegangan kontraktor?

4. Adakah kerajaan bersedia membuat satu Audit Pertahanan dengan melibatkan pihak pembangkang sebagai wakil rakyat di mana maklumat audit boleh dirahsiakan?

5. Adakah kerajaan bersedia melaksanakan reformasi parlimen dengan memperkenalkan sebuah Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk perolehan pertahanan negara supaya segala kepincangan dan pemberian kontrak kepada syarikat yang sub-standard dielakkan?

6. Akhir sekali semua pihak berkepentingan (stakeholders) termasuk pembangkang dan rakyat secara amnya mahukan kerajaan mengambil serius dan melaksanakan tangungjawab secara telus di dalam perkara yang melibatkan keselamatan negara di mana segala pertanyaan dan maklumbalas mesti di ambil kira sebagai usaha bersama demi mempertahankan kedaulatan negara. Kita semua tidak mahu sebarang program yang bakal menelan lebih RM1 bilion tersadai dan menanggung perbelanjaan berlebihan akibat ketidakcekapan dan kerja-kerja sub-standard.
 
 (Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN: Nurul Izzah Anwar) /Keadilan Daily

Monday 25 June 2012

MENJAWAB ISU TENTERA DILATIH UNTUK MAKAN BENDA HARAM


hiasan

Kami ingin merujuk satu artikel oleh AMKNS di SINI, yang menimbulkan persoalan samada benarkah anggota-anggota tentera termasuk yang berugama Islam diberi latihan `Survival' untuk memakan binatang-binatang yang diharamkan oleh Islam untuk dimakan?  KOBAT mahu memperjelaskan tentang isu ini agar dapat mengurangkan keraguan terhadap sistem latihan yang diamalkan oleh Angkatan Tentera kita sekarang ini.

Kami tidak menolak kesemua yang ditulis di dalam artikel berkenaan cuma kami mahu menjawab persoalan yang dibangkitkan khususnya berkaitan latihan memakan benda-benda haram ini.  Sebenarnya tiada di dalam mana-mana subjek atau modul latihan ketenteraan termasuk latihan atau kursus Komando yang meletakkan memakan benda haram ini sebagai satu latihan.  

Apa yang diajar di dalam kursus `survival' (kelangsungan hidup/ikhtiar hidup) adalah setiap pelatih diberitahu bahawa mereka hendaklah berikhtiar sedaya upaya dengan inisiatif mereka untuk mencari makanan bagi meneruskan kehidupan mereka di dalam keadaan tiada bekalan makanan.  Pada waktu itu, pelatih dikehendaki menggunakan segala ilmu yang diajar sewaktu latihan berbentuk teori untuk dipraktikakkan dengan bantuan peralatan yang terhad yang dimiliki oleh mereka.  Sudah tentu bagi warga tentera yang Non Muslim mereka akan mendapatkan apa jua bahan makanan yang boleh mereka makan.  Tetapi bagi yang Muslim, mereka juga tertakluk kepada hukum Islam yang sering diajar oleh Guru-Guru Agama (KAGAT) di pasukan berkaitan mencari bahan makanan di dalam situasi tertentu.

Tidak ada paksaan buat Pelatih-Pelatih Muslim untuk mereka memakan binatang yang diharamkan oleh Islam.  Bagi yang mengetahui hukum Islam, sudah pasti mereka akan berusaha untuk mencari makanan yang halal terlebih dahulu sehinggalah mereka sampai ke tahap `dharurat' di mana pada ketika itu mereka boleh memakan benda yang diharamkan oleh Syarak dengan syarat-syarat yang dibenarkan.  Ertinya, mereka hanya dibenarkan memakan benda yang haram itu sekadar untuk mereka boleh menyambung nyawa mereka sahaja bukan sehingga mereka kenyang. 
 
Masalahnya, adakah latihan atau kursus `survival' yang sengaja diadakan ini adalah kursus yang berbentuk Islamik?  Adakah dengan sengaja menghantar pelatih-pelatih ke kawasan yang sememangnya diketahui memang tiada satu pun bahan makanan yang halal untuk dimakan itu adalah mengikut konsep latihan yang dibenarkan oleh Islam?  Sepatutnya mereka tidak boleh di hantar ke kawasan yang diketahui sememangnya tiada bahan makanan yang halal di situ.  Adalah lebih baik jika pelatih-pelatih ini dihantar ke kawasan yang tidak diketahui samada di sana terdapat bahan makanan yang halal atau tidak, dan ketika itu terserahlah kepada pelatih-pelatih untuk mencari ikhtiar hidup mereka.
 
Sekiranya pihak Pusat Latihan dengan sengaja meletakkan pelatih-pelatih ke kawasan yang mereka ketahui sememangnya tiada bahan makanan yang halal kecuali kesemuanya haram belaka, ertinya Pemerintah Pusat Latihan berkenaan akan bertanggungjawab ke atas para pelatih Muslim yang `terpaksa' memakan benda-benda yang haram ini.  Bagi para pelatih, mereka terlepas dari dosa memakan benda-benda yang haram ini atas sebab dharurat, tetapi bagi mereka yang bertanggungjawab mengendalikan latihan ini berdosa besar kerana dengan sengaja mendedahkan pelatih-pelatih ini kepada melakukan perkara-perkara yang diharamkan.  Pendek kata, dharurat tidak boleh dirancang atau dijadikan sebagai satu bentuk latihan.
 
KOBAT sendiri merasakan terlalu banyak perkara di dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan latihan yang diamalkan di dalam Angkatan Tentera kita boleh diperbaiki mengikut lunas-lunas Islam.  KOBAT berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini, kita akan bawa cadangan untuk memantapkan Angkatan Tentera Malaysia ke arah satu organisasi yang bukan sahaja kuat, gagah dan berani tetapi juga mempunyai kekuatan kerohanian berpandukan ajaran Islam yang kental.  

Kita cukup yakin, tentera yang kuat adalah tentera yang berpegang teguh kepada Islam.  Kami percaya perubahan yang lebih baik akan berlaku di dalam tentera termasuk Polis sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan, InsyaAllah.

Tuesday 19 June 2012

PARLIMEN PEKAN - WARGA TENTERA MAHU CALON PR DIUMUMKAN LEBIH AWAL

Parlimen Pekan, Pahang adalah satu kawasan yang dianggap `perangkap maut' kepada sesiapa sahaja yang bakal bertanding di kerusi tersebut di dalam Pilihanraya Umum akan datang.  Ini tidak menghairankan kerana kerusi Parlimen Pekan kini disandang oleh Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia seperti juga di Parlimen Permatang Pauh yang kini disandang oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Najib bakal tumbang dengan undi warga tentera?

Nostalgia ketika Najib hampir tewas kepada calon PAS, Sdr Ramli Mohamed pada PRU Tahun 1999 dengan majoriti hanya 241 undi mungkin menjadi sejarah terburuk buat Najib.  Keputusan yang memalukan Najib ini telah ditebus oleh beliau di dalam PRU Ke 11 dan terakhir PRU ke 12 Tahun 2008 di mana Najib mendapat majoriti besar sebanyak 26, 464 undi.  Keputusan ini juga lebih tidak menghairankan lagi kerana persempadanan semula kawasan Pilihanraya Parlimen Pekan telah dilakukan di mana dua buah kem tentera di Batu 10, Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan.  Kita sedia maklum mengapa Najib amat memerlukan undi-undi pos di kedua-dua kem berkenaan.

Apakah PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi ini akan menjadi titik noktah politik Najib atau sekiranya beliau masih dikehendaki di Parlimen Pekan hanya sekadar untuk melayakkan beliau berada di kerusi Ketua Pembangkang?  Tidak mustahil Najib boleh berakhir di sini, dan masih ramai yang yakin Najib masih boleh menang di Parlimen Pekan tetapi sebagai Ketua Pembangkang.

Siapakah yang bakal dicalonkan oleh PR bertanding menentang Najib kali ini?  Difahamkan kerusi Parlimen Pekan diberikan kepada KEADILAN.  Jika benar, siapakah calon yang bakal dikemukakan oleh pucuk pimpinan KEADILAN nanti?  KOBAT merasakan adalah wajar sekiranya calon KEADILAN atau calon PR diumumkan lebih awal di Parlimen ini.  

Sebabnya, KOBAT telah mendapatkan maklumbalas dari warga tentera sekitar Kem Batu 10, Kuantan yang bakal mengundi di dalam PRU nanti.  Kebanyakan dari mereka mahu agar nama calon diumumkan lebih awal kerana mereka ingin mengenali calon ini lebih dekat lagi.  Jika boleh, warga tentera di sini mahu bertemu bakal calon yang akan menentang Najib nanti bagi mendapatkan penjelasan tentang apakah yang beliau mampu lakukan sekiranya warga tentera memilih calon PR sebagai Ahli Parlimen Pekan.

KOBAT bersetuju dengan pandangan warga tentera berkenaan kerana KOBAT merasakan perlu ada program tersusun dan efektif untuk menemukan bakal calon PR ini kepada warga tentera sekitar Kem Batu 10 ini.  Tindakan mengumumkan lebih awal calon PR di Parlimen Pekan akan lebih memudahkan kerja dan program kita untuk mengatur strategi.  

Sehingga kini, KOBAT melihat aktiviti dan program di peringkat Parlimen Pekan oleh PR agak perlahan berbanding dengan aktiviti dan program yang diatur di peringkat semua Dun di dalam Parlimen ini.  PAS dilihat lebih aktif di beberapa Dun di Pekan, manakala KEADILAN juga aktif di beberapa Dun seperti di Dun Chini.  KEADILAN boleh dipuji dari gerak kerja di beberapa kawasan orang Asli di Pekan di mana beberapa Ranting telah berjaya ditubuhkan.

Masalahnya, program di peringkat Parlimen Pekan masih perlahan di mana belum boleh dibayangkan siapakah calon PR di Parlimen Pekan.  Mungkin terdapat beberapa tokoh yang disebut-sebut sebagai calon merasa sangsi samada mereka benar-benar akan menjadi calon atau tidak, sebab itu mereka lebih banyak bersikap tunggu dan lihat.  Justeru itu, khusus untuk Parlimen Pekan ini KOBAT merasakan adalah wajar untuk mengumumkan nama calon sekarang.  Mungkin tidak mendatangkan masalah besar kerana dipercayai tiada perebutan untuk menjadi calon di kawasan yang dianggap `Perangkap Maut' ini.

Kami yakin, Najib sudah pasti tidak akan mendapat undi yang selesa di dalam PRU akan datang.  Mod warga tentera kini jauh berubah dengan perkembangan semasa serta kemudahan akses maklumat media alternatif.  Warga tentera kini hanya mahu tahu siapakah orangnya yang bakal memalukan Najib buat kali kedua nanti.  KOBAT bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan kerana tanggungjawab KOBAT nombor Wahid adalah menentukan Najib tumbang di Pekan.  Jika kami gagal, kami hanya boleh menerima Najib sebagai Ketua Pembangkang.

Wednesday 13 June 2012

TAKZIAH DARI KOBAT BUAT JAMIL KHIR BEKAS PENGARAH KAGAT



 

KOBAT mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera - KAGAT) kerana telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada pagi semalam.

Kami difahamkan Allahyarhamah Hasiah@Halijah Ahmad telah meninggal dunia selepas Subuh pagi semalam akibat sakit tua.

Kami mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan para solihin. Semoga Datuk Seri Jamil Khir tabah sentiasa di atas kehilangan seorang ibu yang amat disayangi.

Al Fatihah.

Saturday 9 June 2012

Ruang udara Malaysia kini terancam

 
 
Ruang udara negara kini terancam selepas sistem baru Human Machine Interface (HMI) diperkenalkan di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang.

KEADILAN menerusi Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar mendedahkan demikian pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), dekat sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada pegawai trafik udara (ATC), sistem itu tidak stabil menyebabkan penerbangan di ruang udara Malaysia tidak selamat.

“Pegawai tersebut turut menyatakan peningkatan tekanan dalam tugas akibat masalah yang timbul daripada sistem itu. Mereka mendesak HMI digantikan dengan sistem Alpha yang dianggap lebih baik dan stabil,” katanya.

Memorandum itu diterima wakil DCA, Johnli Idek.

Hadir sama dua lagi Naib Presiden KEADILAN N Surendran dan Tian Chua.  Izzah berkata, sistem baru bernilai RM280 juta di bawah Program Pemodenan Perkhidmatan Trafik Udara Malaysia (MATSMP) itu dibangunkan oleh Selex Sistemeni Integrati (Selex) melalui tender tertutup.

Beliau berkata, Selex merupakan sebahagian syarikat Finmeccanica Spa dari Itali dan terlibat pelbagai dakwaan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.

Beliau turut mempersoalkan adakah DCA mengeluarkan sijil penyiapan praktikal sebelum memberikan projek tersebut kepada Selex.

Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mendesak DCA mengadakan audit bebas oleh International Civil Aviation Organization (ICAO) bagi membuktikan ruang udara selamat.

“Jawatankuasa tetap Parlimen juga perlu diwujudkan bagi perolehan pertahanan termasuk kawalan udara,” katanya./sharpshooter

Thursday 7 June 2012

PANGLIMA ATM MESTI TEGAS ISU KESELAMATAN, JANGAN TAKUT KEPADA ORANG POLITIK

 
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak mengambil mudah skandal penjualan rahsia pertahanan negara.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan Najib harus tampil memberikan jawapan bagaimanakah rahsia tersebut boleh dijual oleh penasihat utama beliau sendiri iaitu Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.

Sebelum itu, Azmin memberitahu pendedahan NGO Suaram bahawa syarikat yang berkait dengan Perdana Menteri telah menjual rahsia pertahanan negara adalah satu krisis nasional yang mendesak tindakan segera.

Menurutnya, berdasarkan kertas siasatan kes saman yang dibawa oleh Suaram berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang mengamalkan rasuah, peguam Joseph Breham telah mendedahkan beberapa perkara.

"Sebuah syarikat bernama Terasasi (Hong Kong) Limited telah menjual dokumen sulit pertahanan negara kepada sebuah syarikat Perancis bernama DCNS.

"Dokumen sulit pertahanan negara itu adalah laporan penilaian prestasi kapal selam Scorpene berasaskan keperluan pertahanan yang digariskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," jelas Azmin.

Tambahnya lagi, dokumen sulit itu dijual pada harga RM142 juta dalam keadaan syarikat Terasasi (Hong Kong) Limited tersebut dimiliki oleh penasihat utama Najib.

Azmin turut menyatakan skandal pembelian Scorpene kini melangkaui persoalan rasuah dan penyelewengan dana rakyat semata-mata.

"Pendedahan ini menunjukkan bagaimana pimpinan Umno-Barisan Nasional tidak teragak-agak untuk mengadaikan kemerdekaan dan keselamatan negara demi mengumpul kekayaan peribadi.

"Tindakan menjual rahsia pertahanan negara ini adalah pengkhianatan pada tahap tertinggi yang mesti dijawab oleh Najib sendiri kerana ia berlaku semasa beliau memimpin Kementerian Pertahanan," sambungnya lagi.

Beliau turut mendesak pihak berkuasa yang terbabit iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya memulakan siasatan segera untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka keadilan.

"Sekiranya ATM tidak terlibat dalam penjualan maklumat strategik negara, maka saya mendesak pimpinan tertinggi ATM untuk membuat laporan polis dengan segera," tambah Azmin lagi.

Tindakan penjualan dokumen sulit ini secara tidak langsung membahayakan nyawa perajurit negara yang mengendalikan kapal selam Scorpene yang sudah beroperasi./Harakahdaily

Tuesday 5 June 2012

SOKONG PEMBANGKANG POLIS TENTERA PERLU LETAK JAWTAN?

Tidak tahu di mana silapnya cara berfikir MB Terengganu, YAB Ahmad Said.  Gesaan beliau agar kakitangan kerajaan termasuk tentera dan Polis perlu letak jawatan jika menyokong Pembangkang adalah satu kenyataan yang amat tidak bijak, dangkal dan melucukan.

Saya ingin mengulas tentang tentera dan Polis sahaja.  Tentera dan Polis dibenarkan untuk mengundi di dalam Pilihanraya.  Maksud mengundi di sini adalah hak untuk memilih mana satu parti atau calon yang mereka sokong, bukan bererti mengundi itu adalah WAJIB menyokong parti memerintah.  Selaku MB Terengganu dan orang politik, masakan perkara mudah seperti ini Ahmad Said tidak faham?

Seandainya Ahmad Said merasakan bahawa lebih baik warga tentera dan Polis itu letak jawatan sekiranya mereka menyokong selain daripada Umno/Bn, ini bermakna beliau ingin memperbodohkan atau ingin menjadikan warga tentera dan polis seperti `lembu dicucuk hidung'.  Kenyataan beliau ini sepatutnya dijawab oleh Panglima ATM seandainya Panglima ATM itu benar-benar berani sebagai Panglima.  Saya tidak fikir Panglima ATM atau Ketua Polis Negara pun sependapat dengan MB Terengganu yang menaiki takhta kerajaan negeri melalui ihsan Istana itu.

Ahmad Said tidak boleh bersikap sombong dan angkuh kepada tentera dan polis.  Tentera dan polis bukannya alat Umno walaupun tidak dinafikan terdapat dua tiga kerat pihak atasan yang menunjukkan perangai membodek mereka, tetapi di peringkat bawahan warga tentera dan polis tahu siapakah sebenarnya selama ini yang memerintah dan menyusahkan mereka.  Sampai ketikanya, warga tentera dan polis akan melakukan perubahan.

Monday 4 June 2012

JUAL MAKLUMAT KETENTERAAN NEGARA : KENAPA TENTERA DAN PDRM DIAM MEMBISU?


 
 
Isu Skandal Scorpene yang turut mendedahkan sebuah syarikat iaitu Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene. Terasasi didakwa menerima sejumlah 36 juta euro (RM142 juta) daripada DCNS – antara lainnya untuk 'jualan' laporan sulit melibatkan penilaian tentera laut Malaysia ke atas pesanan untuk kapal selam tersebut.

Pendedahan oleh SUARAM tersebut adalah satu yang sangat serius apabila ianya melibatkan keselamatan dan kerahsiaan negera sehingga sanggup menjualkannya .

JINGGA 13 benar-benar hairan kenapa pihak ATM dan PDRM sehingga sekarang terus diam membisu tanpa mengambil tindakan secara drastik terhadap pemilik syarikat Terasasi ( Hong Kong ) Sdn Bhd iaitu Razak Baginda dan bapanya yang telah bertindak membocor dan menjual rahsia negara kepada DCNS iaitu syarikat yang membekalkan 2 buah kapal selam tersebut.

Ini satu penderhakaan dan pengkhianatan kepada negera, kenapa semua pihak terutama Kerajaan Malaysia masih berdiam diri dan terus membiarkan bebas penjenayah yang terlibat dalam membocor dan menjual maklumat kerahsiaan Tentera Laut DiRaja Malaysia iaitu dokumen sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli kerajaan, didakwa telah "dibeli" sebuah syarikat pertahanan Perancis.

JINGGA 13 menyelar sikap berdiam diri ATM dan PDRM terhadap perkara tersebut dan mendesak agar tindakan tanpa belas kasihan wajib diambil demi maruah, kedaulatan dan keselamatan negara.

JINGGA 13 amat hairan bagaimana maklumat kerahsiaan tersebut mampu diakses oleh Razak Baginda dan begitu mudah diperolehi?
KENAPA RAZAK BAGINDA TERLALU KEBAL SEHINGGA TIDAK MAMPU DISENTUH OLEH SESIAPA? Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia ketika itu juga wajar diambil tindakan untuk disiasat dan dipertanggungjawabkan .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13