JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Saturday 9 June 2012

Ruang udara Malaysia kini terancam

 
 
Ruang udara negara kini terancam selepas sistem baru Human Machine Interface (HMI) diperkenalkan di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang.

KEADILAN menerusi Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar mendedahkan demikian pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), dekat sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada pegawai trafik udara (ATC), sistem itu tidak stabil menyebabkan penerbangan di ruang udara Malaysia tidak selamat.

“Pegawai tersebut turut menyatakan peningkatan tekanan dalam tugas akibat masalah yang timbul daripada sistem itu. Mereka mendesak HMI digantikan dengan sistem Alpha yang dianggap lebih baik dan stabil,” katanya.

Memorandum itu diterima wakil DCA, Johnli Idek.

Hadir sama dua lagi Naib Presiden KEADILAN N Surendran dan Tian Chua.  Izzah berkata, sistem baru bernilai RM280 juta di bawah Program Pemodenan Perkhidmatan Trafik Udara Malaysia (MATSMP) itu dibangunkan oleh Selex Sistemeni Integrati (Selex) melalui tender tertutup.

Beliau berkata, Selex merupakan sebahagian syarikat Finmeccanica Spa dari Itali dan terlibat pelbagai dakwaan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.

Beliau turut mempersoalkan adakah DCA mengeluarkan sijil penyiapan praktikal sebelum memberikan projek tersebut kepada Selex.

Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mendesak DCA mengadakan audit bebas oleh International Civil Aviation Organization (ICAO) bagi membuktikan ruang udara selamat.

“Jawatankuasa tetap Parlimen juga perlu diwujudkan bagi perolehan pertahanan termasuk kawalan udara,” katanya./sharpshooter

No comments:

Post a Comment