JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Tuesday 19 June 2012

PARLIMEN PEKAN - WARGA TENTERA MAHU CALON PR DIUMUMKAN LEBIH AWAL

Parlimen Pekan, Pahang adalah satu kawasan yang dianggap `perangkap maut' kepada sesiapa sahaja yang bakal bertanding di kerusi tersebut di dalam Pilihanraya Umum akan datang.  Ini tidak menghairankan kerana kerusi Parlimen Pekan kini disandang oleh Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia seperti juga di Parlimen Permatang Pauh yang kini disandang oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Najib bakal tumbang dengan undi warga tentera?

Nostalgia ketika Najib hampir tewas kepada calon PAS, Sdr Ramli Mohamed pada PRU Tahun 1999 dengan majoriti hanya 241 undi mungkin menjadi sejarah terburuk buat Najib.  Keputusan yang memalukan Najib ini telah ditebus oleh beliau di dalam PRU Ke 11 dan terakhir PRU ke 12 Tahun 2008 di mana Najib mendapat majoriti besar sebanyak 26, 464 undi.  Keputusan ini juga lebih tidak menghairankan lagi kerana persempadanan semula kawasan Pilihanraya Parlimen Pekan telah dilakukan di mana dua buah kem tentera di Batu 10, Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan.  Kita sedia maklum mengapa Najib amat memerlukan undi-undi pos di kedua-dua kem berkenaan.

Apakah PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi ini akan menjadi titik noktah politik Najib atau sekiranya beliau masih dikehendaki di Parlimen Pekan hanya sekadar untuk melayakkan beliau berada di kerusi Ketua Pembangkang?  Tidak mustahil Najib boleh berakhir di sini, dan masih ramai yang yakin Najib masih boleh menang di Parlimen Pekan tetapi sebagai Ketua Pembangkang.

Siapakah yang bakal dicalonkan oleh PR bertanding menentang Najib kali ini?  Difahamkan kerusi Parlimen Pekan diberikan kepada KEADILAN.  Jika benar, siapakah calon yang bakal dikemukakan oleh pucuk pimpinan KEADILAN nanti?  KOBAT merasakan adalah wajar sekiranya calon KEADILAN atau calon PR diumumkan lebih awal di Parlimen ini.  

Sebabnya, KOBAT telah mendapatkan maklumbalas dari warga tentera sekitar Kem Batu 10, Kuantan yang bakal mengundi di dalam PRU nanti.  Kebanyakan dari mereka mahu agar nama calon diumumkan lebih awal kerana mereka ingin mengenali calon ini lebih dekat lagi.  Jika boleh, warga tentera di sini mahu bertemu bakal calon yang akan menentang Najib nanti bagi mendapatkan penjelasan tentang apakah yang beliau mampu lakukan sekiranya warga tentera memilih calon PR sebagai Ahli Parlimen Pekan.

KOBAT bersetuju dengan pandangan warga tentera berkenaan kerana KOBAT merasakan perlu ada program tersusun dan efektif untuk menemukan bakal calon PR ini kepada warga tentera sekitar Kem Batu 10 ini.  Tindakan mengumumkan lebih awal calon PR di Parlimen Pekan akan lebih memudahkan kerja dan program kita untuk mengatur strategi.  

Sehingga kini, KOBAT melihat aktiviti dan program di peringkat Parlimen Pekan oleh PR agak perlahan berbanding dengan aktiviti dan program yang diatur di peringkat semua Dun di dalam Parlimen ini.  PAS dilihat lebih aktif di beberapa Dun di Pekan, manakala KEADILAN juga aktif di beberapa Dun seperti di Dun Chini.  KEADILAN boleh dipuji dari gerak kerja di beberapa kawasan orang Asli di Pekan di mana beberapa Ranting telah berjaya ditubuhkan.

Masalahnya, program di peringkat Parlimen Pekan masih perlahan di mana belum boleh dibayangkan siapakah calon PR di Parlimen Pekan.  Mungkin terdapat beberapa tokoh yang disebut-sebut sebagai calon merasa sangsi samada mereka benar-benar akan menjadi calon atau tidak, sebab itu mereka lebih banyak bersikap tunggu dan lihat.  Justeru itu, khusus untuk Parlimen Pekan ini KOBAT merasakan adalah wajar untuk mengumumkan nama calon sekarang.  Mungkin tidak mendatangkan masalah besar kerana dipercayai tiada perebutan untuk menjadi calon di kawasan yang dianggap `Perangkap Maut' ini.

Kami yakin, Najib sudah pasti tidak akan mendapat undi yang selesa di dalam PRU akan datang.  Mod warga tentera kini jauh berubah dengan perkembangan semasa serta kemudahan akses maklumat media alternatif.  Warga tentera kini hanya mahu tahu siapakah orangnya yang bakal memalukan Najib buat kali kedua nanti.  KOBAT bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan kerana tanggungjawab KOBAT nombor Wahid adalah menentukan Najib tumbang di Pekan.  Jika kami gagal, kami hanya boleh menerima Najib sebagai Ketua Pembangkang.

No comments:

Post a Comment