Sekali lagi KOBAT telah tampil di Parlimen Pekan setelah hadir pada Program Skandal Scorpene anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bulan lalu. Kali ini, pada 06 Dis 2012, KOBAT pula menganjurkan program di tempat yang sama iaitu di Taman Indera Sempurna, Kuantan (Parlimen Pekan).
Sdr Kamarzaman (Pen SU PKR Pahang) mempengerusikan Program |
KOBAT dengan kerjasama SAMM Pahang, PKR dan PAS Pekan beserta NGO Benteras Judi Internet telah menjemput Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad untuk menyampaikan ceramah beliau. Di samping itu, turut dibawa bersama untuk menyampaikan ceramah adalah Ketua Penerangan PKR Pahang, Sdr Razali Alias dan Pengarah MTD Dun Pulau Manis, Us Othman.
Us Othman (Pengarah MTD Dun Pulau Manis) |
Kehadiran pada malam tersebut dianggarkan tidak kurang dari 500 orang iaitu kurang sedikit dari program anjuran SAMM yang lalu. Ini adalah kerana pada tarikh yang sama terdapat dua program ceramah iaitu di Tanah Putih, Kuantan dan juga di Felda Lepar Hilir, Kuantan. Kami telah menyediakan dua buah khemah kerana keadaan cuaca sekarang di Kuantan tidak menentu.
Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) berucap |
Meskipun pada sebelah petangnya hujan agak lebat sehingga menyebabkan keadaan padang awam tersebut becak, namun orang ramai yang tidak berpeluang berada di kerusi khemah yang disediakan tetap mencari tempat yang sesuai untuk mengikuti ceramah pada malam tersebut.
Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS tampil sebagai penceramah sebelum penceramah terakhir iaitu YB Khalid Samad. KOBAT telah mengimbau kembali peristiwa dan sejarah penjajah sewaktu kedatangan Henry Gurney ke Tanah Melayu. Trajedi di Memali turut diimbas kembali oleh KOBAT bagi menunjukkan kezaliman telah berlaku bukan sahaja oleh penjajah bahkan setelah negara ini mencapai kemerdekaan.
Keadaan orang ramai di dalam khemah dan di tepi-tepi jalan mendengar ceramah
Penyelaras KOBAT (Wfauzdin NS) |
Ahli Parlimen Shah Alam (YB Khalid Samad) membacakan fakta di dalam ceramah beliau |
InsyaAllah, KOBAT akan terus menjelajah ke seluruh pelusuk Negeri Pahang bagi menemui orang ramai khususnya warga tentera dan bekas-bekas perajurit bagi menyampaikan maklumat tentang isu semasa negara.
KOBAT untuk org org PAHANG yo ko Skot ???
ReplyDeletePak Oncu...Kita tumpukan di Pahang sementara waktu ni, tapi ada juga program luar Pahang yg KOBAT terlibat jika dijemput. Pahang ni negeri yg luas dan PRaya pula semakin dekat...jadi terpaksa pusing2 Pahang dulu...
ReplyDelete