Media kawalan Umno terus memainkan isu bendera "Sang Saka Bangsa" seolah-olah mereka terkejut bahawa memang wujud bendera bersejarah ini. Isu ini timbul apabila beberapa orang anak muda membawa "Sang Saka" ke kelompok ribuan manusia di Dataran Merdeka di dalam "Janji Demokras#BERSIH" menjelang sambutan 31 Ogos baru-baru ini.
Tiada siapa yang menjangkakan kehadiran "Sang Saka" pada malam tersebut, namun tiada seorang pun yang cuba menghalang atau menangkap pemuda-pemuda berkenaan sedangkan seluruh kawasan Dataran Merdeka dipenuhi juga oleh Pasukan Keselamatan termasuk SB. Jika benar membawa "Sang Saka" itu satu kesalahan jenayah besar, mengapa dibiarkan pada malam itu? Ianya menjadi kesalahan sebaik sahaja media kawalan Umno memainkan isu tersebut dengan fitnah bahawa ini lah benderanya jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Pusat. Fitnah sudah menjadi mainan harian puak ini. Peliknya, pihak Polis pun seperti dipukau oleh propaganda mereka.
KOBAT sendiri tidak pernah terfikir untuk menyokong sebarang rancangan untuk menukar Jalur Gemilang yang sedia ada. Namun, kami berpendapat bahawa terlalu sukar untuk membendung anak-anak muda dari mencari maklumat tentang sejarah tanahair. "Sang Saka" ada sejarahnya tersendiri dan mereka mahu rakyat mengingati sejarah tersebut. Mungkin sebab itulah "Sang Saka" dibawa ke Dataran Merdeka bukan untuk ditukarkan dengan Jalur Gemilang.
Salahkah membawa "Sang Saka"? Sejarah tidak boleh ditipu, begitu juga sejarah tidak boleh dipadamkan. Bangunan PWTC juga pernah menaikkan bendera Israel, itu juga satu sejarah.
No comments:
Post a Comment