JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Sunday, 26 August 2012

JANJI DEMOKRASI DATARAN MERDEKA 30 OGOS, KOBAT SERU WARGA TENTERA/PESARA TURUN

KOBAT menyeru seluruh warga tentera atau pesara tentera untuk sama-sama menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan di Dataran Mereka pada 30 hb Ogos ini bersama-sama lebih 47 NGO mulai jam 10.00 malam.

Bagi menunjukkan bahawa warga tentera dan pesara tentera juga memperjuangkan demokrasi tulen, maka marilah kita bersama-sama memakai baju Kuning 'Janji Demokrasi' yang sebelum ini dikenali sebagai 'Janji Bersih'.

Atas kesedaran bahawa terlalu banyak kepincangan di dalam amalan demokrasi di negara ini, maka sewajarnya warga tentera dan pesara tentera menunjukkan sokongan terhadap perjuangan rakyat untuk memulihkan demokrasi di negara ini.

KOBAT Negeri Pahang akan turut bersama-sama menyertai rakyat di Dataran Merdeka pada malam tersebut.

4 comments:

  1. Format yg ditunjukkan agak lemah. Adakah anda ini betul2 membantah dan tidak bersetuju dgn tindakan2 kerajaan BN?. Bahasa yg digunakan menunjukkan anda seperti lalang!.

    ReplyDelete
  2. Adakah anda tahu yg Ketua Eksekutif LTAT memegang beberapa jawatan lain sebagai: 1. Timbalan Pengerusi Boustead Holdings 2. Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings 3. Pengarah Urusan Affin Holdings dan Pengarah beberapa syarikat di mana LTAT mempunyai kepentingan selain dari jawatan Ketua Eksekutif LTAT?. Gaji bagi jawatan KE LTAT sahaja yg diterima setiap bulan. Habuan lain utk jawatan2 yg tertera adala menerusi kiraan 'profit sharing' berasaskan jumlah syer yg beliau pegang dlm syarikat2 berkenaan. Soalannya bagaimana Menteri Pertahanan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausha Negara boleh bersetuju meluluskan tindakan seperti ini?. Utk bekas2 perajurit bolehlah jadi Pengawal Keselamatan atau drebar di syarikat2 di mana LTAT mempunyai kepentingan. Bekas Jeneral dilantik pengerusi dan ramai yg tak tahu hendak membaca Penyata Kewangan syarikat!

    ReplyDelete
  3. Apa kata seru semua warga tentera dan pesara turut menyebelahi rakyat dan mengundi PR pada PRU13 nanti? Kan itu lebih mudah sbb kuasa melantik adalah di tangan pengundi bukan di tangan menteri!

    ReplyDelete