Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.
Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi. Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.
"...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim. (BERNAMA).

Isu yang ditimbulkan oleh Tuanku bukan perkara baru. Sudah banyak kali isu ini didedahkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat dari sekecil-kecil isu sehinggalah melibatkan soal keselamatan, khususnya berkaitan penjualan rahsia pertahanan. Sehubungan itu, kita patut peka dengan teguran Tuanku Sultan Johor.
Jika anda seorang warga tentera atau bekas tentera, secara jujurnya adakah anda tahu bahawa sememangnya banyak kes yang melibatkan penyelewengan pembelian peralatan tentera selama ini? Bolehkah kita menafikan bahawa terdapat salah laku di mana peralatan yang dibekalkan tidak berkualiti malahan peralatan "tiruan' iaitu bukan yang "original" tetapi di dalam borang pesanan atau pembayaran dicatatkan mengikut harga peralatan sebenar (original)?
Dari sekecil-kecil barang berupa screw atau pen, masih juga terdapat penyelewengan. Masalahnya, siapa berani untuk mendedahkannya? Seperti kes di atas, hanya Tuanku sahaja yang berani mendedahkannya. Adakah pegawai-pegawai lain atau sesiapa sahaja yang mengetahui hal ini berani mendedahkannya? Sudah tentu tidak kerana mereka tahu risiko yang bakal dihadapi. Namun, kita patut berbangga kerana masih ada yang berani membisikkan kepada Tuanku perkara ini. Jika tidak, kita pun tidak tahu entah berapa lama lagi aset pertahanan kita akan dipergunakan untuk kepentingan orang-orang tertentu.
No comments:
Post a Comment