JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Saturday 11 February 2012

SISTEM UNDI POS - JUMLAH UNDI TENTERA/POLIS MESTI DIKIRA AWAL

Sistem Undi Pos di dalam Pilihanraya di negara ini lazimnya digunakan terutamanya oleh warga tentera dan Polis.  Sistem ini asalnya bagi membolehkan seseorang warga tentera/Polis membuang undi di dalam Pilihanraya walaupun ketika mereka berada di lokasi latihan/operasi atau pun penugasan di luar negara.

Sekiranya undi pos ini digunakan kepada mereka yang terlibat di dalam latihan/operasi di luar kem sewaktu Pilihanraya diadakan maka ada kewajarannya dipraktikkan.  Namun apa yang berlaku sebelum ini, sistem ini digunakan juga kepada semua warga tentera/polis yang bertugas di dalam kem/pengkalan masing-masing.  Oleh yang demikian, PR mahu agar sistem ini dimansuhkan apatah lagi terdapat beberapa aduan yang menyebut bahawa sistem undi pos tidak telus.


Sekiranya sistem ini masih mahu digunapakai lagi, sewajarnya beberapa perkara perlu dilakukan agar sistem undi pos benar-benar dilihat telus mewakili kehendak warga tentera/polis yang membuang undi. Di antara perkara penting yang mesti dilakukan adalah seperti berikut; 

1.  Bagi mereka yang berada di kem/pengkalan, pengundian hendaklah dilakukan di luar kawasan kem yang ditetapkan oleh SPR dan waklil-wakil calon atau calon sendiri dibenarkan berada di tempat pengundian.

2.  Bagi mereka yang berada di lokasi latihan/operasi di luar kawasan, mereka hendaklah membuang undi di lokasi mereka dengan diawasi oleh Pegawai/anggota tentera dari JRP (Jabatanarah Rekod dan Pencen) yang dilantik oleh SPR.  Wakil calon juga perlu dimaklumkan lokasi tempat mereka membuang undi dan mereka diberi pilihan samada mahu hadir atau tidak sewaktu pengundian.

3.  Paling penting, selepas semua undian selesai dijalankan maka pengiraan jumlah undian mestilah dilakukan pada hari itu juga dengan disaksikan oleh wakil calon.  Jumlah undi akan dicatatkan oleh setiap wakil calon.  

4.  Jumlah undi yang telah dikira hendaklah disahkan oleh setiap wakil calon dan SPR, kemudian jumlah tersebut hanya akan dicamporkan dengan jumlah keseluruhan undian oleh orang awam pada hari pengundian sebenar di Dewan Perjumlahan Undi yang ditetapkan.

Perjumlahan undian mestilah dilakukan sebaik sahaja semua warga tentera/polis ini membuang undi bagi mengelakkan penipuan jumlah undi sekiranya kertas undian ini disimpan selama satu atau dua hari sebelum orang awam mengundi.

Adalah diharapkan sistem undi pos di dalam PRU akan datang bebas dari keraguan samada oleh mana-mana parti mahu pun oleh warga tentera/polis itu sendiri.

2 comments:

  1. Setakat nak jadi wakil calun berlambak bekas tentera yang sanggup masuk kem.Masaalah geng kumpulan haram jadah nih tak benarkan tetapi puak dia boleh siap berkempen dalam kem lagi.Bukti...pilihanraya lepas di Port Dickson.Aku syorkan agar tentera tentera ni semua desak kerajaan agar calun di kawasan yang ramai tentera seperti Kota Tinggi,Terendak,Gemas,Port Dickson,Wangsa Maju,Setapak,Sg Besi,Tambun,Ipoh,Butterworth,Sg Petani,Pengkalan Cepa,Pekan,Semmengo,Lok Kawi,Lumut,Anak Bukit hendaklah di wakili oleh bekas tentera.Kalau tak pun Pembangkang lantik bekas tentera jadi calun kawasan nih biar BN berpeluh.Kita mahu ramai bekas tentera di Parlimen supaya nasib bekas tentera nih terjamin .Tapi bila dapat jawatan jangan curi duit zakat lak.Semua tentera kena cerdik tak caya saya cakap tanya bekas bekas tentera nasib mereka lepas berhenti.Dapat ke tanah dari kerajaan sebesar kangkang kera...haram.Jadi JKK lebih baik....fikirkanlah wahai tentera semua

    ReplyDelete
  2. Kenapa bag Pos di guna bagi tentera dan tong diguna untuk awam,kenapa tak guna benda yang sama boleh di kunci sampai masa mengira undi.Nak menipu ya....masyallah kan tuhan ada dan nampak semuanya.Bag nih senang di usung kesana kemari untuk melebihkan undi di mana BN kalah ,betul ke macam tu.Aku teka aja benda nih

    ReplyDelete