JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Tuesday, 21 February 2012

LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) - SUATU PERSOALAN

Dari Sumber: Facebook

Kepada sahabat2 terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  Baca dan Fahamilah berkaitan Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). 
 

 
1. Semua peringkat anggota LLP ATM iaitu Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut adalah wajib untuk mencarum LTAT yang mana ia terdapat di dalam Laporan Tan Sri Sheikh Abdullah (TSSA 1972) dan AKTA LTAT 101 Tahun 1973 yang telah diluluskan dan anggota LLP ATM mula diwajibkan (dalam erti kata DIPAKSA) mencarum LTAT bermula pada tahun 1973 dan pegawai ATM pula diberi pilihan secara sukarela. 
 
2.  LTAT juga menyatakan bahawa anggota LLP ATM yang menamatkan perkhidmatan (berhenti) 12 / 15 dan 18 tahun layak mendapat duit caruman ahli dan caruman kerajaan serta bonus dari LTAT. Bagi anggota LLP ATM yang menamatkan perkhidmatan (bersara) 21 / 22 dan 25 tahun hanya layak mendapat duit caruman ahli sahaja serta bonus dari LTAT. Manakala duit caruman kerajaan serta bonus di kembalikan semula kepada kerajaan untuk melabur bagi tujuan membayar pencen anggota LLP ATM.  Ini adalah tidak adil bagi semua anggota LLP ATM sekiranya duit caruman kerajaan serta bonus tidak diberikan kepada semua LLP ATM yang berjaya menamatkan perkhidmatan (bersara) 21 / 22 dan 25 tahun sepertimana yang diperolehi oleh anggota LLP ATM yang tidak berjaya menamatkan perkhidmatan (berhenti) 12 / 15 dan 18 tahun. 
 
3. Dimanakah keistimewaan yang sepatutnya diberikan kepada anggota LLP ATM yang berjaya menamatkan perkhidmatan (bersara) 21 / 22 dan 25 tahun dan memberikan penuh taat setia kepada ATM , kerajaan dan AGONG berbanding dengan anggota LLP ATM yang hanya berkhidmat 12 / 15 dan 18 tahun sahaja dan layak pula mendapat keistimewaan penuh daripada kerajaan iaitu caruman kerajaan serta bonus dari LTAT?
 
4. LTAT menjelaskan bahawa pegawai-pegawai ATM iaitu Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut, pegawai-pegawai ATM boleh diberikan pilihan sama ada berminat atau tidak berminat untuk mencarum LTAT dan ini tidak sama seperti anggota LLP ATM yang diwajibkan (dalam erti kata DIPAKSA) mencarum LTAT.  Tetapi apabila pegawai-pegawai yang menamatkan perkhidmatan (bersara) umur 45 / 50 /53 / 55 dan 58 tahun pegawai-pegawai tersebut juga dibayar pencen tiap-tiap bulan untuk selama-lamanya dan Ganjaran daripada kerajaan (Gredtiuti) sedangkan ada di antara mereka tidak pernah mencarum di dalam LTAT.  Dari mana datangnya peruntukan pencen mereka yang tidak pernah mencarum itu, sedangkan difahamkan bahawa untuk LLP pembayaran pencen mereka adalah dari wang LTAT (caruman Kerajaan)?
 
 5. Ini bermakna bayaran pencen kepada Pegawai dan LLP ATM ada peruntukannya oleh KERAJAAN MALAYSIA tetapi mengapakah perkara ini tidak dibahagikan dengan adil kepada anggota LLP ATM terutama yang berpencen?
 
6.  Mengapakan wujudnya perbezaan di antara anggota LLP ATM yang menamatkan perkhidmatan (berhenti) 12 / 15 dan 18 tahun dengan anggota LLP ATM yang menamatkan perkhidmatan (bersara) 21 / 22 dan 25 tahun didalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Pegawai ATM berkaitan keistimewaan caruman Lambaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) iaitu caruman kerajaan serta bonus di dalam Lambaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ?
 
7.  Sekiranya Kementerian Pertahanan mengambil berat terhadap kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pihak kementerian mestilah mengkaji semula berkaitan caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan keistimewaannya./
 
ULASAN KOBAT

1.  Sewajarnya caruman KWSP diberikan sepenuhnya kepada semua pesara ATM (berpencen) kerana alasan Caruman Kerajaan di dalam LTAT itu untuk faedah pembayaran pencen samasekali tidak masuk akal.  Buktinya, dari mana sumber kewangan untuk pembayaran pencen buat Pegawai ATM yang tidak mencarum di dalam LTAT?  Ertinya, Kerajaan sememangnya mempunyai peruntukan untuk membayar pencen semua kakitangan kerajaan termasuk tentera dan tiada kaitan dengan LTAT.  Oleh itu, mengapa perlu diadakan potongan/caruman Kerajaan di dalam LTAT?

2.    Bagi menggalakkan anggota tentera berkhidmat sehingga tempoh bersara, maka wajar mereka diberi keseluruhan caruman LTAT mereka termasuk faedah-faedah yang lain.  Manakala bagi mengurangkan pemberhentian awal (tidak berpencen), maka anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan awal tersebut hanya diberikan sebahagian caruman KWSP mereka beserta faedah-faedah lain yang wajar.
 
 

41 comments:

  1. PEMBETULAN:

    Perkataan KWSP di dalam Ulasan KOBAT itu sebenarnya adalah LTAT. Kesilapan dikesali.

    ReplyDelete
  2. kalo kita tgok penyata LTAT...potongan bulanan terbahagi kpd dua bahagian..potongan anggota dan kerajaan...bahagian kerajaan ni apabila anggota yg berpencen akan dimasukkan ke Kumpulan Wang Amanah Pencen(KWAP)..dan bahagian anggota akan diberikan kepada anggota.selain itu gratuiti juga diberikan...pegawai pula iaitu pegawai jangka tetap memang tiada potongan LTAT kerana telah dikira perkhidmatan berpencen..akan tetapi kerajaan tetap juga membayar ke KWAP...jdi jika dikeluarkan penyata caruman mereka cuma yg ada dibahagian kerajaan sahaja...jdi apabila berpencen cuma dpt gratuiti shj...Bagi LLP pula boleh juga nak berbuat demikian tetapi kena ubah Akta la... tiada lgi perkhidmatan 10,12,15 dan 18...yg mana terus ke 21 iaitu ke perkhidmatan berpencen...

    ReplyDelete
  3. bersyukur dengan apa yang ada

    ReplyDelete
  4. Kalau PR menang PRU 13 nanti kita suruh dia kaji balik LTAT nih tentang keujudannya, sama ada membantu anggota tentera atau tidak.Yang aku tau majority pekerja LTAT dan anak anak syarikatnya adalah orang awam...bekas tentera yang berkelulusan kat mana tempatnya di LTAT.Setakat Chairman LTAT bagi kat askar pencen tak memadai...aku harap jumlah askar pencen di tambah kepada 60% di LTAT...............boleh tak Wok Lodin

    ReplyDelete
  5. Bagi anggota Polis pula macam mana mereka mencarum dlm KWSP dan setelah bersara adakah kedua2 caruman iaitu caruman sendiri dan kerajaan diberikan sepenuhnya kepada pesara.Jika kedua2 diberi ini namanya tidak adil maka PRU13 kita pilih ABU......

    ReplyDelete
  6. mcm kene 'con'. Tingt satu ketika dahulu , zaman 'soljah boy' mula2 nak dihantar berkursus ke IPTA/IPTS, org sibilian tertinggi bagitau 'we want figthing soljah, not thinking soljah'. Kalau jumpa mau je aku 'hempok' kapla die tapi peristiwa tu dah berzaman jumin, silap2 die dah mati kot inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..

    ReplyDelete
  7. Pengurusan LTAT perlu sangat diubah. Baru2 ini dlm Laporan Ketua Audit Negara 2010: Perbadanan Perwira Harta (anak-sykt milik penuh LTAT) telah kerugian RM1.7juta disebabkan kelalaian dlm urusan kutipan sewa Kompleks Perusahaan LTAT di Shah Alam, lemah dlm pengurusa projek ubahsuai Bangunan LTAT/Ibu Pejabat sedangkan peruntukan telah diluluskan dan tersedia sehingga tergendala hingga 3 tahun dan kontrektornya tidak dikenakan denda lewat dan wang cagaran tidak dipotong utk setiap bayaran kpdnya. Yg memelikkan Pengurus Besar yg terlibat dgn hal ini dinaikkan pangkat ke jawatan Timb Ketua Eksekutif LTAT - atas merit kecuaian. Pengurus Besar anak-sykt berkenaan amat taksub dgn kepimpinan Ketua Eksekutif LTAT sehinggakan tandatanganya pun hampir sama dgn tandatangan Ket. Eksekutif LTAT. Bodoh atau pandai menjadi satu persoalan.

    ReplyDelete
  8. Rombakan yg amat diperlukan ialah:

    1(Ketua Eksekutif LTAT,merangkap Timb Pengerusi Boustead Hldg, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Pengarah Urusan Affin Holdg dan beberapa jawatan pengarah di mana LTAT mempunyai kepentingan. Selain dari itu: Pengerusi 1MDB.

    2) Pengerusi Boustead Holdings mantan Pengerusi LTAT, Gen Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Hj Che Mat (R) yg sudah lebih 70 tahun dan berperanan sebagai penyokong kuat Lodin Wok Kamaruddin. Mengapa beliau dialihkan ke Boustead Holdings masih menjadi tanda tanya.

    3) Dato' Ghazali Mohd Ali berperanan sebagai penyokong atau 'seconder' utk semua cadangan yg dibentangkan.

    Bila kombinasi ini dapat dipecahkan rombakan berikutnya akan jadi lebih mudah. Kombinasi lain ialah jika salah seorang drpd mereka mati dlm menjalankan tugas atau dianugerahkan pingat KSM (Kerja Sampai Mati) mcm yg berlaku kpd Pengerusi LTAT yg pertama.

    ReplyDelete
  9. Bagi pendapat aku ler..sepatutnya...Wang anggota berpencen yang telah di serahkan kepada KWAP ( Wang Tabungan Kerajaan semasa berkhidmat ) sepatutnya di kembalikan kepada semua anggota tentera yang berpencen atau setidak-tidaknya mereka menerima bonos tahunan.

    Alasan aku adalah...cuba lihat anggota polis dan PA ( Perkhidmatan Awam ) semasa berkhidmatr mereka tidak pernah mencarum dengan kerajaan namun mereka tetap menerima habuan semasa berpencen...

    Aku pun susah nak cakap cam na...tak mampu nak buat apa..sekadar teriak kat blog ni jer la....

    ReplyDelete
  10. Kenapa LTAT Stop kan duit pengeluaran di Affin bank ketika ini... Tolong jelaskan saya amat kesal sebab permohonan saya tidak diluluskan padahl

    saya meghantar permohonan tersebut sebelum LTAT TUTUP DUIT PENGELUAR PD BLN 7 , kesilapan permohonan saya cuma pada kesilpan pada nama sahaja... Setelah saya membuat pembetuln pada nama kena ambil masa... Jadi LTAT TAK PERIHATIN BETUL LAH MCM NEE...

    ReplyDelete
  11. Nak tanya duit dalam affin bank tu boleh dikeluarkan ker tidak

    ReplyDelete
  12. Ini tidak adil utk anggota atm..di mana tanggungjawab??

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..nak tanya sikit, untuk tentera berhenti 18 tahun ada gratuity x?kalau berhenti 18 tahun apakah wang yang diperolehinya?

    ReplyDelete
  14. Lembab nak mampus LTAT...dividen tahun 2015 bila nak umum...nak potong gaji laju ja..nak pulangkan balik duit tu bila da berhenti mcm2 perangai la LTAT ni...

    Satu hal lagi..sibuk nak pengerusi nak gantung YB Mahyudin tu buat apa...gi buat kerja..umumkan dividen...atau duit LTAT da kena sapu da dengan c pelahap tu ...memang x ngundi sya dgn yg ada skg...

    ReplyDelete
  15. Lembab nak mampus LTAT...dividen tahun 2015 bila nak umum...nak potong gaji laju ja..nak pulangkan balik duit tu bila da berhenti mcm2 perangai la LTAT ni...

    Satu hal lagi..sibuk nak pengerusi nak gantung YB Mahyudin tu buat apa...gi buat kerja..umumkan dividen...atau duit LTAT da kena sapu da dengan c pelahap tu ...memang x ngundi sya dgn yg ada skg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencen dah nak masuk 4 bulan dah...ltat x dpat lagi..bila call ltat alasan dibagi tgu umum dividen. ..dah berakar tgu x umum2 lg. ..duit sendiri pun susah nk dapat. .haprak

      Delete
    2. Entah la...sya da nak masuk 6 bulan tamat perkhidmatan harammm....duit ltat tak npk lagi bayangnya...susah la

      Delete
    3. Entah la...sya da nak masuk 6 bulan tamat perkhidmatan harammm....duit ltat tak npk lagi bayangnya...susah la

      Delete
    4. 6 bln dh setan!!.. Kenapa xdpt2 LG?

      Delete
    5. 6 bln dh setan!!.. Kenapa xdpt2 LG?

      Delete
    6. 8 bulan dh..bila nk bayar duit LTAT aku..

      Delete
    7. 8 bulan dh..bila nk bayar duit LTAT aku..

      Delete
  16. Entah apa nak jadi...makin tahun makin lbt umum dividen...mereka x apa la semua free...makan free...minyak free...rumaj free..kereta free... Entah2 duit ltat pun da kena lahap... X ada perimanusiaan langsung...

    Call ltat ckp menteri x umum lagi... Apa salahnya pulangkan duit anggota.. Pasal dividen tu belakang kira la...klu mcm ni...kebulur la

    ReplyDelete
  17. Entah apa nak jadi...makin tahun makin lbt umum dividen...mereka x apa la semua free...makan free...minyak free...rumaj free..kereta free... Entah2 duit ltat pun da kena lahap... X ada perimanusiaan langsung...

    Call ltat ckp menteri x umum lagi... Apa salahnya pulangkan duit anggota.. Pasal dividen tu belakang kira la...klu mcm ni...kebulur la

    ReplyDelete
  18. jom buat perhimpunan depan bangunan ltat...

    ReplyDelete
  19. jom buat perhimpunan depan bangunan ltat...

    ReplyDelete
  20. Boleh juga tu tapi ni masalah duo jauh...sabah ni.... Ada saluran lain ka kita boleh buat..

    ReplyDelete
  21. Boleh juga tu tapi ni masalah duo jauh...sabah ni.... Ada saluran lain ka kita boleh buat..

    ReplyDelete
  22. Boleh juga tu tapi ni masalah duo jauh...sabah ni.... Ada saluran lain ka kita boleh buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  23. Oullss msh xdpt duit? My hsband dh nk msk sthn still xnmpk byr.. sy xpuasati call ltat rupa document.bloM smpai lg. Sroh hsband cek kat ugat esknya mmg xbuat apa lg.. ugat yg lmbab nk mmpos.. mkan gj buta jer.. sakit ati btoi nak kena tgg smua. Xkena btg hdup dorg boleh lepak sana sini smbg ksg. Cuba Dok dtmpt kita ni... Dunia skrg karma... lu pikir la sndr.. sjkap jer ko buat ko org mmg xtenang hdup. Aku xleh sbr dh dgn ugat and ltat.. Ltat kata klo dpt document dia akn tros proses.. main pusing2 krajaan ni..

    ReplyDelete
  24. staf ugat termasuk pgarah mkn gaji buta,,baek behenti dr kerja x buat..

    ReplyDelete
  25. nie la sikap pegawai ugat yg lebih membuta dr buat kerja..pegarah ugat pon sama x buat kerja..knp nk tugu berbulan2 nk htr dokumen anggota bersara ke LTAT tau sememangnya pgarah dan anggota bwh x bleh buat kerja..lebih baik berhenti kerja dr kerja korang buat org lain susah..baek brhenti kerja dr mkn duit haram sbs x buat kerja

    ReplyDelete
  26. MNA DIA PAT.jgn smpi kecoh dlm media...ugat kerja mcm x kerja..baek korang nie brhentila dr kerja myusahkn psara.pgarah ugat pon sama byk membuta dr kerja..ini standart kerja ugat...baek brhenti kerja,,ramai lgi yg bleh buat kerja..jgn byk mkn duit haram sbs x buat kerja..

    ReplyDelete
  27. nie la sikap pegawai ugat yg lebih membuta dr buat kerja..pegarah ugat pon sama x buat kerja..knp nk tugu berbulan2 nk htr dokumen anggota bersara ke LTAT tau sememangnya pgarah dan anggota bwh x bleh buat kerja..lebih baik berhenti kerja dr kerja korang buat org lain susah..baek brhenti kerja dr mkn duit haram sbs x buat kerja

    ReplyDelete
  28. kita dok melalak dlm blog ni je pon..xdpt apa2 pon, duit dah xde dah..kena rembat....ade dier oang pedulik?...dier oang baca kat blog ni pas2..gelak terguling2...buat perhimpunan depan bangunan LTAT je..luahkan ape yg kita x pueh ati

    ReplyDelete
  29. As Salam....saya amat bersimpati kpd rakan2 yg diberhentikan kerana kesalahan salahlaku spt memudaratkan perkhidmatan & ragging .. Mengapa susah sngt anggota2 yg diberhentikan ini nk tuntut duit saham Affin Bank yg dilaburkan melalui duit caruman LTAT mereka sendiri???
    Satu drpd syarat2 utk menuntut/mengeluarkan duit saham Affin Bank ini adalah anggota2 mesti membawa kad bekas tentera semasa dikaunter..Masalahnya skrg anggota2 yg diberhentikan atas kesalahan salahlaku ini adalah mereka tidak layak menerima kad bekas tentera semasa dokumentasi akhir sewaktu memulangkan MyTen utk mengambil kad pengenalan awam di JRP ,KEMENTAH..

    ReplyDelete
  30. Kenapa dividen ltat tak boleh keluar.. Tiap2 tahun umum dividen. Masa ni la nk merasa dividn bukan pencen baru bagi.Ermmmnmm

    ReplyDelete
  31. Kenapa dividen ltat tak boleh keluar.. Tiap2 tahun umum dividen. Masa ni la nk merasa dividn bukan pencen baru bagi.Ermmmnmm

    ReplyDelete
  32. Mengapa surat drpd ltat menyata kan saham yg disenaraikan ada 13 jnis saham diatas nama sya....tp bila sya pergi bank affin utk jual blk saham sya..cuma 8 jenis saham je yg affin bank bg sama sya...mn lg yg 5 jenis saham sya...

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete