JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Tuesday 14 February 2012

CALON PR DI KAWASAN KEM TENTERA DIWAKILI OLEH BEKAS TENTERA?

Di dalam `posting' yang lepas, saya telah menulis di SINI tentang Sistem Undi Pos, di mana saya lebih menumpukan beberapa perkara yang harus dipertimbangkan oleh SPR dan mesti diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat sendiri.

Di antara lain, perkara penting yang dicadangkan adalah agar kiraan jumlah undi pos mestilah dilakukan oleh SPR sebaik sahaja tempoh pengundian ditutup.  Kiraan tersebut mestilah dilakukan di tempat pengundian dengan disaksikan oleh wakil-wakil calon yang bertanding, direkodkan kemudiannya jumlah undian hanya akan dicamporkan dengan jumlah undian orang awam pada hari perjumlahan undian.  Ini adalah bagi mengelakkan sebarang keraguan akan berlakunya penipuan sekiranya kertas undi disimpan untuk beberapa hari.

Di dalam artikel yang disebutkan di atas, saya tertarik dengan cadangan seorang pembaca agar Pakatan Rakyat meletakkan calon di kalangan bekas tentera yang layak bertanding di kawasan-kawasan yang terdapatnya pengundi pos yang ramai.  Cadangan ini dianggap releven kerana Pakatan Rakyat mesti menunjukkan komitmen tinggi untuk membela warga tentera dan bekas-bekas tentera kerana mereka dilihat lebih rapat dengan permasalahan pasukan keselamatan itu.

Justeru itu, saya mencadangkan agar bekas-bekas tentera dan Polis untuk bergiat aktif di dalam gerak kerja bersama Pakatan Rakyat samada melalui KERABAT yang diterajui oleh PAS mahupun KOBAT yang diterajui oleh PKR.  Sekiranya bekas-bekas tentera dapat bergiat aktif di dalam parti, maka tidak mustahil cadangan untuk meletakkan calon di kalangan bekas-bekas tentera atau Polis akan menjadi kenyataan.

4 comments:

  1. Setuju sesangat...siapa bekas tentera nak lawan Parlimen Pekan...Aku kot..hihihi...

    ReplyDelete
  2. cALUN DARI KALANGAN BEKAS TENTERA LEBIH PEKA DAN MAKLUM BUDAYA DAN ASPIRASI ANGGOTA TENTERA.MAKA ANGGOTA ATM PILIHLAH CALUN BEKAS TENTERA.......tapi jangan pilih seperti pengkhianat yang curi duit zakat ya

    ReplyDelete
  3. kalau kawasan tu pengundi posnya polis kita lantik pulak bekas polis untuk jadi bakal calon. lepas tu wakil rakyat baik polis atau tentera masa jadi wakil rakyat dia boleh la lantik bekas tentera ke bekas polis untuk kerja dengan wakil rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. polis nih banyak nampak yang jadi penjilat UMNO.Cuba tunjuk Polis nih tegakkan Separation of power di negara nih.Baru canggih.Nih selalu nya Polis ni jadi barua BN

      Delete