KOBAT mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga pasukan keselamatan, tentera, polis, Pertahanan Awam, Rela, Bomba dan seangkatan dengannya yang sehingga kini menampakkan kesungguhan untuk membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir di beberapa daerah di Pahang dan juga Terengganu, iaitu dua buah negeri yang agak kritikal dengan bencana banjir sekarang ini.
Meskipun terdapat beberapa rungutan dari beberapa pihak dan masyarakat sendiri yang menyatakan bantuan yang sepatutnya lebih awal kepada mangsa-mangsa banjir tetapi agak lewat, namun bagi kami keadaan itu tidak boleh ditudingkan terus kepada pihak keselamatan kerana mereka juga beroperasi mengikut arahan yang tertinggi.
Kami yakin, berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lebih hebat dari ini, pasukan keselamatan kita terutamanya dari pihak tentera mereka tidak banyak masalah untuk memberikan bantuan secepat kilat kepada penduduk yang menjadi mangsa, namun kita harus memahami mereka juga terikat dengan protokol dan prosedur yang tertentu yang datangnya dari Kementerian Pertahanan. Begitu juga pihak Polis dan yang lainnya arahan mesti dipatuhi yang datangnya dari Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab.
Sehingga kini, KOBAT menaruh kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada pasukan keselamatan agar boleh bertindak dengan profesional tanpa terikut dengan rentak politik mana-mana pihak.
Syabas semua.
No comments:
Post a Comment