JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Wednesday, 11 December 2013

KEMATIAN WARGA TLDM PERLU JAWAPAN SEGERA

Masyarakat umumnya ketahui latihan di dalam Tentera amatlah mencabar, bermula dari awal latihan Rekrut lagi mereka akan dilatih dari segi ketahanan mental dan fizikal, bahkan aspek kerohanian juga sentiasa dititikberatkan.  Secara umumnya, dasar latihan yang ada pada hari ini masih dianggap baik sekiranya benar-benar diikuti dan menjiwai roh atau objektif latihan itu sendiri.
 
Masyarakat dan Jurulatih juga perlu tahu membezakan 'penderaan' dengan 'latihan'.  Sekiranya seseorang jurulatih mengadakan latihan dengan 'nawaitu' untuk mendera, maka latihan itu akan menjadi 'penderaan' dan ini tidak patut berlaku.  Mereka memasuki tentera bukan untuk didera, tetapi mereka mahu dilatih walaupun latihan itu berat dan mencabar.  Sekeras manapun latihan itu, jika dilakukan dengan niat untuk melatih bukan untuk mendera, pastinya akan melahirkan warga tentera yang baik, berdisiplin serta mempunyai nilai ketahanan mental, fizikal dan kerohanian yang tinggi.
 
Sebaliknya, jika latihan itu dilaksanakan sekadar untuk 'berseronok' atau 'mendera', maka kita tidak akan dapat melahirkan sebuah pasukan tentera yang terlatih, mantap, berdisiplin dan jauh sekali mempunyai nilai kerohanian yang baik. Sifat berdendam dari mereka yang telah dilatih secara 'penderaan' akan berterusan dan akibatnya amat buruk buat pasukan keselamatan itu sendiri.  Justeru itu, kena ada beza 'penderaan' dan 'latihan', dan tidak bererti latihan mesti 'ala-pengakap', tetapi mesti tegas mengikut dasar serta prinsip latihan itu sendiri.

Terbaru, amat malang berita ini dihebahkan di dalam media terutamanya FaceBook dan Blog yang menimbulkan berbagai persoalan.  Kisah kematian seorang warga TLDM yang dilaporkan mati lemas, tetapi keluarganya sangsi dengan beberapa perkara yang pihak tentera mesti perjelaskan dengan betul tanpa keraguan.  Sekiranya tidak diperjelaskan, nama baik tentera akan terjejas.  Jika perlu, malahan rasanya memang perlu dibuat siasatan terperinci dengan isu ini;

Benarkah mati lemas?  Kementerian Pertahanan perlu jawab...
 
(Komen dari salah seorang FaceBooker berkaitan isu ini):
 
Ini adalah gambar Allahyarham Asruf, seorang anggota TLDM yang berasal dari Tenom Sabah.. Keluarga mangsa tidak berpuas hati apabila anak mereka dilaporkan mati lemas ketika sedang menjalani latihan sedangkan menurut keadaan fizikal mayat mangsa, timbul elemen yang meragukan apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan dan wajah mangsa seolah-oleh didera.. Pihak keluarga ingin menuntut keadilan terhadap kematian mangsa yang jelas amat meragukan. Pihak keluarga mangsa juga percaya bahawa kematian tersebut ada kaitan dengan unsur kes penderaan..

Mohon penjelasan pihak tertentu samada perkara ini benar atau tidak.

No comments:

Post a Comment