Melalui berita yang disiarkan oleh beberapa media, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang akibat jangkitan kuman di hati dan buah pinggang. Beliau yang juga calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam.
Beliau kini dilaporkan tidak sedarkan diri dan pihak hospital sedang memantau keadaannya. Kami dari KOBAT sentiasa mendoakan agar beliau cepat sembuh dan pulih seperti sediakala agar dapat meneruskan perjuangannya setelah berkhidmat dari Pasukan Polis dengan cemerlang.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan yang baik untuk beliau, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment