PADA 20 hb Januari ini (Ahad), sudah semestinya warga tentera khususnya
dan bekas-bekas tentera mesti datang ke Program Ceramah Skandal Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang isunya semakin panas sekarang.
Program tersebut akan diadakan di Kg SiRusa, Batu 4, Port Dickson (Rumah
Pak Ngah, belakang Stesyen Petronas) mulai jam 09.00 malam.
Terutamanya warga-warga tentera di sekitar Port Dickson, tidak kira
pangkat apa sekalipun mereka harus turun untuk dapatkan maklumat yang
mempunyai kaitan yang rapat dengan kebajikan dan kepentingan mereka.
Penceramah yang akan hadir nanti adalah tokoh yang 'mengorek' isu ini
iaitu Pengarah Strategi KEADILAN Pusat, Sdr Rafizi Ramli yang sebelum
ini berjaya membongkar isu NFC (lembu kondo) melibatkan keluarga seorang
Menteri. Turut berceramah adalah Brigedier Jeneral (B) Abd Hadi dan
juga Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain (MP Teluk
Kemang).
Adakah akan ada 'perintah berkurung; buat warga tentera sekitar Port
Dickson pada tarikh tersebut? Mudah-mudahan ianya tidak berlaku dan
jika berlaku, sahih lah isu ini mahu disembunyikan dari pengetahuan
warga tentera sendiri. Ayuh...hadir beramai-ramai.
Saya kekadang kesal dengan propaganda yang dimainkan oleh pihak-pihak seperti saudara, ini cuma pandangan sayalah. Sebagai bekas tentera saya pada mulanya rasa marah juga dengan isu ini tapi bila dah dapat penjelasan dari LTAT sendiri baru saya faham kedudukan sebenar. Jadi nasihat saya janganlah kita buat andaian membuta tuli tanpa mengetahui hal sebenarnya. Wallah huaklam.
ReplyDeleteOhhh...LTAT beri penjelasan pd anda je ke? Hebat andaaa.!!...Kenapa LTAT membisu apabila Sdr Rafizi cabar utk beri jawapan kpd isu ini? Mengapa LTAT tidak saman Sdr Rafizi?
ReplyDelete