JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Saturday 21 April 2012

CUKUP-CUKUPLAH BEKAS TENTERA INGIN DIPERBODOHKAN

Sesiapa yang pernah menjadi tentera semestinya akan mengakui bahawa mereka `diperbodohkan' seawal menjejakkan kaki ke alam ketenteraan lagi.  Kerja `memperbodohkan' anggota tentera samada di peringkat Lain-Lain Pangkat (LLP) mahu pun Pegawai bermula sewaktu mereka di Pusat Latihan lagi.

Sewaktu menjalani latihan, kita diajar apa sahaja yang disebut dan diarahkan oleh Jurulatih mestilah betul dan mesti kita terima.  Andainya Jurulatih berkata bahawa panas matahari yang membakar tubuh kita sewaktu kita terpacak berdiri di Padang Kawad itu adalah `sinaran bulan purnama', maka semua pelatih akan bersetuju bahawa matahari itu adalah `bulan'.

Seandainya kita `dilatih' untuk mencuci najis di lantai tandas bilik air dengan menggunakan hidung atau disapu sedikit seorang pada jari kita, maka kita pasti akan menurut arahan berbentuk `latihan' seperti itu.  Di dalam latihan Rekrut umpamanya, sebatang berus gigi boleh dikongsi bersama 20 orang sekaligus jika `diarahkan' oleh Jurulatih.  Ini semua boleh dianggap `memperbodohkan' kita, tetapi kita memahami bahawa ianya merupakan satu bentuk `latihan mental'.  Kita sanggup `diperbodohkan' atas nama latihan bahkan selepas menjadi tentera terlatih pun ada kalanya kerja `memperbodohkan' ini berterusan.

Apakah kita sanggup diperbodohkan lagi walaupun setelah kita bersara?  Bagi mereka yang bijak, sudah tentu jawapannya tidak mungkin untuk kita terus diperbodohkan.  Sebagai contoh, baru-baru ini seorang Ahli Parlimen mewakili Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrom Osman di dalam ucapannya di hadapan bekas-bekas tentera di Lipis menyebut bahawa bekas-bekas tentera mestilah menyokong Bn kerana jika Pakatan Rakyat memerintah negara akan tergadai.  

Ucapan ini jika diucapkan oleh Jurulatih sewaktu kita di dalam latihan tentera mahupun ketika kita berkursus atau ucapan ini diucapkan oleh Pegawai kita sewaktu kita berkhidmat dahulu, besar kemungkinan kita akan bersetuju atau mengiyakan sahaja.  Tetapi, ucapan bodoh dari Ahli Parlimen ini yang cuba untuk memperbodohkan bekas-bekas tentera sudah pasti tidak lagi mudah untuk diterima.  Tidak tahulah jika masih ada lagi saki baki `suka diperbodohkan' di dalam diri segelintir bekas-bekas tentera sekarang.

Di mana lojiknya jika Pakatan Rakyat memerintah negara akan tergadai?  Lihat sahaja di Kelantan, sudah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan, di mana tergadainya negeri tersebut?  Di Selangor, P.Pinang dan Kedah, sudah hampir sepenggal Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri tersebut, di mana tergadainya negeri-negeri berkenaan?  Pulau Batu Putih dan Tg Pagar `tergadai' kepada Singapura bukan disebabkan oleh Pakatan Rakyat.  Tetapi siapa punya angkara?  Terlalu banyak tanah rizab Melayu tergadai kepada bangsa lain termasuk tokeh Judi, siapa punya angkara?  Tergadainya wang rakyat RM250 Juta kepada satu keluarga Menteri yang gagal di dalam menguruskan dana yang dipinjam dari kerajaan kononnya untuk mengusahakan ternakan lembu, siapakah menteri berkenaan?  Dari Pakatan Rakyat kah?

Terlalu banyak untuk disebut soal siapa menggadaikan negara ini.  Cuma, gunakanlah akal dan fikiran kita untuk memikirkan benarkah jika Pakatan Rakyat memerintah maka negara ini akan tergadai.  Apakah harta dan hak rakyat di negara ini tidak pernah tergadai di era Bn berkuasa sekarang?  

Bak kata Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang memetik kata-kata seorang pemimpin kaum Orang Asal yang menyebut, " Cukuplah lembu menjadi lembu, jangan kita pula menjadi lembu".

5 comments:

  1. Pemikiran askar yang kuat menuang dalam askar je yang jadi macam kobat. Kalau pemikiran askar yg mentalnya fit dan well train dia tak akan jadi macam kobat. Itulah dulu masa masok askar asyik pegang attend b ngan c saja. Orang masok operasi dia masok askar wataniah. Mana ada pengetahuan pasal latihan ketenteraan ni. Wfaizudin difahamkan hanyalah Lanskoperal saja dulu dlm askar, tapi nak tunjuk handal letak Stafsarjan. Tak malu ke sedara.

    ReplyDelete
  2. Pengendali blog buat artikel, kenapa pengomen tak boleh buat hujah balas. Soal jawatan apa ke itu tak penting, balas lah hujah dengan ilmiah usop.

    ReplyDelete
  3. aku rasa kenyataan kobat terlalu kejam seolah-olah kobat menyesal menjadi seorang anggota tentera. inilah uniknya menjadi tentera kita lain dari lain. latihan kita juga lain dari lain. kobat kenapa dulu tak minta kerja dengan jabatan kerajaan yang lain. tentera bukan inidividu yang bodoh untuk pengetahuan kobat yang memang rasanya tak cerdik. falsafah disebalik latihan ketenteraan ialah untuk memastikan mental dan proses mengikut arahan berjalan dengan lancar. pemerintah tentera tidak mahu seorang anggota tentera akan sentiasa mempertikaikan arahan pemerintah mereka. kehebatan anggota tentera kita terselah dalam kejayaan menangani PKM. kobat sudahlah tu, bosan rasanya mendengar rintihan kobat ini. Kobat ini bekas tentera kan, pencen ke atau tidak, berkhidmat berapa tahun?. sebagai seorang anak bekas tentera saya tidak bersetuju dengan kenyataan kobat, sebab saya tahu bapa saya seorang yang hebat. dihormati di kampung sentiasa dipinta pandangan oleh orang-orang kampung. kekecewaan kobat boleh memberi satu tanggapan bahawa seorang anggota tentera adalah bodoh. sedangkan sebenarnya tidak yang bodoh adalah hanya kobat seorang.

    ReplyDelete
  4. saya sokong anda abdul karim, soal nya politik tue hak individu untuk menilai dan memilih mana yang di fikirkan wajar.Sebagai pengamal politik mereka juga berhak mengemuka perkara perkara baru perihal perjalanan sistem kerajaan maupun pembangkang so, pilih lah mana yang di fikirkan terbaik.

    ReplyDelete
  5. Usop jangan cakap tak nak masuk operasi masuk askar wataniah, abis yang ATM dok menjaja bagi artis masuk wataniah dan bagi free pangkat Kol Kehormat pada Datuk K aper citer? Jangan lah seorang tentera pun memperbodohkan tentera yang lain. Bila la bangsa kita nak maju asyik kutuk-mengutuk. Berikanlan semangat meskipun kepada yang dinyatakan oleh si Ucop Sonto ni. So fikirkanlah bangsa kita untuk memajukan kemunduran bangsa kita. Perjuangan kita hendaklah berdasarkan Quran dan Hadith dan bukannya nafsu semata-mata. Bangunlah bangsa seislamku...

    ReplyDelete