JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Monday 2 April 2012

KOBAT CERAMAH DI KERATUNG 6 - TENTERA DILARANG IKUTI CERAMAH POLITIK?

Pada 31 Mac 2012 baru-baru ini, bertempat di Markas PAS Keratung 6, Rompin, wakil KOBAT PKR Pahang Sdr Wfauzdin NS telah hadir berceramah bersama dengan Ketua Keadilan Cabang Rompin, Sdr Rabidin, Us Suhaimi (Ketua Penerangan Pas Kawasan) dan juga seorang kakitangan kerajaan yang juga Pegawai Khas MTD iaitu Sdr Zulkifli Md Tan. 


Wakil KOBAT telah berucap dengan menjelaskan beberapa isu di antaranya bagaimana warga tentera telah diberi arahan agar tidak mengikuti sebarang ceramah politik sedangkan mereka digalakkan untuk mengundi di dalam Pilihanraya.  Arahan ini jelas bertentangan dengan Perintah Majlis Angkatan Tentera Tahun 1973.

Beliau juga menyebut tentang isu di mana bekas kakitangan KEMAS yang pernah berkhidmat melebihi 5 tahun diberikan wang tunai `One Off' sebanyak RM3 Ribu kerana mereka dikatakan telah berjasa kepada kerajaan.  Bagaimana pula dengan bekas anggota tentera dan Polis yang pernah berkhidmat melebihi 5 tahun tetapi tidak berpencen?  Adakah mereka tidak pernah berjasa kepada negara?

Janji PR untuk memberikan tanah kepada bekas-bekas tentera yang layak sepatutnya diberi sokongan oleh bekas tentera dan warga tentera itu sendiri.  Begitu juga dengan isu keselamatan yang dianggap semakin tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan.  Bagaimana seorang awam, Blogger pro Umno yang terkenal dengan kisah-kisah fitnah seks di dalam Blog beliau boleh bebas memasuki kapal selam kepunyaan ATM baru-baru ini.

Berbagai-bagai isu lain juga turut dijelaskan oleh wakil KOBAT malam semalam termasuk isu-isu politik semasa. 

1 comment:

  1. Tak boleh dengar ceramah politik tapi boleh mengundi parti2 politik...tak ke pelik tu. Panglima mana yg tak bagi tentera dengar ceramah politik ni..memang bangang tahap gaban la panglima tu sebenarnya!!!

    ReplyDelete