JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Friday 13 April 2012

78 % WARGA TENTERA BERSEDIA UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN DI DALAM PRU AKAN DATANG

Siri Jelajah KOBAT akan dipergiatkan bukan sahaja melalui ceramah penerangan kepada bekas-bekas anggota keselamatan, tetapi juga menumpukan kepada warga keselamatan tentera/polis yang sedang berkhidmat.

KOBAT akan menggunakan berbagai kaedah untuk menyalurkan maklumat tentang perjuangan kami yang didukung oleh Pakatan Rakyat.  Menyedari bahawa persatuan bekas-bekas perajurit/polis yang sedia ada dilihat gagal berfungsi untuk membela nasib ahli-ahli persatuan mereka, jauh sekali untuk membela nasib warga keselamatan yang masih berkhidmat, maka KOBAT diwujudkan di bawah PKR Pahang bagi tujuan tersebut.

Memandangkan rata-rata bekas tentera apabila sudah bersara, mereka akan menetap di rumah sendiri atau di kampong, maka bukan mudah untuk bertemu dengan golongan ini.  Tidak seperti warga felda yang berkumpul di satu-satu penempatan, bekas-bekas tentera kebanyakannya tinggal di beberapa kawasaan yang berasingan di antara satu sama lain.  Namun, KOBAT mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mendampingi mereka, salah satunya kami akan menjejaki mereka melalui beberapa program parti yang dijalankan di sesuatu kawasan.

KOBAT juga sering dijemput untuk mengisi slot ceramah melalui program parti.  Kami menerangkan hala tuju perjuangan KOBAT dan menerangkan mengapa warga keselamatan dan bekas-bekas anggota keselamatan perlu melakukan perubahan di dalam PRU akan datang.  Alhamdulillah, setakat ini hasil kaji selidik kami di satu penempatan tentera, 78% daripada kekuatan pasukan berkenaan berjanji untuk melakukan perubahan.

Sekiranya anda adalah warga pasukan keselamatan atau bekas anggota keselamatan, sila hadir di dalam mana-mana program parti atau KOBAT di kawasan anda bagi mendapatkan maklumat.  KOBAT juga bersedia untuk bersama anda di dalam mana-mana program yang diaturkan.  Sebarang keterangan atau pertanyaan, sila hubungi kami di email zek_riy@yahoo.com

2 comments:

  1. Dalam askar. dulu asyik menuang, dah pencen nak tunjuk hero lah pulak. Kalau kita kata Cap Ayam dia marah. Perubahan apa yang Kobat nak buat ni. Kalau setakat sembang tak payah lah, buang karan je.

    ReplyDelete
  2. Ala Wak Ucop, melayu kan mudah lupa. Kita tengok sampai manusia yang mengaku melayu dan ISLAM masih tidak tahu bersyukur dengan apa yang telah dikecapi selama ini. Kalau KOBAT nak buat perubahan, bagilah KORAT (Kor Angkatan Tentera) buat perancangan untuk perubahan yang lebih baik. Siapkan peralatan perang yang secukupnya sekiranya ada ahli KOBAT tidak sedar di mana dia berdiri dan sanggup menjadi musuh kepada sahabat karib sendiri.

    ReplyDelete