JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Monday 25 June 2012

MENJAWAB ISU TENTERA DILATIH UNTUK MAKAN BENDA HARAM


hiasan

Kami ingin merujuk satu artikel oleh AMKNS di SINI, yang menimbulkan persoalan samada benarkah anggota-anggota tentera termasuk yang berugama Islam diberi latihan `Survival' untuk memakan binatang-binatang yang diharamkan oleh Islam untuk dimakan?  KOBAT mahu memperjelaskan tentang isu ini agar dapat mengurangkan keraguan terhadap sistem latihan yang diamalkan oleh Angkatan Tentera kita sekarang ini.

Kami tidak menolak kesemua yang ditulis di dalam artikel berkenaan cuma kami mahu menjawab persoalan yang dibangkitkan khususnya berkaitan latihan memakan benda-benda haram ini.  Sebenarnya tiada di dalam mana-mana subjek atau modul latihan ketenteraan termasuk latihan atau kursus Komando yang meletakkan memakan benda haram ini sebagai satu latihan.  

Apa yang diajar di dalam kursus `survival' (kelangsungan hidup/ikhtiar hidup) adalah setiap pelatih diberitahu bahawa mereka hendaklah berikhtiar sedaya upaya dengan inisiatif mereka untuk mencari makanan bagi meneruskan kehidupan mereka di dalam keadaan tiada bekalan makanan.  Pada waktu itu, pelatih dikehendaki menggunakan segala ilmu yang diajar sewaktu latihan berbentuk teori untuk dipraktikakkan dengan bantuan peralatan yang terhad yang dimiliki oleh mereka.  Sudah tentu bagi warga tentera yang Non Muslim mereka akan mendapatkan apa jua bahan makanan yang boleh mereka makan.  Tetapi bagi yang Muslim, mereka juga tertakluk kepada hukum Islam yang sering diajar oleh Guru-Guru Agama (KAGAT) di pasukan berkaitan mencari bahan makanan di dalam situasi tertentu.

Tidak ada paksaan buat Pelatih-Pelatih Muslim untuk mereka memakan binatang yang diharamkan oleh Islam.  Bagi yang mengetahui hukum Islam, sudah pasti mereka akan berusaha untuk mencari makanan yang halal terlebih dahulu sehinggalah mereka sampai ke tahap `dharurat' di mana pada ketika itu mereka boleh memakan benda yang diharamkan oleh Syarak dengan syarat-syarat yang dibenarkan.  Ertinya, mereka hanya dibenarkan memakan benda yang haram itu sekadar untuk mereka boleh menyambung nyawa mereka sahaja bukan sehingga mereka kenyang. 
 
Masalahnya, adakah latihan atau kursus `survival' yang sengaja diadakan ini adalah kursus yang berbentuk Islamik?  Adakah dengan sengaja menghantar pelatih-pelatih ke kawasan yang sememangnya diketahui memang tiada satu pun bahan makanan yang halal untuk dimakan itu adalah mengikut konsep latihan yang dibenarkan oleh Islam?  Sepatutnya mereka tidak boleh di hantar ke kawasan yang diketahui sememangnya tiada bahan makanan yang halal di situ.  Adalah lebih baik jika pelatih-pelatih ini dihantar ke kawasan yang tidak diketahui samada di sana terdapat bahan makanan yang halal atau tidak, dan ketika itu terserahlah kepada pelatih-pelatih untuk mencari ikhtiar hidup mereka.
 
Sekiranya pihak Pusat Latihan dengan sengaja meletakkan pelatih-pelatih ke kawasan yang mereka ketahui sememangnya tiada bahan makanan yang halal kecuali kesemuanya haram belaka, ertinya Pemerintah Pusat Latihan berkenaan akan bertanggungjawab ke atas para pelatih Muslim yang `terpaksa' memakan benda-benda yang haram ini.  Bagi para pelatih, mereka terlepas dari dosa memakan benda-benda yang haram ini atas sebab dharurat, tetapi bagi mereka yang bertanggungjawab mengendalikan latihan ini berdosa besar kerana dengan sengaja mendedahkan pelatih-pelatih ini kepada melakukan perkara-perkara yang diharamkan.  Pendek kata, dharurat tidak boleh dirancang atau dijadikan sebagai satu bentuk latihan.
 
KOBAT sendiri merasakan terlalu banyak perkara di dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan latihan yang diamalkan di dalam Angkatan Tentera kita boleh diperbaiki mengikut lunas-lunas Islam.  KOBAT berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini, kita akan bawa cadangan untuk memantapkan Angkatan Tentera Malaysia ke arah satu organisasi yang bukan sahaja kuat, gagah dan berani tetapi juga mempunyai kekuatan kerohanian berpandukan ajaran Islam yang kental.  

Kita cukup yakin, tentera yang kuat adalah tentera yang berpegang teguh kepada Islam.  Kami percaya perubahan yang lebih baik akan berlaku di dalam tentera termasuk Polis sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan, InsyaAllah.

3 comments:

  1. tentera yang kuat adalah tentera yang berpegang teguh kepada Islam.. sudah sepastinya kerana tentera zaman rasullullah dan para sahabat berjaya dalam pertempuran kerana mempunyai iman yang kuat dan berkualiti. Para sahabat tidak dilahirkan sebagai pejuang tetapi Islam yang melahirkan mereka untuk berjuang mempertahankan Rasul dan Islam yang tercinta.

    ReplyDelete
  2. fakta dan bukti tidak boleh menipu..kerana lisan dan kata banyak mengukap kata-kata dusta tapi bukti dan fakta tidak boleh lisan nafikan...

    ReplyDelete
  3. Artikel Menarik.. biarlah orang awam tu berkata , yang penting ini adalah hal Askar sahaja yang tahu .. orang awan bukannya faham , anak baru kena pukul cikgu dah nak saman cikgu.

    Agi Idup Agi Ngelaban!

    ReplyDelete