JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Tuesday, 13 March 2012

PENGAJARAN ISU NFC TERHADAP WARGA TENTERA

Kemelut dan isu NFC (National Feedlot Corporation) kini menjadi semakin panas apabila semalam Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFC telah diheret ke mahkamah atas empat pertuduhan. 

Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009.  Dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.  Walau bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.

Apa pengajaran di dalam isu ini?  Selaku warga tentera atau bekas tentera mahupun warga Polis, adakah mustahil kisah seperti ini pernah berlaku di dalam ATM?  Jawapannya tidak mustahil.  Di dalam tentera sendiri khususnya memang ada berlaku isu penyelewengan dan salah guna peruntukan walaupun mungkin tidak mencapai sejumlah seperti yang didakwa ke atas NFC.  Sewaktu anda bertugas di dalam tentera, mungkin anda tahu ada di kalangan warga tentera sendiri termasuk pegawai yang menyalahgunakan peruntukan yang diberikan. 

Sebagai contoh, di dalam sebuah pasukan Woksyop tentera jalan untuk mencari duit amat mudah.  Peruntukan untuk mendapatkan alatganti untuk kenderaan tentera, lebih-lebih lagi kenderaan berat seperti Condor dan Sibmas memerlukan peruntukan yang tinggi apatah lagi menggunakan mata wang Euro bagi pembelian alatganti berkenaan.  Tidak mustahil berlaku penyelewengan di dalam proses pembelian ini di mana alatganti yang dibekalkan adalah alatganti tiruan (local) tetapi direkodkan sebagai alatganti tulin (original).  Kerja seperti ini tidak boleh terjadi tanpa kerjasama beberapa pihak termasuk syarikat pembekal, bahagian lojistik atau ordnans dan pegawai kem sendiri.
 
Mungkin penyelewengan ini tidak terbongkar kerana tiada siapa yang berani mendedahkannya.  Selaku warga tentera dan bekas tentera, kita pasti setuju memang berlakunya kejadian seperti ini.  Justeru itu, jadikan iktibar apa yang berlaku terhadap keluarga Sharizat kerana perbuatan seperti itu adalah satu pengkhianatan terhadap negara.  Apatah lagi, melibatkan peralatan pertahanan yang amat penting bagi mengawal keselamatan negara.   Jangan jual keselamatan negara hanya kerana memburu kekayaan sementara kerana apalah ertinya kita kaya raya jika negara ini terancam?

2 comments:

  1. Setuju, memang tidak mustahil boleh berlaku penyelewengan sedemikian.

    ReplyDelete
  2. Tiada yang mustahil terjadinya kejadian seperti itu. Saya yakin ianya tidak terhad di Kementerian Pertahanan sahaja, malah kita boleh selidiki di Kementerian2 lain yang sama-sama mungkin terbabit dengan gejala2 sebegini. Soalnya apakah kerajaan merestuinya ataupun menggalakkannya?

    ReplyDelete