Semalam 08 Mac 2012, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke kem tentera 12 RAMD, Kem Batu 10, Kuantan.
Peliknya, kehadiran Zahid Hamidi disertai bersama Adun Pulau Manis dan MP Paya Besar. Jika Zahid Hamidi yang datang melawat, itu perkara biasa atas kapasiti Menteri Pertahanan. Tetapi atas kapasiti apa pula Adun Pulau Manis dan MP Paya Besar hadir? Atas kapasiti Wakil Rakyat di situ?
Jawapannya mudah. Ramai rakan-rakan yang hadir pada perjumpaan semalam menyebut Zahid Hamidi secara terang-terang meminta warga tentera menyokong kerajaan yang diterajui oleh Bn. Begitulah kemaruknya Umno untuk mengekalkan kuasa sehingga mereka terlupa di dalam kem tentera tidak boleh berkempen politik. Tetapi ini tidak pelik kerana apa jua yang dilakukan atas nama Umno, tidak menjadi satu kesalahan.
Apakah warga tentera akan terpedaya dengan `gula-gula' yang ditaburkan oleh Zahid? Adakah warga tentera termakan umpan yang kononnya gaji mereka akan naik selepas SPBA dibatalkan dan kembali kepada SSM?
Warga tentera kini telah melihat di mana janji Isa Samad sewaktu beliau bertanding di PRK Dun Bagan Pinang, Port Dickson yang lalu. Mana Bandar Tentera Daratnya? Mana janji WIFI di setiap kem tentera? Mana janji Padang Futsal dan kolam renang? Masakan warga tentera sebodoh itu.
No comments:
Post a Comment