JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Monday 28 May 2012

KOBAT KEADILAN PAHANG SAMPAIKAN SUMBANGAN PEMBIAYAAN KOS PEMBEDAHAN BEKAS TENTERA

Berlanjutan daripada kisah yang kami siarkan baru-baru ini tentang seorang bekas tentera, Sdr Mazlan bin Mohd Husin (47) yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos pembedahan beliau yang dijangka dilakukan hari ini, maka pada 25hb Mei yang lalu, KOBAT di bawah KEADILAN Negeri Pahang telah menyampaikan sumbangan bagi membiayai kos pembedahan bekas tentera tersebut.

Sdr Mazlan dan isteri, Puan Norbaini

Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang hadir bersama Datin juga turut serta adalah Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung dan Timbalan Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman Mohd Yunus telah berkunjung ke rumah Sdr Mazlan di Bukit Sekilau, Kuantan bagi menyampaikan sumbangan dari KOBAT.

Kiri: Sdr Kamarzaman, Chean Chung, Dato' Fauzi menyampaikan sumbangan

Sumbangan derma dari berbagai pihak termasuk kutipan derma kilat dari warga tentera di Kem Batu 10, Kuantan sedikit sebanyak berjaya dikumpulkan dan mencukupi bagi membiayai kos pembedahan Sdr Mazlan yang dianggarkan tidfak kurang dari RM 1, 350.00.  KOBAT juga akan menentukan pengangkutan beliau untuk ke Hospital menjalani pembedahan yang dijadualkan hari ini.

Dato' Fauzi bersama Datin prihatin masalah yang dihadapi oleh bekas tentera ini
KOBAT dan KEADILAN Pahang mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penderma-penderma dan Allah jua yang dapat membalas amal jariah yang dilakukan.  Kami juga sentiasa mendoakan agar Sdr Mazlan akan selamat menjalani pembedahan dan InsyaAllah, akan kembali pulih seperti sediakala.

Thursday 24 May 2012

VIDEO CERAMAH KOBAT - APA JANJI ISA SAMAD DI BAGAN PINANG?

Tonton Video.  Hentikan gangguan muzik, sila klik `PAUSE' pada Player di atas sebelah kanan blog ini.

Wednesday 23 May 2012

RAYUAN DERMA KILAT UNTUK PEMBEDAHAN BEKAS TENTERA


Bekas tentera, Sdr Mazlan dan Isteri, Pn Norbaini di samping anak bongsunya
Pada 21 Apr 2012 yang lalu, Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman bersama wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) serta Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung telah menziarahi satu keluarga bekas tentera di Bukit Sekilau, Kuantan. Lawatan itu juga turut disertai oleh pimpinan PAS kawasan yang diwakili oleh Setiausaha PAS Cawangan Bukit Sekilau, Sdr Asri dan Bendahari PAS Bukit Sekilau, Sdr Zuraini.

Kunjungan kami adalah di rumah Sdr Mazlan bin Mohd Husin (47) , yang tinggal bersama isterinya Puan Norbaini di sebuah rumah yang disewanya. Beliau memiliki 4 orang anak, 3 orang anak tinggal bersamanya manakala anak yang sulung sudah berkeluarga dan tinggal berasingan. Sdr Mazlan adalah seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat selama 7 tahun yang tamat perkhidmatannya pada tahun 1991. Pasukan terakhir beliau berkhidmat adalah di pasukan 105 Bn Infanteri di bawah naungan Markas 8 Briged.
Dato' Fauzi sedang mendengar masalah yang disuarakan oleh isteri Sdr Mazlan
Semenjak dua tahun yang lalu, beliau tidak lagi dapat bekerja untuk menyara keluarganya kerana menghidapi penyakit kencing manis yang serius di samping menghidapi penyakit jantung sehingga mengakibatkan beliau tidak lagi boleh melihat dengan jelas dan terlantar di rumah. Isterinya pernah memohon gerai perniagaan untuk menyara keluarganya, namun gerai tersebut terpaksa di sita kerana tidak mampu menjelaskan bayaran. Dua anaknya masih bersekolah, seorang perempuan di Tingkatan Tiga manakala yang bongsu berada di Pra Persekolah. Seorang lagi tidak mampu bekerja ketika ini kerana terlibat di dalam kemalangan. Anak beliau yang sulung pula telah berkahwin dan mempunyai tanggungannya sendiri.

Wajah sayu keluarga bekas tentera yang pernah berjasa kepada negara

Akibat penyakitnya itu, Sdr Mazlan terpaksa berulang alik ke Hospital dua kali seminggu untuk pemeriksaan lanjutan. Setiap minggu anaknya yang sulung terpaksa balik ke rumah untuk menghantar ayahnya ke Hospital dan kadangkala beliau terpaksa menaiki teksi untuk ke Hospital kerana anaknya tidak mendapat cuti.

Puan Norbaini menceritakan, sewa rumah yang didiaminya sekarang sebanyak RM 250 se bulan, sudah dua tahun tidak dibayar. Alhamdulillah, hasil ihsan dan simpati tuan rumah, setakat ini beliau sekeluarga masih memiliki tempat tinggal. Akibat kesempitan kewangan, bekalan letrik di rumahnya telah dua kali dipotong kerana kegagalan menjelaskan bayaran bil. Beliau menerima bantuan dari Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 95 sebulan, manakala bantuan dari Zakat pula hanya diperolehi sekali sahaja pada awal Februari yang lalu sebanyak RM 400. Sehingga kini, pihak Zakat masih memproses permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan bulanan bagi menyara keluarganya.

Bersama pimpinan PAS kawasan
Sdr Lee Chean Chung (kanan sekali) bersama wakil PAS kawasan
Sdr Mazlan juga telah berhubung dengan PBTM (Persatuan Bekas Tentera Malaysia), tetapi sehingga kini beliau difahamkan permohonan bantuan dari pihak berkenaan masih diproses. Tanpa bantuan yang diperlukan, kehidupan beliau sekeluarga amat menyedihkan kerana terpaksa menanggung perbelanjaan harian di rumah, persekolahan anak-anak termasuk tambang van sekolah untuk anaknya yang seringkali tertunggak.

Isterinya, Puan Norbaini telah mengadu masalahnya kepada Pusat Khidmat Parlimen Kuantan. Justeru itu, lawatan telah dilakukan pada 21 April yang lalu diketuai oleh Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi sendiri serta rombongan. Di dalam kunjungan tersebut, pihak kami telah menghulurkan sedikit sumbangan dan meminta segala bil yang tertunggak untuk kami uruskan bagi meringankan bebanan keluarga tersebut. Dua hari selepas kunjungan kali pertama, sekali lagi Dato' Fauzi dan Datin telah berkunjung ke rumah keluarga berkenaan untuk melihat keadaan dan mengenalpasti sebarang masalah yang boleh dibantu untuk keluarga bekas tentera tersebut.

Untuk makluman, pada 28 Mei ini nanti Sdr Mazlan akan menjalani satu pembedahan yang memerlukan kos lebih kurang RM 1, 350.00. Isteri beliau memberitahu semalam (22 Mei 2012), sehingga kini pihak PBTM masih belum menghubungi beliau tentang status permohonan bantuan dari PBTM yang telah dipohon termasuk bantuan kos pembedahan ini. KOBAT akan cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak PBTM selepas ini.

Sehubungan itu, KOBAT di bawah KEADILAN Pahang menyeru dan merayu kepada sesiapa yang sudi menghulurkan sedikit bantuan kewangan agar dapat disumbangkan kepada keluarga bekas tentera ini.
Kepada sesiapa yang sudi membantu sila berhubung dengan Sdr Mazlan sendiri di No Tel: 013-9154233. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi KOBAT di No Tel: 013-9410309 atau melalui Pemangku Ketua Cabang KEADILAN, Sdr Lee Chean Chung di No Tel: 012-9540498.

Monday 21 May 2012

HELLO, SKOT !! JOM TENGOK RUMAH BEKAS PENGARAH KAGAT KITA DULU...



Sumber: http://addin77.blogspot.com



Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.

Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar .


Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini


Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004


Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.



Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah.

Sunday 20 May 2012

BEKAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH PDRM SERTAI PAS HARI INI

Ni Dia Bakal Pengerusi Bersih 4.0.. Sempoi!!

Oleh: usamah

"

PERHATIAN ! Sesiapa yang ada kenalan bekas anggota polis yang sudah atau belum menyertai PAS, boleh hadir pada 20hb Mei 2012 (ahad) jam 9mlm uuntuk mengiringi Dato' Fauzi Shaari serah borang kepada Tuan Guru Presiden PAS dan Haji Mohamad Sabu di Tmn Kota Wira Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak.

Dato' Fauzi Shaari adalah anak jati Pantai Besar Batu kurau Perak. Antara jawatan yang pernah disandang beliau semasa bertugas di dalam PDRM :

-Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM (CID) (jawatan no 3 tertinggi PDRM)
-Timbalan Pengarah Logistik PDRM
-Ketua Polis Selangor.
-Ketua Polis Sarawak.
-Timbalan Ketua Polis Selangor.
-Ketua Polis daerah Pasir Putih Kelantan.
-Ketua Polis Daerah Shah Alam.
-Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
-Timbalan OCPD Sentul.

TAHNIAH Dato' Fauzi Shaari...Semoga lebih ramai anggota polis membuat keputusan bijak untuk menyokong Pas dan PR... 

http://arusperjuangan.blogspot.com

Thursday 17 May 2012

POLITIK - APA YANG WARGA TENTERA PATUT TAHU?

Ramai di kalangan warga tentera tidak mengetahui apakah hak-hak mereka di dalam politik termasuk hak-hak serta peraturan buat mereka sewaktu mengundi.  Di sini, KOBAT ingin menjelaskan apa yang terkandung di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera, (PMAT) 1972, Bahagian 3 - KEGIATAN POLITIK DAN PILIHANRAYA, agar menjadi panduan kepada semua warga tentera dan juga kepada semua parti-parti politik.

Warga tentera BOLEH hadir sebagai pemerhati di dalam mana-mana perhimpunan parti politik


PMAT 1972, Bahagian 3; (secara rengkas dan mudah difahami):

Bah 3, 1- Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi ahli sebarang parti politik.

          2Tidak boleh menjadi calon pilihanraya.

          3 Tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik, tidak boleh berucap bagi  pihak mana-mana parti politik, menyiar atau menyebarkan bahan-bahan tulisan bagi mana-mana parti politik.

          4Tidak boleh hadir mana-mana perjumpaan politik dengan berpakaian seragam, kecuali diarahkan untuk melakukan tugas.

          5Tidak boleh menyampaikan apa jua maklumat samada secara sulit atau terbuka melalui sebarang media berkaitan politik atau sebarang isu yang menjadi perbalahan politik yang menyentuh Angkatan Tentera.

          6TIDAK BOLEH;

               a.  Mengambil bahagian di dalam mana-mana kerja politik atau membantu pilihanraya untuk mana-mana parti politik, perjumpaan mana-mana parti politik atau merayu undi

ATAU;

               b.  Mempamirkan mana-mana pelekat politik di dalam kawasan kem atau kenderaan tentera/kerajaan.

Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi perayu undi mana-mana parti politik
         
        7.  Ia BOLEH HADIR di perjumpaan atau perhimpunan politik DENGAN SYARAT bahawa;

               a.  Bukan pada masa bertugas.

               b.  Berpakaian `preman' atau Awam (Tidak rejimental mufti)

               c.  Tidak mengambil apa-apa bahagian di dalam perjumpaan atau perhimpunan itu.

       
          8.   Apabila mengundi, HENDAKLAH BERPAKAIAN `PREMAN' (tidak Rejimental Mufti).

Adakah ini menyalahi Peraturan kerana memakai seragam sewaktu mengundi?  Sila rujuk Peraturan 3, Bil 8.


Semua yang di atas adalah intipati kepada apa yang terkandung di dalam PMAT tersebut yang kami catatkan secara ringkas, bertujuan untuk memberi maklumat kepada semua warga tentera supaya mereka dapat memahami lebih jelas tentang hak-hak mereka di dalam tentera. 

Secara lojiknya, apabila seseorang warga tentera itu DIBENARKAN mengundi, mereka wajar diberi hak untuk mendengar sebarang bentuk penerangan dari mana-mana parti politik agar mereka boleh membuat pilihan.  

KOBAT mengalu-alukan sebarang cadangan atau teguran dari pengunjung.  Sila lawati FaceBook kami dengan anda `klik' pada logo FaceBook di atas.  KOBAT juga bersedia untuk memberikan sesi penerangan atau ceramah kepada mana-mana pihak untuk kami suarakan pandangan kami selaku bekas tentera demi kebaikan bersama.  Sebarang jemputan untuk kami, sila hubungi Admin Blog KOBAT di No tel: 013 - 9410309 atau tinggalkan pesanan anda di Inbox Message FaceBook KOBAT.

Ayuh, lakukan perubahan dengan berani.

BEKAS TENTERA BELI GELARAN `DATUK' MOHON MAAF KEMUDIAN GOYANG PUNGGUNG


Lihat baik-baik quote di bawah;

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. 
 
Apa tindakkan SPRM? Cukupkah sekadar bermaaf-maafan?

Orang yang sama inilah mengepalai senaman bontot di depan rumah Datuk Ambiga. Jelas terbukti mereka yang cenderung menyokong kerajaan (bersama pangkat dan kedudukan) telah dilindungi bukan sahaja dari penguatkuasa tempatan, tetapi dilindungi polis malah SPRM sendiri. Adalah suatu kezaliman apabila setiap agensi yang sepatutnya bertindak neutral diperkuda semahunya...

Masihkah ada di antara kita yang menyokong bentuk kezaliman sebegini?/edyesdotcom

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Wednesday 16 May 2012

"GOYANG PUNGGUNG" TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH WARGA TENTERA DAN BEKAS TENTERA

Amat memalukan warga tentera dan bekas tentera.  Bagaimana seorang yang kononnya bergelar bekas tentera yang sepatutnya terlatih dengan disiplin dan berani, boleh melakukan perbuatan biadab, jijik dan tidak senonoh di hadapan rumah orang lain?  Apakah ini `standard' bekas tentera yang dilatih selama 21 tahun?

Kebodohan pemimpin Persatuan Veteren Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang dahulunya pernah mengaku `membeli' gelaran Dato' itu sedikit sebanyak memalukan keseluruhan warga tentera dan bekas tentera.  Sekiranya beliau sememangnya kuat mengampu semenjak dari dalam tentera sehingga ke pencen, perbuatan beliau mengetuai `senaman punggung' yang tidak beradab itu di hadapan perkarangan rumah S.Ambiga tidak boleh dimaafkan oleh warga tentera dan bekas tentera.

Malu untuk mengaku mereka ini adalah `bekas tentera'
Tentera telah dilatih dengan sifat berani dan berdisiplin.  Jika Mohd Ali bukan seorang bekas tentera yang bacul dan dayus, beliau tentunya berani mencabar S.Ambiga untuk berhujah secara ilmiah tentang apa yang beliau tidak bersetuju dengan tindakan S.Ambiga.  Mengapa beliau begitu bacul untuk berdepan dengan seorang wanita separuh umur ini?  Di mana keberanian sebagai seorang bekas tentera malahan menjadi pemimpin kepada PVTM?  

Bacul yang takut untuk berdepan secara anak jantan dengan S.Ambiga
Di mana disiplin yang diajar sewaktu beliau berada di dalam tentera?  Adakah sepanjang perkhidmatannya beliau telah dilatih untuk menjadi seorang yang kurang ajar?  Kami dari KOBAT, malahan puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak merasa sedikit pun megah dengan hanya aksi `goyang punggung' di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan' bekas tentera.  Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang yang bacul sahaja yang suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan.

Semua tahu ribuan bekas tentera malahan terdapat warga tentera sendiri dengan berani dan penuh disiplin hadir ke Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu.  Kami diasuh dari tentera menjadi berani walaupun kami tahu akan berhadapan dengan risiko yang terbukti sememangnya berlaku. Kami tidak bertindak seperti PVTM yang hanya menjadi pengampu sang rejim dan mencari publisiti murahan seperti yang telah PVTM lakukan itu.  

Menggoyangkan punggung tidak boleh menyelesaikan masalah bekas-bekas tentera yang masih ramai merempat.  Tidak cukup dengan hanya goyangkan punggung untuk mengurangkan harga minyak dan barang-barang keperluan yang membebankan kehidupan warga tentera dan bekas tentera.  Kami berjuang untuk kepentingan semua warga tentera dan bekas-bekas tentera.  Kami tidak bercadang untuk menggoyangkan punggung di hadapan rumah Najib dengan disaksikan oleh Rosmah kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah negara ini yang semakin menuju ke tahap negara bankrap.

Sehubungan itu, KOBAT menyeru kepada seluruh warga tentera dan bekas tentera agar bersama-sama untuk melakukan perubahan di dalam PRU akan datang.  Kita tidak boleh dimalukan lagi oleh spesis-spesis jijik yang menggunakan nama bekas tentera untuk mengampu sang rejim demi untuk perut-perut mereka, sedangkan warga tentera dan bekas-bekas tentera terus terabai dengan janji demi janji.

Tuesday 15 May 2012

Gaji minimum RM1,100 tetap dilaksana bila Pakatan ke Putrajaya – Anwar


 
 
(Oleh Masdar Wahid)

SHAH ALAM 14 Mei: Gaji minimum RM1,100 yang ditawar Pakatan Rakyat kepada golongan pekerja tetap dilaksana jika gabungan itu diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, pelaksanaan tersebut diputuskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja, majikan dan pakar ekonomi.

 
 
“RM1,100 ini, kalau kita ambil kira persekitaran ekonomi semasa masih rendah kerana harga barang tinggi, minyak masih tidak diturunkan selain tol terus membebankan rakyat, namun kita tetap komited melaksanakannya,” katanya pada Himpunan Pekerja di Stadium Malawati Shah Alam malam tadi.

Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri dan Pusat.

Ketua Umum KEADILAN itu turut menempelak Najib ekoran gaji minimum BN yang membeza-bezakan antara pekerja di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.

 
 
“Sudah tiba masanya golongan pekerja bangkit membuat perubahan dengan menentukan kerajaan mana yang akan memerintah pada PRU kali ini,” katanya dibalas tepukan gemuruh lebih 1,000 rakyat.

Senada dengan Anwar, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru setiap pekerja di negara ini memanfaat kuasa mereka kerana golongan itu mampu menumbangkan kerajaan Umno BN melalui kuasa undi yang ada pada mereka.

“Golongan pekerja ada di mana-mana termasuk di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sebagai pengundi, maka kuasa yang ada pada kumpulan ini cukup besar dan berpengaruh untuk menumbangkan Umno BN.

“Puluhan tahun Umno BN perintah, baru sekarang mahu buat gaji minimum dan itupun dibeza-bezakan antara wilayah. Kata ’1Malaysia’, tetapi kenapa gaji minimum ada jadi ’2 Malaysia’,” soalnya.

Difahamkan, daripada 28 juta rakyat Malaysia, 12 juta atau lebih 40 peratus terdiri daripada golongan pekerja.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut menyokong menegaskan, gaji minimum versi Najib itu tidak memberi sebarang makna kerana ia masih di bawah paras kemiskinan.

“RM900 sekarang tidak sama dengan dulu, rumah dan kereta sekarang, wang gaji untuk sebulan sahaja RM1,000 lebih, maka gaji minimum Najib ini tidak realistik, malah ia masih di bawah paras kemiskinan.

“Di Sabah dan Sarawak pula, harga barang juga tinggi terutama di luar bandar kerana rakyat perlu membayar wang pengangkutan lebih besar dan ini zalim, pekerja tiada pilihan kecuali menukar kerajaan pada PRU kali ini,” tegasnya./Keadilan Daily

Monday 14 May 2012

Pakatan angkat profesionalisme polis jika diberi mandat- Anwar

MELAKA 13 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat berjanji akan mengangkat profesionalisme polis ke tahap yang lebih baik sekiranya gabungan itu diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.Berucap di hadapan lebih 2000 hadirin di Klebang, Melaka malam tadi, Anwar menyeru anggota polis supaya berhemah dan tidak sekadar menjadi alat parti pemerintah.

 
 
“(Sebab itu) saya nak ingatkan, polis jangan bersikap tidak adil dan terlalu mengikut telunjuk kerajaan Umno BN.

“Kita pula jangan sesekali anggap polis sebagai musuh, kerana sebilangan besar mereka sebenarnya baik. Hanya mereka yang bersalah sahaja perlu dihukum.

“Kita juga perlukan mereka, justeru antara jaminan kita selepas membentuk kerajaan nanti adalah mengangkat profesionalisme polis ke tahap yang lebih baik,” kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Beliau merujuk tindakan polis membelasah peserta dan petugas media semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu sehingga sehingga menyebabkan kecederaan.

Rakaman dan gambar yang disebar di internet juga menunjukkan keganasan yang dilakukan polis terhadap peserta Bersih termasuk membelasah mereka beramai-ramai.

Polis juga melanggar garis panduan operasi polis (SOP) apabila merampas kamera dan kad memori wartawan yang merakam keganasan mereka.

Anwar berkata, 300,000 peserta yang menghadiri Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang lebih adil membuktikan landskap politik negara sudah berubah.

“Inilah semangat baru rakyat Malaysia, dan untuk itu saya ‘salute’, terutamanya kepada golongan muda,” katanya yang dibalas tepukan gemuruh hadirin.

 
 
Antara pemimpin yang hadir di program ‘Merdeka Rakyat – Pasca Bersih 3.0′ itu ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar dan dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.

Umno cuba mencetuskan kekacauan sepanjang program, apabila menganjurkan ceramah pada jarak kurang 50 meter dan memenuhi jalan ke tapak ceramah Pakatan sehingga mengganggu penduduk yang menuju ke sana. /Keadilan Daily

Saturday 12 May 2012

POLL - 81 % WARGA TENTERA MAHU MENGUNDI DI LUAR KEM

Blog KOBAT yang sehingga kini dikunjungi lebih dari 50 % bekas tentera dan 28 % warga tentera telah mengadakan `Poll' (undian pengunjung) bagi mengetahui pendapat mereka tentang sistem mengundi buat warga tentera. 

Tajuk yang kami ajukan berbunyi, "Warga Tentera Mesti Mengundi Di Luar Kem".  Respon yang kami terima dari para pengunjung, hasil dari 443 pengunjung yang telah mengundi, keputusannya adalah seperti berikut:

1.  Bersetuju (81 %)


2.  Tidak Bersetuju (14 %)


3.  Berkecuali (5 %)

Ini menunjukkan secara rambang bahawa majoriti daripada mereka mahukan agar warga tentera dibenarkan mengundi di luar kem tentera walaupun mengikut peraturan mereka akan mengundi lebih awal dari orang awam.

Kami juga mendesak agar setelah pengundian oleh warga tentera ini dilakukan, kertas undi mestilah dikira pada hari yang sama di setiap tempat mengundi dan wakil-wakil calon yang bertanding hendaklah mencatatkan jumlah undi yang dikira.  Cara ini adalah bagi mengelakkan kertas undi warga tentera ini dimanipulasikan di dalam tempoh dua atau tiga hari disimpan sebelum hari perjumlahan undi pengundi-pengundi awam.

* Poll yang dinyatakan di atas telah dikira dan ditutup tepat pada 12/5/12 jam 06.00 AM.

Wednesday 9 May 2012

ATM PERLU PERTAHANKAN IMEJ DAN MARUAH AGAR DIHORMATI RAKYAT

BERSIH - ATM TIDAK PERLU CEMARKAN IMEJ MEREKA

Oleh:  WFAUZDIN NS

 
ADA beberapa pihak berkata, mungkin di dalam menghadapi Himpunan BERSIH siri akan datang, pihak Polis akan memohon bantuan ATM pula. Aku tidak percaya hal ini akan berlaku kerana bagi aku tiada sebab untuk mencemarkan imej ATM semata-mata untuk menjaga kerusi sang Penguasa yang takut jatuh.

Pada aku, Polis sudah cukup terlatih untuk berdepan dengan perhimpunan yang aman, melainkan jika mereka lebih suka melihat perhimpunan tidak menjadi aman. Apa yang aku percaya, ATM sekarang masih `suci dan bersih' tidak tercemar lagi dengan cerita-cerita bahawa tentera melanyak orang awam yang berhimpun. Warga tentera bukan bacul, mereka akan berdepan dengan musuh yang bersenjata bukan layak untuk tentera berdepan dengan rakyat yang hanya memakai baju kuning. Jika ada pihak yang merasa amat gagah berdepan dengan rakyat tua dan muda, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang hanya `bersenjatakan' baju Kuning, biarlah pihak mereka sahaja lakukan. Jangan cuba mempengaruhi tentera untuk dibenci oleh rakyat.

Seandainya teringin pula Panglima-Panglima tentera ini untuk merayakan keseronokan membelasah rakyat, aku percaya warga tentera di bawah tidak akan sanggup menjual maruah dan kedaulatan mereka selaku tentera. Imej tentera mesti dipertahankan. Organisasi lain yang sudah hancur lebur imej mereka, biarkan mereka dan tentera tidak harus menempah nama seburuk itu./wfauzdin.blogspot.com

Friday 4 May 2012

TENTERA DIBENARKAN HADIRI CERAMAH POLITIK, MENGAPA MASIH ADA YANG TAKUT?

Ramai di kalangan warga tentera terkeliru atau pun tidak mengetahui hak-hak mereka untuk berpolitik.  Pada era sekarang, amat malang sekiranya warga tentera `buta' terhadap perkembangan semasa isu-isu politik kerana politik adalah melibatkan urus tadbir negara dan ianya sudah pasti memberi kesan yang besar kepada organisasi ketenteraan.

KOBAT bukan bercadang atau ingin mempengaruhi warga tentera bagi menyertai secara aktif di dalam politik.  Kami menyedari bahawasanya warga tentera TIDAK DIBENARKAN samasekali bergiat aktif atau menjadi ahli mana-mana parti politik samada parti yang memerintah atau sebaliknya.  Kami hanya mengajak warga tentera untuk membuka minda melihat sekeliling apakah isu-isu politik sekarang dan apakah peranan warga tentera untuk menggerakkan amalan demokrasi di negara ini demi kebaikan tentera itu sendiri khususnya, dan negara ini amnya.

Ramai di antara warga tentera merasa takut untuk menyebut soal politik, jauh sekali untuk mendengar ceramah-ceramah penerangan dari parti-parti politik terutamanya dari parti Pembangkang.  Peliknya, tanpa mereka sedari mereka juga kerap disajikan dengan cerita-cerita dan kempen politik dari parti pemerintah yang mengambil kesempatan atas kuasa yang mereka miliki dengan memasuki kem-kem tentera untuk berkempen.  Mengapa perlu takut dan bimbang untuk keluar dari kem bagi menghadiri mana- mana program ceramah atau penerangan dari parti-parti Pembangkang?  Mengapa takut untuk membeli dan membaca akhbar-akhbar milik Pembangkang?

Mendengar ceramah dari parti-parti Pembangkang atau membaca akhbar milik mereka bukan bererti anda menyokong Pembangkang.  Cukup sekadar anda mengetahui apakah dasar parti-parti berkenaan dan anda boleh buat perbandingan dengan parti yang memerintah sekarang.  Mana yang pada fikiran anda lebih baik, anda akan mengundi parti tersebut di dalam Pilihanraya.  Mana mungkin anda boleh membuat pilihan parti yang akan anda pangkah sekiranya anda disekat atau tidak mahu mendapatkan penerangan dari parti sebelah sana?

Jelas termaktub di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera, Tahun 1972, Fasal 3 (7) menyebut, warga tentera DIBENARKAN mengikuti mana-mana program ceramah atau penerangan mana-mana parti politik asalkan tidak memakai pakaian seragam, tidak mengambil apa-apa bahagian atau tugas di dalam program tersebut dan anda hadir bukan di dalam waktu bertugas. 

Memang benar, anda TIDAK DIBENARKAN menjadi ahli mana-mana parti politik, tetapi ini tidak bermakna anda disekat dari mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu politik semasa.  Di zaman seluruh masyarakat terutamanya golongan muda mula mengambil kisah tentang politik semasa di negara ini, amat malang sekali sekiranya warga tentera ketinggalan di dalam aspek ini.  

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama merayakan demokrasi di negara ini dengan penuh kebijaksanaan tanpa sebarang rasa takut dan bimbang.  Bagaimana untuk menghadapi musuh di medan tempur seandainya untuk melakukan perubahan dengan hanya menggunakan sebatang pen pun kita masih gentar. Rakyat sekarang menanti gelombang kebangkitan di kalangan warga tentera untuk bersama-sama mereka melakukan perubahan.