JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Tuesday, 15 May 2012

Gaji minimum RM1,100 tetap dilaksana bila Pakatan ke Putrajaya – Anwar


 
 
(Oleh Masdar Wahid)

SHAH ALAM 14 Mei: Gaji minimum RM1,100 yang ditawar Pakatan Rakyat kepada golongan pekerja tetap dilaksana jika gabungan itu diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, pelaksanaan tersebut diputuskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja, majikan dan pakar ekonomi.

 
 
“RM1,100 ini, kalau kita ambil kira persekitaran ekonomi semasa masih rendah kerana harga barang tinggi, minyak masih tidak diturunkan selain tol terus membebankan rakyat, namun kita tetap komited melaksanakannya,” katanya pada Himpunan Pekerja di Stadium Malawati Shah Alam malam tadi.

Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri dan Pusat.

Ketua Umum KEADILAN itu turut menempelak Najib ekoran gaji minimum BN yang membeza-bezakan antara pekerja di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.

 
 
“Sudah tiba masanya golongan pekerja bangkit membuat perubahan dengan menentukan kerajaan mana yang akan memerintah pada PRU kali ini,” katanya dibalas tepukan gemuruh lebih 1,000 rakyat.

Senada dengan Anwar, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru setiap pekerja di negara ini memanfaat kuasa mereka kerana golongan itu mampu menumbangkan kerajaan Umno BN melalui kuasa undi yang ada pada mereka.

“Golongan pekerja ada di mana-mana termasuk di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sebagai pengundi, maka kuasa yang ada pada kumpulan ini cukup besar dan berpengaruh untuk menumbangkan Umno BN.

“Puluhan tahun Umno BN perintah, baru sekarang mahu buat gaji minimum dan itupun dibeza-bezakan antara wilayah. Kata ’1Malaysia’, tetapi kenapa gaji minimum ada jadi ’2 Malaysia’,” soalnya.

Difahamkan, daripada 28 juta rakyat Malaysia, 12 juta atau lebih 40 peratus terdiri daripada golongan pekerja.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut menyokong menegaskan, gaji minimum versi Najib itu tidak memberi sebarang makna kerana ia masih di bawah paras kemiskinan.

“RM900 sekarang tidak sama dengan dulu, rumah dan kereta sekarang, wang gaji untuk sebulan sahaja RM1,000 lebih, maka gaji minimum Najib ini tidak realistik, malah ia masih di bawah paras kemiskinan.

“Di Sabah dan Sarawak pula, harga barang juga tinggi terutama di luar bandar kerana rakyat perlu membayar wang pengangkutan lebih besar dan ini zalim, pekerja tiada pilihan kecuali menukar kerajaan pada PRU kali ini,” tegasnya./Keadilan Daily

No comments:

Post a Comment