Blog KOBAT yang sehingga kini dikunjungi lebih dari 50 % bekas tentera dan 28 % warga tentera telah mengadakan `Poll' (undian pengunjung) bagi mengetahui pendapat mereka tentang sistem mengundi buat warga tentera.
Tajuk yang kami ajukan berbunyi, "Warga Tentera Mesti Mengundi Di Luar Kem". Respon yang kami terima dari para pengunjung, hasil dari 443 pengunjung yang telah mengundi, keputusannya adalah seperti berikut:
1. Bersetuju (81 %)
2. Tidak Bersetuju (14 %)
3. Berkecuali (5 %)
Ini menunjukkan secara rambang bahawa majoriti daripada mereka mahukan agar warga tentera dibenarkan mengundi di luar kem tentera walaupun mengikut peraturan mereka akan mengundi lebih awal dari orang awam.
Kami juga mendesak agar setelah pengundian oleh warga tentera ini dilakukan, kertas undi mestilah dikira pada hari yang sama di setiap tempat mengundi dan wakil-wakil calon yang bertanding hendaklah mencatatkan jumlah undi yang dikira. Cara ini adalah bagi mengelakkan kertas undi warga tentera ini dimanipulasikan di dalam tempoh dua atau tiga hari disimpan sebelum hari perjumlahan undi pengundi-pengundi awam.
* Poll yang dinyatakan di atas telah dikira dan ditutup tepat pada 12/5/12 jam 06.00 AM.
No comments:
Post a Comment