JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Saturday, 26 October 2013

BAJET 2014 PAKATAN RAKYAT MENJADIKAN ATM LEBIH TELUS, BERMARUAH

Perolehan Pertahanan

Selepas jatuh lebih jauh dari ‘D’ kepada ‘E’ (risiko yang sangat tinggi) pada Januari 2013, ini meletakkan Malaysia dalam kumpulan yang sama dengan negara negara seperti China, Afghanistan, Bangladesh, Zimbabwe dalam Indeks Anti Rasuah Pertahanan. Ini bermakna Malaysia dianggap mempunyai risiko rasuah yang sangat tinggi dalam perbelanjaan dan operasi pertahanan.

Memandangkan betapa besarnya bajet peruntukan bagi pertahanan dan keselamatan, yang bernilai RM23 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke 10, Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Kira
kira Pertahanan atau jawatankuasa pengawasan parlimen yang bersifat dwipartisan, untuk menyemak perbelanjaan pertahanan. Sehingga kini, tidak ada pengawasan ke atas pembelian dan perolehan pertahanan, tidak juga di dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang menyelia semua jenis perbelanjaan lain kerajaan yang tidak diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

Pakatan Rakyat menegaskan bahawa proses perolehan termasuk jawatankuasa pembuat keputusan hendaklah terdiri daripada ahli -ahli parti pemerintah dan pembangkang melalui perundingan dengan kumpulan kumpulan pakar awam untuk mengelakkan potensi amalan rasuah dan pembelian peralatan 'tidak perlu' yang tidak strategik pada bila-bila masa terutamanya jika kita mengambil kira Persefahaman Pertahanan Lima Negara (FPDA). Sebagai contoh, di bawah FPDA, prospek serangan tentera konvensional di negara kita telah berkurangan yang tidak menjadi jaminan bagi pembelian peralatan baru tertentu untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dan ini seterusnya akan menjimatkan berbilion ringgit wang rakyat. Penjimatan ini seterusnya boleh digunakan untuk pembangunan dalaman penyelidikan pertahanan dan pembangunan yang dapat membantu kita dari terlalu bergantung kepada peralatan tentera asing, satu lagi potensi penjimatan dalam jangka masa panjang.

Satu lagi potensi penjimatan adalah dengan menggunakan pakar-pakar pertahanan awam yang boleh memberi pandangan berguna dalam teknologi pertahanan dan peralatan terkini, memaksimumkan strategi taktikal dan penggunaan sumber-sumber modal. Jika kesemua ini diambil kira, Pakatan Rakyat menganggarkan hampir RM3.5 bilion dapat dijimatkan daripada perolehan pertahanan.
 
Untuk ikuti sepenuhnya Bajet 2014 Pakatan Rakyat, Sila Klik di http://www.pakatanrakyat.my