JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Friday 21 June 2013

HIMPUNAN #KL622 - SILAP BESAR JIKA BABITKAN TENTERA

Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) dengan tegas memberi amaran kepada Kerajaan terutamanya pihak Polis agar tidak membabitkan pasukan tentera di dalam menangani Himpunan Suara Rakyat KL622 yang akan diadakan di Padang Merbok, KL pada 22 Jun ini.

Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan pasukan tentera di dalam menangani himpunan aman tersebut menunjukkan seolah-olah pasukan tentera cuba dikaitkan dengan kepentingan politik pihak tertentu.  Bagi KOBAT, sekiranya PDRM merasakan mereka begitu 'prihatin' dengan tekanan yang dihadapi oleh Umno, mereka jangan cuba cemarkan imej ATM yang selama ini jauh lebih baik dari mereka.

Adakah mereka yakin majoriti warga tentera menyokong tindakan menggunakan kekerasan kepada rakyat yang mahu berhimpun secara aman?  Apakah mereka fikir warga tentera biasa dengan provokasi untuk mencetuskan huru-hara?  Mereka silap besar jika berfikir sedemikian.  KOBAT bimbang sekiranya mereka menggunakan pasukan tentera untuk berhadapan dengan rakyat yang tidak bersenjata, warga tentera sendiri akan bangkit 'melawan tuan' dan ini amat tidak baik untuk keamanan negara kita.

Alangkah lebih baik sekiranya dibenarkan rakyat berhimpun secara aman dan dikawal dengan baik.  Tidak perlu cetuskan provokasi melampau sehingga tindakan bodoh itu akan menyusahkan pasukan tentera pula untuk melibatkan diri.  Cukuplah apa yang berlaku di Lahad Datu yang mana akhirnya pasukan tentera juga digunakan apabila Menteri yang menjaga Polis silap besar di dalam menentukan keputusan.  

"Tentera Bersama Rakyat"

WFAUZDIN NS
Penyelaras KOBAT

Friday 14 June 2013

MENGAPA RAKYAT PERLU BANGKIT? KOBAT CERAMAH DI KERATONG 4, ROMPIN MALAM ESOK (15 JUN)

Meskipun PRU 13 telah berakhir dan Kerajaan yang dibentuk di peringkat Persekutuan adalah 'Kerajaan 47%" manakala PR terus menjadi Pembangkang walaupun di dalam keadaan keputusan yang penuh 'kontroversi' berjaya mendapat 53 %, namun gerak kerja tetap diteruskan selagi Umno/Bn masih mengekalkan kezaliman dan penindasan.

Rata-rata menjangkakan majoriti tentera telah bersama dengan PR, namun apabila keputusan PRU yang lalu diumumkan ianya menjadi persoalan kerana di beberapa kawasan, undi yang diberikan oleh warga tentera melalui undi pos dan undi awal sukar melebihi paras 7% kepada PR. Benarkah begitu ramai warga tentera amat selesa dengan rejim Umno/Bn?  Jika benar, mengapa terlalu banyak salah laku yang mesti dilakukan oleh SPR dan pihak berkuasa di dalam menguruskan undi awal dan undi pos?  Ini semua telah dibuktikan secara nyata oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  Beliau amat marah apabila beliau dihalang dari menyaksikan perpindahan kotak undi awal dari Balai Polis di Kuantan sehari sebelum orang awam mengundi.  Bukankah SPR telah memberi jaminan bahawa sebarang perpindahan kotak undi calon dan wakil calon berhak menjadi saksi?  Mengapa timbul isu keselamatan di dalam Balai Polis untuk menghalang YB Fuziah dari melihat sendiri kerja-kerja perpindahan kotak undi awal berkenaan?

Itu adalah di antara beberapa faktor mengapa rakyat mahu berhimpun pada 22hb Jun ini nanti di Padang Merbok, KL.  Rakyat mahu Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan serta mendesak diadakan semula Pilihanraya di beberapa kawasan yang sahih dan terbukti amat menyalahi peraturan Pilihanraya.  Pada 20hb Jun ini pula, satu perhimpunan Pra Himpunan 505 akan diadakan di Kuantan di bawah anjuran NGO sebagai program penyuntik semangat rakyat untuk turun ke KL pada 22hb Jun ini nanti.

Penyelaras KOBAT pula akan berceramah di Markas PAS, Keratong 4, Rompin pada 15hb Jun (Sabtu) ini bersama Adun Tg Lumpur, YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar.  Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.