JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Thursday, 28 March 2013

BEKAS TPTD SAMAN UTUSAN RM20 JUTA

The Malaysian Insider

Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan menyaman sejumlah RM20 juta kerana memburukkan reputasi dan nama baik beliau kepada umum.

Dalam satu kenyataan media hari ini, peguam pemohon Samarudin Md Rejab berkata kes tersebut telah difailkan semalam dan menamakan Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar sebagai pihak defendan.

“Dalam artikel Utusan Online bertarikh 13 Mac, 2013, secara palsu dan berniat jahat, telah menyiarkan satu artikel dalam talian menuduh anak guam kami sebagai ‘telah memperleceh’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengendalikan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu,” kata Samarudin dalam satu kenyataan.

Menurut Samaruddin lagi, artikel tersebut juga menuduh Abdul Ghafir telah mengatakan PDRM dan ATM menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya “duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam”.

Disamping itu, Samarudin berkata tuduhan tersebut sengaja direka memandangkan Abdul Ghafir adalah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dan bertujuan untuk mewujudkan kebencian kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

“Dakwaan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan fitnah kepada Datuk Ghafir.

“Dalam hal ini, kita semua sedar bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menjelang dan Datuk Ghafir adalah salah satu daripada bekas pegawai tertinggi yang menyokong Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Rakyat,” tambah Samaruddin lagi.

Dalam tuntutan yang dihantar semalam, Abdul Ghafir telah meminta Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar memohon maaf serta menarik menarik balik artikel tersebut dan berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang artikel yang sama bertujuan memburukkan nama beliau.

Berita tentang kenyataan oleh Abdul Ghafir telah dilaporkan oleh Utusan ketika berucap dalam Forum anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini.

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

Tuesday, 26 March 2013

KHAS UNTUK WARGA KESELAMATAN (TENTERA/POLIS) - CERAMAH DI BALOK MAKMUR PADA 28 MAC (KHAMIS) INI

Peluang untuk warga tentera, khususnya warga TLDM sekitar kawasan Balok Makmur yang bertugas di Pengkalan TLDM termasuk juga pasukan Polis Hutan, pesara-pesara tentera/keselamatan kerana pada 28hb Mac 2013 (Khamis) ini, mulai jam 09.00 malam bertempat di Markas PAS Balok Makmur akan dikunjungi oleh dua tokoh hebat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Laksamana (B) Haji Imran, bekas Pegawai Kanan TLDM.
Isu keselamatan dan beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam ATM bakal dapat kita kongsikan bersama apabila kedua-dua tokoh ini tampil berpidato pada malam tersebut.  Benarkah wang simpanan tentera (LTAT) telah disalahgunakan untuk pemimpin Umno?  Benarkah pembelian peralatan senjata memberikan kekayaan kepada kroni melalui komisyen yang tinggi?  Apa yang terjadi sebenarnya di Lahad Datu sekarang?
Itu semua bakal kita ketahui pada malam tersebut.  Sehubungan itu, orang ramai terutamanya warga tentera/Polis diseru untuk hadir beramai-ramai di Markas PAS Balok Makmur pada tarikh yang dinyatakan.

Saturday, 23 March 2013

KOBAT DI FELDA CHINI 3 MALAM INI (23/3/2013)

Malam ini (23/3/13-Sabtu), KOBAT akan berceramah di Felda Chini 3.  Turut tampil malam ini adalah YB Haniza Talha (Exco Kerajaan Negeri Selangor), Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) dan pimpinan PAS kawasan.

Kepada warga tentera dan bekas-bekas tentera dijemput hadir malam ini. 

Friday, 22 March 2013

SAYA TETAP BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA - YB NURUL IZZAH

KENYATAAN MEDIA
21 Mac 2013
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya merujuk kepada rencana yang diterbitkan New Straits Times hari ini bertajuk "Nurul Izzah hits out at police", yang saya anggap berniat jahat dan telah menyeleweng ucapan yang telah saya berikan dalam satu ceramah di Jemapoh, Negeri Sembilan pada 19 Mac 2013.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya menyokong sepenuhnya pihak keselamatan, khususnya anggota-anggota Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang pada waktu ini sedang berjuang di perbatasan mempertahankan kedaulatan negara di bumi Sabah.

Saya tidak pernah sekali-kali memperlekeh usaha anggota-anggota keselamatan yang berkorban dan memenuhi ikrar taat setia yang telah dilafazkan. Saya menegaskan bahawa isu yang diketengahkan adalah tindakan ahli-ahli politik di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu. Saya bersependapat dengan kenyataan Lt Gen (B) Datuk Abd Ghafir dalam sidang media 13 Mac 2013 di mana beliau telah menyatakan kegagalan risikan - khususnya berkenaan insiden Lahad Datu - yang telah berlaku akibat aktiviti risikan yang difokuskan ke arah pengintipan perkembangan politik negara
sejak tahun 2000.

Integriti kewartawanan yang bertanggungjawab adalah mercu tanda demokrasi di negara kita dan sedang kita melalui krisis yang mengancam keselamatan negara, saya berpendapat bahawa laporan yang tidak tepat dan menyeleweng itu harus ditarik balik dan saya menuntut New Straits Times memohon maaf dalam masa 24 jam melalui media digital dan cetak sebagaimana rencana berbaur fitnah itu telah disebarkan.

Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar New Straits Times - alat sebaran propaganda UMNO-Barisan Nasional terbitan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad - dengan serta-merta.

Saya sekali lagi menegaskan pendirian konsisten Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengadakan sidang Parlimen tergempar di samping kertas putih untuk mendalami krisis di Lahad Datu, demi keselamatan tanah air tercinta.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tuesday, 19 March 2013

AMARAN DARI KOBAT - UMNO PERLU HENTIKAN PROPAGANDA JAHAT DI DALAM ISU LAHAD DATU

KENYATAAN MEDIA

Berlanjutan daripada kenyataan Jamalul Kiram III yang mengerahkan anak-anak buahnya untuk meneruskan peperangan gerila terhadap pasukan keselamatan kita, KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) bersetuju dan menyokong penuh kenyataan pihak keselamatan negara Polis dan Tentera yang bersedia untuk berdepan dengan musuh dengan apa cara sekalipun.

Wan Fauzuldin - Penyelaras KOBAT
Bumi bertuah negara ini wajib dipertahankan walau apa pun keputusan dari pihak penceroboh.  Rakyat wajib menyokong penuh pasukan keselamatan kita tanpa mengira fahaman politik.  Walaupun pada pendirian kami, tragedi ini tercetus akibat kegagalan dan kecuaian pimpinan politik mengawal keselamatan negara namun 'nasi telah menjadi bubur', kita tiada pilihan lain kecuali bersama dengan pasukan keselamatan Polis dan Tentera untuk 'melangsaikan' musuh-musuh secepat mungkin.  Pimpinan politik yang 'tidor' selama ini bakal kita hukum di dalam PRU 13 akan datang.

KOBAT mengingatkan pimpinan Umno terutamanya jangan cuba 'bermain politik' di dalam menangani aspek keselamatan negara.  Media-media di bawah kawalan Umno/Bn diberi amaran agar hentikan saja propaganda atau hasutan jahat mereka terhadap pimpinan Pakatan Rakyat untuk melindungan kelemahan mereka mengurus keselamatan negara.  Sekiranya mereka masih memainkan sentimen ini untuk memburuk-burukkan Pembangkang, kami bersedia untuk menjawab tuduhan mereka agar rakyat sedar siapakah yang sepatutnya dipersalahkan.  Jangan nanti kami dituduh mempolitikkan isu di Lahad Datu sedangkan pihak Umno/Bn saban hari membuat tuduhan tidak berasas kepada Pembangkang.

Akhir sekali, KOBAT menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada semua warga tentera dan bekas tentera/Polis agar sentiasa berdoa supaya pasukan keselamatan kita sentiasa diberikan kekuatan, semangat dan kesabaran oleh Allah SWT di dalam berhadapan dengan musuh negara. 

WAN FAUZULDIN BIN WAN SAMAD
Penyelaras
KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)

Thursday, 14 March 2013

Datu: Perisikan lebih diguna untuk politik - Ghafir


PETALING JAYA: Bekas Leftenan Jeneral (B), Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mempersoalkan keberkesanan agensi perisikan negara menangani isu pencerobohan di Sabah yang didakwanya banyak digunakan untuk operasi politik.

"Keupayaan mereka dari segi perisikan luar negara, badan dan aset mereka digunakan bagi tujuan operasi politik," dakwa beliau.

Katanya, ekoran itu, agensi perisikan negara tidak berfungsi dengan baik sehingga penceroboh masuk ke negara tanpa di sedari.

Disebabkan itu juga katanya, banyak nyawa telah terkorban dalam insiden di Lahad Datu yang mana sehingga kini masih belum berakhir.

"Apabila agensi perisikan kita gagal mengesan musuh, kita dapati musuh boleh membolosi perairan kita di Sabah. Akhirnya musuh tiba di pantai Lahad Datu kita semakin sukar untuk memerangi mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Beliau berkata, unit perisikan sama ada daripada tentera dan polis memang ada assad atau keupayaan menjalankan tugas mereka dengan baik dan mengesan kedatangan penceroboh itu.

"Tetapi dimanakah perginya keupayaan mereka itu sehingga mereka gagal mengesan kedatangan pihak penceroboh?" soalnya.

Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan sepuluh orang anggota keselamatan negara terkorban dan 56 orang penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini.-harakahdaily

Sunday, 10 March 2013

Bekas tentera 31 tahun tinggal di rumah sewa



KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan Malaysia mestilah lebih prihatin terhadap nasib bekas tentera dan polis.

"Insya Allah, Pakatan Rakyat memberi jaminan angkatan tentera, wakil-wakil mereka dan orang yang pencen, insya Allah akan diberikan tempat yang terbaik dan hak yang terbaik, hak yang adil memberikan hak kepada orang yang berhak," ujarnya dipetik BuletinOnline.

Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika mengunjungi bekas tentera yang dinafikan hak mendapat bantuan, Hassan Abdullah di Kampung Seberang Takir, dekat sini, kelmarin.

"Kalau dalam masa selama 31 tahun (Hassan) tidak ada rumah, tidak ada tanah, sedangkan ada pemimpin-pemimpin (kerajaan Terengganu) yang hebat, kaya mendapat tanah, itu ketidakadilan namanya.

"Kita maklum negeri Terengganu ini ramai wakil rakyat yang mendapat tanah walaupun sudah kaya," katanya lagi.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menafikan hak Hassan mendapat bantuan kewangan dan tanah serta rumah sebagai menzalimi bekas tentera itu.

Sehubungan itu, Dr. Khairuddin mencadangkan, bekas-bekas tentera yang tidak mendapat keadilan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan./HD

Monday, 4 March 2013

Lahad Datu: Mana kelengkapan ketenteraan berbilion ringgit?

KUALA LUMPUR 2 MAC: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoal bagaimana kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Pantai Tanjung Labian dan menyusup berjalan kaki dengan skala ratusan askar, jauh ke Kampung Tanduo.

“Di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku walaupun ratusan bilion dihabiskan Kementerian Pertahanan.

“Sudah lengkap bersenjata tetapi gagal menafsir keputusan tepat ketika genting – satu kesalahan yang tidak boleh dimaaf,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard pada kenyatan media, hari ini.

 
 
Memetik Philippine Daily Inquirer yang melapor kenyataan Danny Virtudazo, pimpinan kanan negeri Palawan bahawa kira-kira 1,500 lelaki dengan beberapa bot mendarat di Sabah.

Justeru, kata Badrul Hisham yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau, kelewatan kerajaan Malaysia bertindak antara punca kematian dua anggota keselamatan dalam insiden di Lahad Datu.

“Akibat tiada ketegasan, negara berdepan dengan kes kematian. Tidak mustahil orang awam bakal jadi mangsa. Apakah setelah berlaku dua kematian, maka baru kerajaan mahu bertindak?” katanya./KD