Sampai bila warga tentera sekitar Port Dickson mahu ditipu? Kelmarin Najib berkunjung ke Port Dickson siap ditemani oleh beberapa Pegawai Tertinggi Tentera. Untuk apa Najib berkunjung? Tugas rasmi beliau selaku PM? Jangan mahu memperbodohkan rakyat lebih-lebih lagi warga tentera.
Kononnya beliau melakukan lawatan rasmi selaku PM. Gunakan segala peruntukan kerajaan dan kemudahan milik kerajaan di dalam program tersebut. Maka, turunlah beberapa Pegawai Tertinggi Tentera mengiringi tugas rasmi PM itu. Tapi, jika dilihat pada baju dan topi yang dipakai oleh Najib pada program yang disiarkan melalui TV malam tadi, ternyata itu bukan program rasmi selaku PM. Topi dan baju berlambang Dacing itu satu bukti jelas bahawa Najib walaupun baru-baru ini telah memohon maaf kepada rakyat, namun masih angkuh menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik. Menyalahgunakan dana dan kemudahan kerajaan untuk berkempen politik.
Menang saja di Bagan Pinang, Isa Samad terus tunai janjinya dahulu dengan si dia..... |
Warga tentera selalu diperingatkan jangan melibatkan diri secara langsung di dalam program politik. Malangnya, Pegawai Tertinggi Tentera kita lengkap beruniform boleh mengiringi Najib yang melakukan tugas kempen politik, bukan selaku PM. Jelas di dalam ucapannya, Najib berkempen dengan memperlekehkan Pembangkang dan mempromosikan Bn. Inilah pemimpin yang kita ada dan amat menyedihkan Pegawai Tertinggi Tentera kita bersubahat dengan kempen Najib.
Hasilnya apa? Sekali lagi Najib berjanji kepada warga tentera di Port Dickson untuk menyediakan kolam mandi. Najib berjanji untuk menyediakan Padang Futsal. Janji dan janji lagi. Apakah Najib lupa segala janji yang beliau taburkan itu telah didengar oleh warga tentera di Port Dickson sewaktu Pilihanraya Kecil Bagan Pinang lagi di mana akhirnya Isa Samad menang di situ? Mana kolam renang, Padang Futsal dan Wifi yang dijanjikan sewaktu Pilihanraya Kecil itu? Mana Bandar Tentera Darat yang kononnya dibangunkan di Port Dickson? Adakah hanya ada sebiji bangkai perisai diletakkan di simpang masuk dari Lebuhraya Seremban - Port Dickson melalui SiRusa itu sudah cukup untuk dikatakan Port Dickson Bandar Tentera Darat?
Amat menyedihkan, janji sewaktu Isa Samad bertanding pun masih tidak tertunai, kini Najib berjanji lagi benda yang sepatutnya Isa samad telah langsaikan. Sebaliknya, Isa Samad langsaikan kehendak dirinya dahulu di mana selepas menang beliau terus berkahwin sekali lagi. Kemudian, beliau tinggalkan rakyat Port Dickson untuk mencari `harta' dan kedudukan di Felda pula.
Tiada pilihan lain. Warga tentera di Port Dickson harus mengajar pemimpin yang suka berjanji dan berbohong ini. Sifat berani warga tentera ditagih kerana kita bukan pasukan yang boleh diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mereka. Ubah segera, lakukan perubahan DEMI RAKYAT!!
Tentera telah diperbodohkan sejak azali lagi,janji tinggal janji, port dickson dikatakan mahu dijadikan bandar tentera darat tapi cuma janji saja kerana tiada pun usaha untuk merealisasikan janji tersebut, tentera semakin ketinggalan dari segi gaji dan taraf jika dibandingkan dgn kaki tangan kerajaan yang lain, ayuhlah kita humbankan parti yg memperbodohkan warga tentera
ReplyDeleteKeluarga dan sahabat2 saya terdiri ramai daripada bekas anggota tentera, mereka memang meluat dengan kemunafikan para pemimpin kerajaan BN dan pemerintah tertinggi tentera yang mementingkan keroni dan diri sendiri. Seolah-olah anggota tentera ini sebagai eset undi BN yang ampuh (undi pos), bukan sebagai pertahanan utama negara yang berkecuali. Ramai bekas anggota tentera yang terabai setelah pencen. Saya amat-amat berharap agar anggota tentera dan bekas tentera menyedari akan segala kezaliman dan penipuan pemeimpin-pemimpin BN yang zalim dan bersekongkol dengan rejim yahudi apco yang menzalimi dan merampas hak saudara seagama kita di Palestine. Sedarlah wahai saudara tentera ku akan hakikat ini. Mari kita berjuang menumbangkan rejim BN aka APCO ini. Takbir 3x...
ReplyDeletesedih dengan apa yang dialami oleh anggota tentera, tetapi kita harus percaya bahawa beri peluang sekali lagi NTR untuk menerajui negara ini dan kemudian luahkan segala rasa tidak puas hatikepada PM. Perlu ingat bahawa apa yang dilakukan oleh PM sebenarnya sudah baik untuk kita sebagai rakyat malaysia dan anggota tentera. mungkin kesilapan yang tidak diketahui oleh PM ialah sikap sesetengah pemimpin yang mengabaikan tugasnya sebagai pemimpin yang harus menunaikan janji.
ReplyDelete