JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Tuesday, 13 March 2012

Pendedahan penderaan mental, kezaliman terhadap tentera bawahan

 "Semoga ada pihak yang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan serta keluhan yang begitu panjang dan terperinci di bawah ini. Kebenaran di sebalik kemegahan pekerjaan sektor awam (pertahanan negara)

Dari laman web Aduan Rakyat . March 12th, 2012 Dengar sahaja seseorang yang bekerja dalam sektor kerajaan bagaikan satu pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Tidak semua pekerjaan dalam kerajaan dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Artikel ini saya tulis berdasarkan pengalaman dan kehidupan realiti saya dan juga yang dialami oleh orang sekeliling saya. Bidang pekerjaan yang saya maksudkan adalah ‘anggota tentera’.

Kerajaan kita Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi, dan dalam erti kata bukan pemerintahan autokratik, iaitu hanya mendegar arahan oleh pemerintahan sahaja. Tapi keadaan ini tidak berlaku dalam angkatan tentera kita. Ramai anggota tentera mengalami tekanan dan penganayaan bila mneceburi bidang ini.

Saya ingin menumpukan hanya dalam satu bidang sahaja iaitu kebenaran yang saya peroleh dalam kehidupan anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Saya baru berpindah di Pulau Labuan, persekitaran di sini agak mendamaikan kerana tiada kesesakan lalu lintas yang teruk seperti Bandaraya Kuala Lumpur. Penduduk tempatan di sini agak baik walaupun pada mulanya saya tidak biasa dan berasa seperti orang asing.

Yang menjadi permasalahan saya ialah orang-orang semenjung terutama orang-orang atasan disini . Sikap mereka agak teruk kerana melayan pekerja bawahan dengan teruk. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya merupakan isteri kepada salah seorang anggota TUDM. Kehidupan dengan ahli TUDM tidak lah begitu senangy yang digambarkan. Kami para isteri terpaksa berkorban banyak untuk para suami kami.

Ramai yang tidak tahu bahawa meganggotai TUDM memerlukan banyak duit untuk berkhidmat, gaji yang diberi tidak banyak malah anggotanya terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri untuk berbakti kepada negara. Hal ini tidak berlaku pada orang atasan, tetapi orang bawahan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Dimana sikap orang atasan yang tidak menjaga kebajikan orang bawahan mereka. Mereka seperti bangga diri dan tidak mementingkan orang bawahan mereka. Bagi pendapat saya TUDM di pulau Labuan adalah salah satu kawasan yang amat teruk dari segi pengurusan dan pentadbirannya.

Bukan sahaja tidak cukup kakitangan tetapi pihak atasan disini suka mendera atau lebih senang dikatakan membuli pekerja bawahan mereka. Suami saya baru sahaja masuk kursus interaksi untuk kenaikan pangkat sarjan. Saya tengok mereka bukan berkursus tetapi mereka dibuli dengan teruk sekali. Ini adalah kebenarannya. Bukan sahaja mereka sedang di orentasi oleh anggota yang berpangkat ‘Encik’ malah dalam masa yang sama mereka juga terpakse pergi bekerja dalam masa yang sama.

Tiap-tiap malam mereka pulang kerumah pada jam 3 pagi dan kadang-kadang hampir pukul 4 pagi, jika mereka bekerja shift malam, mereka akan terus masuk pejabat dan keesokkan paginya pergi semula ke tempat mereka diorentasi tanpa tidur. Saya tidak faham apa yang penting sangat orentasi ini selepas dinaikkan pangkat sarjan berbanding dengan kerja yang menjaga keselamatan negara. Ramai yang berkata orentasi ini bertujuan untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada mereka pada masa dahulu.

Mereka semua ini seperti orang yang tidak berpegang kuat pada ajaran agama. Setiap agama mengajar kita kebaikan dan mengajar kita supaya tidak meyimpan dendam. Pihak atasan tidak mengikut dan jadikan Nabi Muhamad S.A.W sebagai panduan untuk menjadi pemimpin yang baik. Lihatlah bagaimana nabi kita menjadi seorang pemimpin yang baik dan cekap, bagaimana boleh memenagi kejayaan dalam medan perang.

Jika keadaan ini tidak dibendung, kita akan menghadapi satu masalah yang pada satu masa akan datang. Saya berharap pada suatu masa pihak atasan lebih mengambil berat akan setiap pekerjanya supaya kita semua dapat bekerja dengan gembira dan ikhlas. Suasana ini akan menghasilkan mutu kerja yang baik dari semua pihak. Bidang perkerjaan ini bukan sahaja menyebabkan setiap pekerjanya tertekan dari segi emosi malah kehidupan keluarga mereka juga akan turut terjejas. Setiap kali kursus beribu-ribu duit akan habis untuk selesaikan kursus itu.

Sehingga kami pernah menjual kenderaan kami semata-mata terpaksa meghadiri kursus. Kadang-kala saya berasa sakit hati kerana di Labuan ini apa sahaja yang dilakukan adalah secara paksaan. Orang bawahan selalu dipaksa membuat bayaran untuk menjamu orang atasan. Bukan itu sahaja mereka juga dipaksa membeli baju-baju T-shirt TUDM. Semasa saya tinggal di Kuala Lumpur tiada satu pun baju yang dipaksa beli.

Disini sudah beratus habis hanya untuk membeli baju T-shirt dan untuk buat makan-makan. Di Kuala Lumpur juga kursus induksi ini tidak teruk seperti di sini. RM50 pun dikatakan tidak habis untuk kegunaan kursus ini, ini kerana mereka lebih mementingkan kerja. Di Labuan, baru 3 hari kursus sudah habis hambir rm300. Kenapa mereka terlalu kejam dan tidak berperasaan, ada dikalangan anggota yang mempunyai anak menghadapi masalah untuk membeli susu dan lampin pakai buang anak mereka kerana masalah keawangan.

Pendapatan mereka banyak dihabiskan untuk member kepuasan pada pihak atasan. Makan harian keluarga ini juga hanya ala kadar sahaja. Saya tidak mempunyai cahaya mata jadi perasaan kasihan pada kanak-kanak ini amat mendalam. Mengapa pihak atasan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh orang bawahan mereka.

Bukan sahaja mereka tiada masa dengan keluarga malah masalah kesihatan juga akan timbul, saya terlalu risaukan suami saya, bukan sahaja anggota badan dia mengalami kesakitan iaitu patah bahu danjuga patah kaki tapi kadang-kadang saya heran di masih boleh bertahan mugkin disebabkan semangatnya yang kuat dan tidak mahu dilihat sebagai orang yang lemah dia melakukan kerja harian dan aktiviti seperti biasa.

Malah sudah lama dia muntah darah dan juga buang air besar berdarah. Darahnya bukan sikit tapi terlalu banyak sehinggakan penuh mangkuk tandas. Semasa bertugas di Kuala Lumpur, doktor disana hanya memberitahu itu hanyalah panas dalam badan. Saya memaksa dia untuk berjumpa doktor disini, dan dia dikatakan suspek ulser perut dan memerlukan rawatan lanjut.

Hingga hari ini suami saya masih tiada masa untuk membuat rawatan lanjut. Ulser perut adalah satu penyakit yang agak berbahaya, jika tidak dirawat ia akan membawa kepada kanser dan boleh membawa maut dalam masa yang singkat jika diambil mudah. Di Labuan ini juga dikatakan sudah mempunyai 3 anggota yang kurang siuman tapi mereka tidak dapat lagi disahkan gila kerana kadang-kadang mereka seperti normal.

Hal ini berlaku dikatakan masalah tekanan ayang dihadapi. Saya betul-betul minta bantuan agar masalah ini dapat diselesaikan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ramai juga anggota yang sudah berenti kerana tidak sanggup mengalami tekanan pihak atasan kepada mereka dan terpakse melakukan kerja-kerja yang mengarut dan tidak penting. Sahabat-sahabat suami saya juga kesemua mereka ingin berhenti jika keadaan ini berlanjutan.

Sahabat saya juga memberitahu bahawa kawan suami dia sudah ramai yang berhenti dan mencari kerja lain. Pada 10 mac 2012 iaiatu pada hari sabtu lalu, anggota TUDM telah ,megadakan majlis hari keluarga untuk mes sarjan. Semua para isteri yang dimana suami mereka yang masih berkrusus interaksi tidak menghadiri majlis hari keluarga berkenaan. Ini adalah kerana ingin menjaga air muka para suami yang mana mereka telah disuruh untuk mempersiapkan majlis berkenaan.

Mereka tidak mahu isteri-isteri mereka mendapat malu melihat mereka semua bekerja seperti hamba semasa majlis berkenaan dijalankan. Sepatutnya pihak atasan tidak boleh bertindak demikian kerana semua anggota membayar untuk majlis ini, tapi mereka disuruh bekerja untuk jayakan majlis ini sehingga mereka tidak dapat merasainya.

Selain itu juga tiap-tiap bulan EMT dipotong untuk membayar mes. Apabila mereka minta bajet untuk jayakan majlis mes, pegawai atasan beritahu tiada duit. Di mana semua duit yang dibayar oleh anggota kepada mereka. Sudahlah mereka memotong EMT sesuka hati mereka tanpa diketahui oleh anggota.

Kesemua anggota disini tidak berani bersuara kerana takut gaji mereka disekat dan takut diambil tindakan yang bukan-bukan oleh pegawai atasan.

EMT yang aggota dapat sudah tidak penuh, malah dipotong ikut sesuka hati. Dimana semua keadilan untuk mereka. Mereka dikatakan tiada tempat boleh mengadu kerana semua berkaitan dengan pegawai atasan.

Sebenarnya semua ini berlaku sejak dahulu lagi tapi tiada siapa yang berani mengadu dan dedahkanya kerana terlalu banyak penindasan berlaku. Tiada satu pihak pun yang membuat kajian mengenai peratusan anggota tentera yang berhenti kerja dan juga peratusan anggota tentera yang menjadi tidak siuman.

Semua ini sepatutnya diambil berat kerana jika Malaysia memgalami peperangan kita tidak mempunyai anggota tentera yang bagus, berpengalam dan juga berpengetahuan, yang tinggal hanyalah anggota yang masih baru dan mentah. Sepatutnya anggota yang berkhidmat sudah lama iaitu lebih lima tahun haruslah diberi kelebihan supaya mereka terus kekal untuk berkhidmat.

Perubahan yang hanya nampak baik sekarang adalah kenaikan gaji mereka. Suami saya pernah mendapat kenaikan gaji sebanyak 2 sen sahaja tidak seperti yang digemburkan dalam berita, pergi mana duit tu, kita tidak tahu. Dia juga mengalami masalah gaji iaitu tidak mendapat kenaikan gaji sebanyak dua kali. Ini kerana ada pihak atasan yang tidak berpuas hati dengannya dan menyekat kenaikan gaji suami saya.

Suami saya ingin penyiasatan dilakukan semula mengenai kenaikkan gajinya tetapi memerlukan beberapa dokumen, dan suami saya tidak menyimpanya dan sudah hilang disebabkan asyik berpindah rumah. Jadi dia biarkan sahaja sebab tiada bukti. Kami hanya menganggap tiada rezeki kami.

Permasalan lagi satu yang menjadi saya keliru ialah kerajaan sabah Sarawak memberi setiap anggota elaun sebanyak RM500 seorang, tetapi mereka tidak dapat sebanyak itu, malah diberi berlainan bayaran mengikut pangkat. Apabila sampai di sini juga elaun sara hidup dipotong.

Yang menjadi persoalannya mengapa pihak berkaitan memotong elaun sara hidup kerana itu adalah untuk sara hidup dan elaun sabah Sarawak adalah elaun yang berlainan iaitu elaun kerana anggota sangup berpindah jauh untuk berkhidmat. Dengan artikel ini, saya harap nasib anggota tentera akan lebih terbela.

Bagi mereka yang sering melihat negara kita adalah sebuah negara yang aman damai tanpa sebarang peperangan, itu adalah benar, jika bagi mereka anggota tentera tidak bekerja kerana tiadanya perang, mereka silap sama sekali. Malah mereka bekerja lebih teruk dan lebih masa tanpa mendapat sebarang ganjaran.

Mereka yang tidak hadapi situasi ini mereka tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya. Inilah hakikat disebalik kemegahan yang selalu kita lihat hari ini. Saya harap perkara ini tidak diambil mudah. Pertahanan Negara amat penting dalam sesebuah negara sebab itulah di negara barat gaji anggota tentera adalah yang paling tinggi kerana bermacam risiko yang mereka akan hadapi. Saya memikirkan pada masa akan datang tiada sesiapa yang akan menganggotai angkatan tentera Malaysia kerana masalah ini diambil mudah oleh pihak yang berkaitan.

Mereka akan lihat tiada apa kelebihan hanya tekanan hidup yang akan mereka hadapi. Penyelarasa gaji yang diumumkan oleh perdana menteri kita baru ini telah mengembirakan ramai kakitangan awam. Saya masih ragu-ragu akan kenaikan gaji ini dalam sektor awam yang berkaitan dengan anggota tentera kerana setiap kali kenaikan gaji dihebohkan di media masa masa dan media cetak, keadaan yang berlaku tidak seperti yang di gambarkan.

Orang bahawahan hanya menerima kenaikan gaji yang sedikit sahaja tidak seperti yang digambarkan oleh media masa. Kelebihan kenaikan gaji ini hanya diperoleh oleh orang atasan yang sudah mempunyai pendapatan dan taraf hidup yang tinggi. Kita semua tunggu dan lihat sahaja bagaimana penyelarasan gaji ini diagihkan. Adakah seperti dahulu yang hanya mementingkan gaji orang atasan sahaja atau berita gembira untuk orang yang bekerja keras seharian berbanding orang atasan yang hanya tahu mengarah orang bawahan membuat kerja.

Saya, sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga yang sudah melalui pengalaman ini amat kesal dengan apa yang berlaku. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di sini sahaja, malah berlaku di setiap kawasa. Bilakah semua ini akan berakhir, tiadakah orang yang mahu membela nasib mereka.

Secara kesimpulan semua ini berkaitan dengan wang dan juga pangkat dan darjat seseorang. Bak kata, orang yang senang bertambah senang, orang yang susah bertambah susah. Dunia sudah tebalik, orang bawahan menjaga kebajikan orang atasan. Tiada lagi hormat tapi hanya ketakutan.

Sedar lah wahai manusia hukumnya memakan hasil titik peluh orang lain dan apabila kita mati semua umat islam hanya memakai kain kapan berwarna putih, tiada lagi pangkat tiada lagi kemegahan, semua akan sama rata. JIka ada sesiapa yang membaca artikel ini silalah memberi pandangan terhadap kes ini dan berilah komen-komen untuk menyelesaikannya dan agar dapat menyedarkan mana-mana pihak yang berkaitan.

Hal ini berlaku pada semua anggota tentera di Malaysia yang bertugas bukan sahaja TUDM. Tolonglah hentikan penindasan ini yang tidak memberi apa-apa manfaat tapi musibah semata-mata. Ini hanyalah luahan yang sudah lama terbuku dan semua orang boleh bersuara dan memberi pandangan mereka masing-masing. Saya harap kita semua mendapat satu kehidupan yang tanpa permainan duniawi, terus pandang kehadapan, hilangkan rasa iri hati, dendam, pentingkan diri dan timbulkan kebaikan dalam diri kita, hidup pasti akan sejahtera walaupun sederhana.

By: Peacegurlz84


1 comment:

  1. APABILA SAYA MEMBACA TULISAN INI SAYA RASA TERKEJUT. ADA BANYAK PERKARA YANG TIDAK BEBERAPA LOGIK. PUAN TAHU, DALAM TENTERA PERLU BUKTI. TOLONG MAJUKAN SEMUA BUKTI SUPAYA SAYA BOLEH BANTU PUAN. CONTOH: BORANG PENERIMAAN EMT, BORANG LAPUR SAKIT/JUMPA DOKTOR/LAPORAN DOKTOR, ARAHAAN AKTIVITI/BAYARAN MES SJN, PENGESAHAN ANGGOTA MENGALAMI TEKANAN JIWA DI LABUAN,DAN SEBAGAINYA. UNTUK MAKLUMAT PUAN SAYA TELAH BERKHIDMAT DI LABUAN SELAMA 5 TAHUN DAN SAYA TAK PERNAH DENGAR PERKARA SEUMPAMA INI. SILA HANTARKAN KE rahidinjalil@gmail.com SAYA AKAN MAJUKAN PERKARA INI JIKA IANYA BENAR.

    ReplyDelete