Wakil KOBAT Keadilan Pahang malam tadi (05 Mac 12) tampil berceramah di perkarangan Ibu Pejabat Keadilan Temerloh, Taman Saga, Mentakab. Turut berceramah malam tadi adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard atau Badrul Hisham Shahrin.
KOBAT memperjelaskan matlamat perjuangannya iaitu untuk membela nasib dan hak warga tentera/perajurit termasuk mereka yang telah bersara. Warga tentera diingatkan agar tidak memejam mata dengan perkembangan politik semasa kerana corak pemerintahan dan dasar kerajaan ditentukan oleh pemimpin-pemimpin politik. Justeru itu, wajar bagi warga tentera memilih parti politik yang mempunyai agenda yang jelas untuk kebaikan warga tentera/bekas tentera/perajurit.
Wfauzdin NS - Wakil KOBAT dan Blogger |
Pemberian `One Off' berjumlah RM3,000 kepada semua bekas kakitangan KEMAS yang pernah berkhidmat melebihi 5 tahun yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah merupakan salah satu contoh bagaimana kerajaan tidak berlaku adil kepada bekas-bekas tentera/Polis malahan kakitangan awam yang lain. Apakah mereka selain dari KEMAS tidak pernah berjasa kepada negara? Atau, pemberian kepada bekas kakitangan KEMAS ini mempunyai agenda politik menjelang PRU nanti kerana KEMAS sememangnya dikenali sebagai alat kempen politik Umno.
Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan Pusat, KOBAT akan memperjuangkan hak bekas-bekas tentera/perajurit untuk memiliki sebidang tanah samada melalui Felda Platation atau sebagainya sekurang-kurangnya satu lot tanah untuk kediaman. Gaji minima RM1, 500 buat warga tentera juga akan diperjuangkan agar gaji seluruh peringkat warga tentera berpatutan dengan ekonomi keadaan ekonomi sekarang. Begitu juga dengan pencen bekas-bekas tentera/perajurit seharusnya dipertingkatkan dengan beberapa kemudahan lain yang sesuai buat mereka sebagai bekas perajurit.
InsyaAllah, malam ini (06 Mac 12) bertempat di Markas PAS Felda Cini 3, Pekan, wakil KOBAT akan berkongsi pentas ceramah bersama Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said. Orang ramai dijemput hadir.
No comments:
Post a Comment