JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Sunday, 8 December 2013

BENCANA BANJIR - HARAPAN TINGGI BUAT PASUKAN KESELAMATAN UNTUK BERTINDAK PROFESIONAL

KOBAT mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga pasukan keselamatan, tentera, polis, Pertahanan Awam, Rela, Bomba dan seangkatan dengannya yang sehingga kini menampakkan kesungguhan untuk membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir di beberapa daerah di Pahang dan juga Terengganu, iaitu dua buah negeri yang agak kritikal dengan bencana banjir sekarang ini.

Meskipun terdapat beberapa rungutan dari beberapa pihak dan masyarakat sendiri yang menyatakan bantuan yang sepatutnya lebih awal kepada mangsa-mangsa banjir tetapi agak lewat, namun bagi kami keadaan itu tidak boleh ditudingkan terus kepada pihak keselamatan kerana mereka juga beroperasi mengikut arahan yang tertinggi.

Kami yakin, berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lebih hebat dari ini, pasukan keselamatan kita terutamanya dari pihak tentera mereka tidak banyak masalah untuk memberikan bantuan secepat kilat kepada penduduk yang menjadi mangsa, namun kita harus memahami mereka juga terikat dengan protokol dan prosedur yang tertentu yang datangnya dari Kementerian Pertahanan.  Begitu juga pihak Polis dan yang lainnya arahan mesti dipatuhi yang datangnya dari Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab.

Sehingga kini, KOBAT menaruh kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada pasukan keselamatan agar boleh bertindak dengan profesional tanpa terikut dengan rentak politik mana-mana pihak.  

Syabas semua.

Thursday, 28 November 2013

DATUK FAUZI BEKAS PENGARAH JSJ PDRM KINI DI WAD ICU

 
Melalui berita yang disiarkan oleh beberapa media, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang akibat jangkitan kuman di hati dan buah pinggang.  Beliau yang juga calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam.

Beliau kini dilaporkan tidak sedarkan diri dan pihak hospital sedang memantau keadaannya. Kami dari KOBAT sentiasa mendoakan agar beliau cepat sembuh dan pulih seperti sediakala agar dapat meneruskan perjuangannya setelah berkhidmat dari Pasukan Polis dengan cemerlang.
 
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan yang baik untuk beliau, InsyaAllah.

Friday, 1 November 2013

MOHON SOKONGAN RAKAN-RAKAN SEMUA

ANDA mungkin telah mengetahui kewujudan Radio KOBAT FM, iaitu Radio Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) stesen radio internet yang bersiaran selama 24 jam. Siaran radio ini anda boleh ikuti melalui TUNEiN sekiranya anda mempunyai tel bimbit, Tab atau Ipad yang mempunyai aplikasi Anroid. Taip saja "KOBAT FM' pada carian TUNEiN anda.




Sekiranya ingin mendengar siaran radio ini melalui blog atau link, anda boleh klik pada http://kobatfm.blogspot.com . Blog ini dan juga beberapa blog telah pun mempunyai siaran radio ini secara automatik. Masih banyak kekurangan pada radio KOBAT FM, terutamanya tenaga DJ yang setakat ini dikendalikan oleh saya selaku DJ tetap dan DJ sementara iaitu DJ Kak Em. Sehubungan itu, DJ akan bersama anda pada waktu-waktu tertentu yang mana kami akan hebahkan terlebih dahulu melalui FaceBook saya, FaceBook DJ Kak Em, FaceBook Kelab Kobat FM Pendengar dan juga di Fanpages KOBAT FM sendiri.




Radio ini mempunyai objektif untuk memberikan hiburan kepada anda di samping menyampaikan maklumat-maklumat atau isu-isu semasa khususnya berkaitan politik. Tentunya radio ini membawa agenda Pakatan Rakyat kerana ianya diasaskan oleh PKR Pahang dan diresmikan oleh Ketua Umum, DS Anwar sendiri.

Namun demikian, sebagaimana yang kita maklum mengendalikan radio internet banyak cabarannya terutama di dalam menguruskan dana bagi menampung operasi radio ini. Kita maklum, radio internet yang bersiaran 24 jam memerlukan belanja yang besar. Kami bernasib baik pada awal penubuhannya kami telah menerima beberapa bantuan daripada pihak-pihak tertentu dan individu yang menyokong kewujudan radio alternatif ini. Namun, setiap bulan kami terpaksa menampung kos pembiayaan internet dan server dan tugas DJ di radio KOBAT FM ini tidak bergaji dan sukarela. Bagi kami itu tidak penting, yang pentingnya adalah pengurusan radio ini.

Kami sedang berusaha untuk mencari mana-mana pihak yang sanggup menaja siaran kami. Bagi anda yang tidak berkemampuan untuk membantu kami, memadailah anda semua menyokong usaha kami dengan mendengarkan siaran kami terutamanya sewaktu DJ bertugas. Justeru itu, saya memohon jasa baik anda yang ikhlas menyokong usaha kami ini untuk menyertai Fanpages KOBAT FM agar segala maklumat berkaitan radio ini dapat kita kongsikan bersama.

Untuk menyertai Fanpages KOBAT FM, anda hanya perlu klik di link yang diberikan ini dan LIKE sahaja. Sokongan anda amat kami hargai agar radio ini terus dipanjangkan hayatnya, InsyaAllah. Klik di sini ----->
https://www.facebook.com/KobatFm?ref=hl

Saturday, 26 October 2013

BAJET 2014 PAKATAN RAKYAT MENJADIKAN ATM LEBIH TELUS, BERMARUAH

Perolehan Pertahanan

Selepas jatuh lebih jauh dari ‘D’ kepada ‘E’ (risiko yang sangat tinggi) pada Januari 2013, ini meletakkan Malaysia dalam kumpulan yang sama dengan negara negara seperti China, Afghanistan, Bangladesh, Zimbabwe dalam Indeks Anti Rasuah Pertahanan. Ini bermakna Malaysia dianggap mempunyai risiko rasuah yang sangat tinggi dalam perbelanjaan dan operasi pertahanan.

Memandangkan betapa besarnya bajet peruntukan bagi pertahanan dan keselamatan, yang bernilai RM23 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke 10, Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Kira
kira Pertahanan atau jawatankuasa pengawasan parlimen yang bersifat dwipartisan, untuk menyemak perbelanjaan pertahanan. Sehingga kini, tidak ada pengawasan ke atas pembelian dan perolehan pertahanan, tidak juga di dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang menyelia semua jenis perbelanjaan lain kerajaan yang tidak diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

Pakatan Rakyat menegaskan bahawa proses perolehan termasuk jawatankuasa pembuat keputusan hendaklah terdiri daripada ahli -ahli parti pemerintah dan pembangkang melalui perundingan dengan kumpulan kumpulan pakar awam untuk mengelakkan potensi amalan rasuah dan pembelian peralatan 'tidak perlu' yang tidak strategik pada bila-bila masa terutamanya jika kita mengambil kira Persefahaman Pertahanan Lima Negara (FPDA). Sebagai contoh, di bawah FPDA, prospek serangan tentera konvensional di negara kita telah berkurangan yang tidak menjadi jaminan bagi pembelian peralatan baru tertentu untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dan ini seterusnya akan menjimatkan berbilion ringgit wang rakyat. Penjimatan ini seterusnya boleh digunakan untuk pembangunan dalaman penyelidikan pertahanan dan pembangunan yang dapat membantu kita dari terlalu bergantung kepada peralatan tentera asing, satu lagi potensi penjimatan dalam jangka masa panjang.

Satu lagi potensi penjimatan adalah dengan menggunakan pakar-pakar pertahanan awam yang boleh memberi pandangan berguna dalam teknologi pertahanan dan peralatan terkini, memaksimumkan strategi taktikal dan penggunaan sumber-sumber modal. Jika kesemua ini diambil kira, Pakatan Rakyat menganggarkan hampir RM3.5 bilion dapat dijimatkan daripada perolehan pertahanan.
 
Untuk ikuti sepenuhnya Bajet 2014 Pakatan Rakyat, Sila Klik di http://www.pakatanrakyat.my

Monday, 30 September 2013

BUAT BEKAS TENTERA, CUKUP, CUKUP SUDAH !!

PRU 13 telah pun berlalu.  Najib telah pun menjadi PM melebihi 100 hari.  Jika di dalam janji PR yang kita dengar sewaktu kempen PRU 13 yang lalu di antaranya adalah "Hari Ini Perintah, Esok Harga Minyak Turun" kini hanya menjadi impian apabila masih ada rakyat yang mahu lebih dari itu dari "Janji DiCapati Oleh Bn".  Apakah yang telah mereka buat selepas mereka dipilih semula (bantuan SPR) walaupun hanya 47% sahaja rakyat yang mengundi mereka?

Kita tidak mahu melihat perkara-perkara remeh, kita lihat isu-isu besar hasil tangan Kerajaan Bn setelah mereka mendapat kuasa;

Pertama, kenaikan harga minyak.  Ini isu besar buat seluruh rakyat Malaysia.  Sebelum PRU 13, mereka naikkan harga RON 97 atas alasan mengikut harga pasaran dunia.  Apabila rakyat bising dan merungut, Menteri mereka kata kerajaan prihatin sebab itulah harga minyak RON 97 sahaja yang dinaikkan kerana menyedari majoriti rakyat menggunakan RON 95.  Maka, RON 95 dijanjikan tidak akan dinaikkan.

Nah, sekarang mereka telah berkuasa.  Apa yang mereka buat?  Mereka lupa janji mereka dan RON 95 dinaikkan walaupun waktu itu harga minyak dunia turun kerana krisis di Mesir dan Syria.  Kenaikan 20 Sen kata Menteri bukan kenaikan harga minyak, tetapi penarikan Sabsidi sahaja.  Lihatlah betapa bijaknya mereka menipu rakyat terutama mereka yang telah mengundi mereka di dalam PRU 13 yang lalu.  Kita dari PR sememangnya sudah kenal Bn ini begitu lama, malangnya masih ada yang terus menerus mahu ditipu dan diperbodohkan.

Apa kesannya kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu?  Anda boleh jawab sendiri kerana jawapannya ada apabila anda membeli-belah barang keperluan dapor sekarang.  Itu belum dibahas isu kenaikan harga ayam dan kenaikan harga gas memasak, semuanya berlaku selepas Bn menjadi Kerajaan 47%.  

Paling penting buat bekas tentera, sewaktu di dalam kempen PRU 13 yang lalu, PR berjanji akan memberikan Elaun Sara Hidup kepada semua bekas tentera yang tidak berpencen di samping menaikkan pencen kepada pesara-pesara tentera yang berpencen.  Bahkan, KOBAT sendiri berusaha menyediakan Memorandum Tuntutan KOBAT dan diserahkan terus ke tangan Ketua Pembangkang/Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Di dalam memorandum tersebut, berbagai-bagai keistimewaan telah kami mohon buat warga tentera dan bekas tentera (berpencen/Tidak).  

Di dalam janji Bn juga, mereka ingin berikan elaun khas buat pesara tentera yang tidak berpencen.  Sekarang telah beberapa bulan mereka menjadi kerajaan.  Ingin kita bertanya, sudahkan anda bekas tentera yang tidak berpencen mendapat elaun yang mereka janjikan itu?  Sekali lagi kita terpedaya dengan omongan rejim yang hanya mahu kuasa.  PR menjanjikan lebih dari itu, bukan sahaja berkaitan elaun atau gaji, bahkan kami di dalam PR menjanjikan tanah sekurang-kurangnya untuk mendirikan rumah buat bekas tentera yang masih tidak memiliki rumah sendiri.

Apakah kita masih mahu menaruh harapan kepada mereka lagi?