JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Thursday, 5 April 2012

PANGKAT `KOLONEL KEHORMAT' UNTUK DATUK K? APA JASA BELIAU?



Di saat warga tentera dikatakan begitu sukar untuk dinaikkan pangkat, terpaksa menghadiri beberapa kursus dan ada yang berkali-kali menghadiri Lembaga Kenaikan Pangkat tetapi masih tidak dinaikkan pangkat atas beberapa sebab tertentu, tiba-tiba begitu mudah Menteri Pertahanan mengurniakan pangkat Kolonel Terhormat kepada Pengerusi Eksekutif Ace Global Ventures Sdn Bhd yang juga suami kepada penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. 

Menurut laporan sebuah portal berita, anugerah disampaikan pada majlis perhimpunan bulanan dan pemakaian pangkat kehormat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur baru-baru ini.  Apa jasa Datuk K ini?  Batalion atau Rejimen AW manakah yang beliau ketuai?  Adakah kerana `hubungan istimewa' beliau dengan Zahid Hamidi, maka semudah itu pangkat itu diberikan?  Adakah anugerah ini tidak melanggar peraturan yang ditetapkan?  

Amat malang sekali apabila pangkat di dalam ATM seperti begitu `murah' sekali.  Di mana letaknya kedaulatan pasukan beruniform kita jika sewenang-wenangnya pangkat ini diberikan tanpa kita perjelaskan apakah keistimewaan atau pengorbanan Datuk K selama ini terhadap ATM?  Apakah suatu hari nanti pelakun, artis mahupun Juara Lawak pun akan dikurniakan pangkat sebegini? /Sumber

Tuesday, 3 April 2012

BEKAS TENTERA: BN KEHILANGAN UNDI TENTERA

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan bukan pembangkang yang menyaksikan kemerosotan sokongan daripada mereka yang berkhidmat di dalam tentera, kata Persatuan Veteren Tentera Udara Diraja Malaysia.

Presidennya Shahrin Osman berkata, berdiam diri kerajaan ke atas kontroversi yang menyelubungi perolehan tentera boleh menyebabkan tindak balas pilihanraya. "Pembangkang memberitahu cerita-cerita ini, warga tentera dan bekas-bekas tentera akan mengundi untuk pembangkang," kata bekas Sarjan Penerbangan itu.

"Kerajaan harus menentang tuntutan-tuntutan ini dengan membuktikan kepada orang ramai apa yang mereka lakukan itu betul. Tetapi masalahnya tidak ada pendekatan dari kerajaan untuk mengatasi masalah ini, "katanya kepada FMT.

Beliau menjawab kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Latiff Ahmad yang memberitahu Parlimen semalam bahawa mempolitikkan isu perolehan peralatan tentera akan menyinggung perasaan warga tentera dan mereka pasti akan menyokong BN.

Shahrin juga berkata bahawa kebanyakan bekas anggota tentera tidak mempercayai media arus perdana, terutamanya Utusan Malaysia milik Umno.

"Saya hanya bercakap dengan sebahagian daripada mereka, dan mereka mengatakan mereka tidak membaca Utusan sekarang. Ia hanya membawa 'kisah-kisah manis' (dari kerajaan), "katanya.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Pakatan Rakyat telah mempersoalkan perolehan peralatan pertahanan kerajaan.

Ini termasuk salvos terhadap kapal selam Scorpene, RM9 bilion untuk enam Pertempuran Kapal pesisir (LCS), kira-kira RM2 bilion untuk Mindef projek IT, RM7.55 bilion untuk pembawa perisai dan perkara-perkara lain./FMT (Terjemahan dari B.Inggeris)

Monday, 2 April 2012

KOBAT CERAMAH DI KERATUNG 6 - TENTERA DILARANG IKUTI CERAMAH POLITIK?

Pada 31 Mac 2012 baru-baru ini, bertempat di Markas PAS Keratung 6, Rompin, wakil KOBAT PKR Pahang Sdr Wfauzdin NS telah hadir berceramah bersama dengan Ketua Keadilan Cabang Rompin, Sdr Rabidin, Us Suhaimi (Ketua Penerangan Pas Kawasan) dan juga seorang kakitangan kerajaan yang juga Pegawai Khas MTD iaitu Sdr Zulkifli Md Tan. 


Wakil KOBAT telah berucap dengan menjelaskan beberapa isu di antaranya bagaimana warga tentera telah diberi arahan agar tidak mengikuti sebarang ceramah politik sedangkan mereka digalakkan untuk mengundi di dalam Pilihanraya.  Arahan ini jelas bertentangan dengan Perintah Majlis Angkatan Tentera Tahun 1973.

Beliau juga menyebut tentang isu di mana bekas kakitangan KEMAS yang pernah berkhidmat melebihi 5 tahun diberikan wang tunai `One Off' sebanyak RM3 Ribu kerana mereka dikatakan telah berjasa kepada kerajaan.  Bagaimana pula dengan bekas anggota tentera dan Polis yang pernah berkhidmat melebihi 5 tahun tetapi tidak berpencen?  Adakah mereka tidak pernah berjasa kepada negara?

Janji PR untuk memberikan tanah kepada bekas-bekas tentera yang layak sepatutnya diberi sokongan oleh bekas tentera dan warga tentera itu sendiri.  Begitu juga dengan isu keselamatan yang dianggap semakin tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan.  Bagaimana seorang awam, Blogger pro Umno yang terkenal dengan kisah-kisah fitnah seks di dalam Blog beliau boleh bebas memasuki kapal selam kepunyaan ATM baru-baru ini.

Berbagai-bagai isu lain juga turut dijelaskan oleh wakil KOBAT malam semalam termasuk isu-isu politik semasa. 

Saturday, 31 March 2012

KOBAT BERCERAMAH DI KERATUNG 6 MALAM INI (31 MAC)

Malam ini (Sabtu - 31 Mac 2012) jam 09.00 malam, bertempat di Markas PAS Keratung 6, Rompin akan diadakan Ceramah Umum dari Pakatan Rakyat.  

Wakil KOBAT, juga seorang Blogger Wfauzdin NS akan berceramah pada malam ini bersama pimpinan PKR dan PAS Pahang.  Kepada semua warga tentera/Polis dan juga bekas tentera/Polis dijemput hadir beramai-ramai malam ini untuk mengetahui apakah bentuk pembaharuan yang boleh dilakukan oleh PR terhadap Angkatan Tentera khususnya dan pasukan keselamatan, amnya.


Sunday, 25 March 2012

NAJIB BERJANJI LAGI PADA TENTERA, JANJI ISA SAMAD NAJIB YANG PIKUL

Sampai bila warga tentera sekitar Port Dickson mahu ditipu?  Kelmarin Najib berkunjung ke Port Dickson siap ditemani oleh beberapa Pegawai Tertinggi Tentera.  Untuk apa Najib berkunjung?  Tugas rasmi beliau selaku PM?  Jangan mahu memperbodohkan rakyat lebih-lebih lagi warga tentera.

Kononnya beliau melakukan lawatan rasmi selaku PM.  Gunakan segala peruntukan kerajaan dan kemudahan milik kerajaan di dalam program tersebut.  Maka, turunlah beberapa Pegawai Tertinggi Tentera mengiringi tugas rasmi PM itu.  Tapi, jika dilihat pada baju dan topi yang dipakai oleh Najib pada program yang disiarkan melalui TV malam tadi, ternyata itu bukan program rasmi selaku PM.  Topi dan baju berlambang Dacing itu satu bukti jelas bahawa Najib walaupun baru-baru ini telah memohon maaf kepada rakyat, namun masih angkuh menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik.  Menyalahgunakan dana dan kemudahan kerajaan untuk berkempen politik.

Menang saja di Bagan Pinang, Isa Samad terus tunai janjinya dahulu dengan si dia.....

Warga tentera selalu diperingatkan jangan melibatkan diri secara langsung di dalam program politik.  Malangnya, Pegawai Tertinggi Tentera kita lengkap beruniform boleh mengiringi Najib yang melakukan tugas kempen politik, bukan selaku PM.  Jelas di dalam ucapannya, Najib berkempen dengan memperlekehkan Pembangkang dan mempromosikan Bn.  Inilah pemimpin yang kita ada dan amat menyedihkan Pegawai Tertinggi Tentera kita bersubahat dengan kempen Najib.

Hasilnya apa?  Sekali lagi Najib berjanji kepada warga tentera di Port Dickson untuk menyediakan kolam mandi.  Najib berjanji untuk menyediakan Padang Futsal.  Janji dan janji lagi.  Apakah Najib lupa segala janji yang beliau taburkan itu telah didengar oleh warga tentera di Port Dickson sewaktu Pilihanraya Kecil Bagan Pinang lagi di mana akhirnya Isa Samad menang di situ?  Mana kolam renang, Padang Futsal dan Wifi yang dijanjikan sewaktu Pilihanraya Kecil itu?  Mana Bandar Tentera Darat yang kononnya dibangunkan di Port Dickson?  Adakah hanya ada sebiji bangkai perisai diletakkan di simpang masuk dari Lebuhraya Seremban - Port Dickson melalui SiRusa itu sudah cukup untuk dikatakan Port Dickson Bandar Tentera Darat?

Amat menyedihkan, janji sewaktu Isa Samad bertanding pun masih tidak tertunai, kini Najib berjanji lagi benda yang sepatutnya Isa samad telah langsaikan.  Sebaliknya, Isa Samad langsaikan kehendak dirinya dahulu di mana selepas menang beliau terus berkahwin sekali lagi.  Kemudian, beliau tinggalkan rakyat Port Dickson untuk mencari `harta' dan kedudukan di Felda pula.

Tiada pilihan lain.  Warga tentera di Port Dickson harus mengajar pemimpin yang suka berjanji dan berbohong ini.  Sifat berani warga tentera ditagih kerana kita bukan pasukan yang boleh diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mereka.  Ubah segera, lakukan perubahan DEMI RAKYAT!!

Friday, 23 March 2012

ARAHAN BERKAITAN PILIHANRAYA MULA DIKELUARKAN TANDA PRU SEMAKIN DEKAT?

Bahang Pilihanraya Umum semakin terasa.  Ramai menjangkakan PRU kali ke 13 akan diadakan selewat-lewatnya bulan Jun ini nanti.  Kami dimaklumkan bahawa setiap kem tentera telah menerima surat pekeliling tentang persediaan menghadapi Pilihantaya Umum yang disebut di dalam surat itu akan diadakan `tidak beberapa lama lagi'.

Kem-kem tentera telah diberi arahan tertentu yang akan kami siarkan kemudian.  Apa yang perlu disebut di sini, terdapat arahan dari pihak atasan yang jelas melanggar arahan yang terkandung di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) sendiri.

Apa pun, KOBAT menyeru agar warga tentera terus menjadi seorang perajurit yang berani kerana benar, kesetiaan kepada Ikrar Kesatriaan mereka bukan kepada pihak tertentu yang hanya mempergunakan mereka untuk terus berkuasa.  Lakukan Perubahan.

Wednesday, 21 March 2012

BANTUAN BR1M UNTUK WARGA TENTERA - KEMPEN POLITIK DI DALAM KEM?

Pagi semalam (20 Mac 2012), sekali lagi kempen politik berlaku di dalam kem tentera di Kuantan iaitu di Kem Batu 10.  Sebelum ini, Menteri Pertahanan bersama dengan MP Paya Besar dan Adun Pulau Manis berkunjung ke kem yang sama di 12 RAMD, berkempen agar warga tentera menyokong pimpinan Najib. 

Najib adalah MP Pekan, iaitu Parlimen di mana warga tentera sekitar Kem Batu 10 akan mengundi, begitu juga dengan Dun Pulau Manis yang kini diwakili oleh YB Khairuddin.

Semalam, di dalam program memberikan bantuan BR1M kepada warga tentera, Adun Pulau Manis YB Khairuddin hadir untuk menyerahkan baucher.  Semua tahu BR1M bukannya peruntukan dari Adun, tetapi untuk apa YB Khairuddin hadir menyampaikannya?  Bukankah lebih manis jika hanya Panglima 4 Briged Mekanise atau mana-mana wakil pegawai kanan sahaja yang menyerahkan baucher berkenaan?

Warga tentera yang ditemui berkata, paling meluat apabila YB Khairuddin berkempen politik di dalam ucapannya.  Warga tentera merasa seolah-olah mereka umpama peminta sedekah yang dipaksa berkumpul untuk mendengar ceramah politik untuk mendapatkan hak mereka.

Sahih lah, pilihanraya tidak lama lagi.  Warga tentera tidak akan dapat diperbodohkan dengan hanya RM500, sedangkan PR menawarkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan juga hak milik tanah buat yang layak untuk mereka.