JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Monday, 19 August 2013

KEKEJAMAN TENTERA DAN POLIS DI MESIR WAJIB DIKUTUK DAN DILAKNAT, MENGAPA KERAJAAN MALAYSIA BERDIAM DIRI?

Sehingga kini dilaporkan lebih 4, 500 orang penyokong Morsi di Mesir telah terkorban semenjak krisis di Mesir berlaku akibat rampasan kuasa oleh Tentera sehingga sekarang Presiden Mesir yang sah iaitu Morsi tidak dapat dikesan.

Mengikut jurucakap Media Ikhwan Muslimin, Gehad El Haddad bahawa kebanyakan yang syahid telah ditempatkan di beberapa masjid dan juga di bilik mayat Hospital.  Pembunuhan beramai-ramai oleh tentera yang belot terhadap kerajaan sah pimpinan Morsi dikutuk seluruh dunia kecuali oleh beberapa negara yang terang-terang penyokong kuat kepada puak yang bermusuh dengan Ikwan Muslimin sejak dahulu lagi.  Negara kita sehingga kini tidak tegas di dalam mengecam kekejaman tentera di Mesir dan ianya menimbulkan persoalan adakah negara kita juga turut menjadi musuh ketat kepada Ikhwan Muslimin?


Pembunuhan beramai-ramai oleh Tentera di Mesir ini bukan sahaja tertumpu kepada rakyat biasa yang menyokong Morsi, tetapi turut mensasarkan para Alim Ulamak di Mesir yang bangun berjihad menentang musuh Islam ini.  Salah seorang Ulamak yang terbunuh adalah Pensyarah Tafsir di Kuliah Usuluddin Al – Azhar. Dr Abdul Rahman Uwais, syahid setelah telah ditembak di Medan Rabaah.  Mengikut perkembangan lain dilaporkan, Dr Muhammad Sayyed Ramadhan yang merupakan salah seorang anggota Majlis Syura juga telah gugur syahid di Medan Rabiatul Adawiyah. Beliau adalah warga Bani Suwef dan berasal dari Perkampung Balivia. 
 
 
Anak perempuan kepada seorang tokoh Ikhwan Muslimin, Asmaa Mohamed El Beltagi, 17, turut menjadi mangsa kekejaman tentera Mesir selepas terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan oleh pihak tentera.
Pasukan tentera dan polis Mesir bertindak lebih kejam apabila membakar Masjid Rabiatul Adawiyah dan Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah secara keseluruhannya.  Dilaporkan, terdapat jenazah-jenazah penyokong Morsi yang dibakar yang mana dipercayai dilakukan pihak tentera bagi menghapuskan bukti pembunuhan.  Menurut saksi di tempat kejadian, Muhammad Noah Al ghazali, seramai lebih kurang 300 jenazah yang rentung dikeluarkan dari Masjid Rabiatul Adawiyah yang telah dibakar.
 
Kekejaman tentera dan Polis di Mesir memang wajib dikutuk walau apa pun alasan mereka kerana menjadikan rakyat sebagai mangsa kepentingan politik dan kuasa yang dirampas secara keji daripada kerajaan yang sah.  Sesiapa sahaja yang menghalalkan tindakan tentera dan Polis di Mesir yang telah mengorbankan rakyatnya sendiri, memang wajar dikutuk bahkan dilaknat oleh seluruh umat Islam yang cintakan keamanan.

No comments:

Post a Comment