Mendapat maklumat bahawa hasrat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan Solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam kelmarin tidak kesampaian akibat larangan yang samasekali tidak masuk akal, begitu mengecewakan.
Diberitakan kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan itu yang juga Mursyidul Am PAS ke masjid berkenaan di atas undangan jemaah masjid dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan Tok Guru bertandang ke masjid berkenaan sama seperti beberapa tokoh dan pemimpin Umno yang sering bertandang ke masjid berkenaan.
Menurut Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan. Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.
Jika benar larangan ini dibuat hanya kerana arahan politik, ianya amat memalukan warga tentera sebenarnya kerana memperlihatkan betapa dayusnya segelintir pegawai-pegawai tentera bila berdepan dengan tokoh-tokoh politik yang mengongkong mereka sedangkan tiada alasan munasabah untuk mereka mematuhi arahan berkenaan.
Mengapa warga tentera khususnya para pegawai yang 'berpaku-paku' pangkatnya itu begitu lemah bila berdepan dengan orang politik sedemikian? Sepatutnya orang politik lah yang takut atau segan dengan warga tentera tetapi ini berlaku sebaliknya. Jika benar masjid di bawah kawalan ATM tidak membenarkan mana-mana pemimpin politik bertandang, sepatutnya ia dilakukan secara adil tanpa mengira siapa.
No comments:
Post a Comment