Peluang untuk warga tentera, khususnya warga TLDM sekitar kawasan Balok
Makmur yang bertugas di Pengkalan TLDM termasuk juga pasukan Polis
Hutan, pesara-pesara tentera/keselamatan kerana pada 28hb Mac 2013
(Khamis) ini, mulai jam 09.00 malam bertempat di Markas PAS Balok Makmur
akan dikunjungi oleh dua tokoh hebat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan
Laksamana (B) Haji Imran, bekas Pegawai Kanan TLDM.
Isu keselamatan dan beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam ATM
bakal dapat kita kongsikan bersama apabila kedua-dua tokoh ini tampil
berpidato pada malam tersebut. Benarkah wang simpanan tentera (LTAT)
telah disalahgunakan untuk pemimpin Umno? Benarkah pembelian peralatan
senjata memberikan kekayaan kepada kroni melalui komisyen yang tinggi?
Apa yang terjadi sebenarnya di Lahad Datu sekarang?
Itu semua bakal kita ketahui pada malam tersebut. Sehubungan itu, orang
ramai terutamanya warga tentera/Polis diseru untuk hadir beramai-ramai
di Markas PAS Balok Makmur pada tarikh yang dinyatakan.
No comments:
Post a Comment