JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Monday 14 May 2012

Pakatan angkat profesionalisme polis jika diberi mandat- Anwar

MELAKA 13 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat berjanji akan mengangkat profesionalisme polis ke tahap yang lebih baik sekiranya gabungan itu diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.Berucap di hadapan lebih 2000 hadirin di Klebang, Melaka malam tadi, Anwar menyeru anggota polis supaya berhemah dan tidak sekadar menjadi alat parti pemerintah.

 
 
“(Sebab itu) saya nak ingatkan, polis jangan bersikap tidak adil dan terlalu mengikut telunjuk kerajaan Umno BN.

“Kita pula jangan sesekali anggap polis sebagai musuh, kerana sebilangan besar mereka sebenarnya baik. Hanya mereka yang bersalah sahaja perlu dihukum.

“Kita juga perlukan mereka, justeru antara jaminan kita selepas membentuk kerajaan nanti adalah mengangkat profesionalisme polis ke tahap yang lebih baik,” kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Beliau merujuk tindakan polis membelasah peserta dan petugas media semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu sehingga sehingga menyebabkan kecederaan.

Rakaman dan gambar yang disebar di internet juga menunjukkan keganasan yang dilakukan polis terhadap peserta Bersih termasuk membelasah mereka beramai-ramai.

Polis juga melanggar garis panduan operasi polis (SOP) apabila merampas kamera dan kad memori wartawan yang merakam keganasan mereka.

Anwar berkata, 300,000 peserta yang menghadiri Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang lebih adil membuktikan landskap politik negara sudah berubah.

“Inilah semangat baru rakyat Malaysia, dan untuk itu saya ‘salute’, terutamanya kepada golongan muda,” katanya yang dibalas tepukan gemuruh hadirin.

 
 
Antara pemimpin yang hadir di program ‘Merdeka Rakyat – Pasca Bersih 3.0′ itu ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar dan dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.

Umno cuba mencetuskan kekacauan sepanjang program, apabila menganjurkan ceramah pada jarak kurang 50 meter dan memenuhi jalan ke tapak ceramah Pakatan sehingga mengganggu penduduk yang menuju ke sana. /Keadilan Daily

2 comments:

  1. ketua2 pembangkang dan pengikut2nya di akui memang berani , dan sanggup buat apa saja untuk mencapai cita2nya,.begitulah sejarah2 revolusi di Rusia dan Francis , selepas menjatuhkan kepimpinan negara , berlaku lagi kejam pada raayatnya yg tidak ikut cara perintahnya , ,.baca lah sejarah Armaniea..selepas Stalin /Lenin ambil alih kuasa Rusia..konon untuk membebaskan kekejaman ,..berlaku lebih kejam..

    ReplyDelete
  2. Revolusi tak sama dengan demokrasi

    ReplyDelete