JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Wednesday 16 May 2012

"GOYANG PUNGGUNG" TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH WARGA TENTERA DAN BEKAS TENTERA

Amat memalukan warga tentera dan bekas tentera.  Bagaimana seorang yang kononnya bergelar bekas tentera yang sepatutnya terlatih dengan disiplin dan berani, boleh melakukan perbuatan biadab, jijik dan tidak senonoh di hadapan rumah orang lain?  Apakah ini `standard' bekas tentera yang dilatih selama 21 tahun?

Kebodohan pemimpin Persatuan Veteren Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang dahulunya pernah mengaku `membeli' gelaran Dato' itu sedikit sebanyak memalukan keseluruhan warga tentera dan bekas tentera.  Sekiranya beliau sememangnya kuat mengampu semenjak dari dalam tentera sehingga ke pencen, perbuatan beliau mengetuai `senaman punggung' yang tidak beradab itu di hadapan perkarangan rumah S.Ambiga tidak boleh dimaafkan oleh warga tentera dan bekas tentera.

Malu untuk mengaku mereka ini adalah `bekas tentera'
Tentera telah dilatih dengan sifat berani dan berdisiplin.  Jika Mohd Ali bukan seorang bekas tentera yang bacul dan dayus, beliau tentunya berani mencabar S.Ambiga untuk berhujah secara ilmiah tentang apa yang beliau tidak bersetuju dengan tindakan S.Ambiga.  Mengapa beliau begitu bacul untuk berdepan dengan seorang wanita separuh umur ini?  Di mana keberanian sebagai seorang bekas tentera malahan menjadi pemimpin kepada PVTM?  

Bacul yang takut untuk berdepan secara anak jantan dengan S.Ambiga
Di mana disiplin yang diajar sewaktu beliau berada di dalam tentera?  Adakah sepanjang perkhidmatannya beliau telah dilatih untuk menjadi seorang yang kurang ajar?  Kami dari KOBAT, malahan puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak merasa sedikit pun megah dengan hanya aksi `goyang punggung' di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan' bekas tentera.  Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang yang bacul sahaja yang suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan.

Semua tahu ribuan bekas tentera malahan terdapat warga tentera sendiri dengan berani dan penuh disiplin hadir ke Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu.  Kami diasuh dari tentera menjadi berani walaupun kami tahu akan berhadapan dengan risiko yang terbukti sememangnya berlaku. Kami tidak bertindak seperti PVTM yang hanya menjadi pengampu sang rejim dan mencari publisiti murahan seperti yang telah PVTM lakukan itu.  

Menggoyangkan punggung tidak boleh menyelesaikan masalah bekas-bekas tentera yang masih ramai merempat.  Tidak cukup dengan hanya goyangkan punggung untuk mengurangkan harga minyak dan barang-barang keperluan yang membebankan kehidupan warga tentera dan bekas tentera.  Kami berjuang untuk kepentingan semua warga tentera dan bekas-bekas tentera.  Kami tidak bercadang untuk menggoyangkan punggung di hadapan rumah Najib dengan disaksikan oleh Rosmah kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah negara ini yang semakin menuju ke tahap negara bankrap.

Sehubungan itu, KOBAT menyeru kepada seluruh warga tentera dan bekas tentera agar bersama-sama untuk melakukan perubahan di dalam PRU akan datang.  Kita tidak boleh dimalukan lagi oleh spesis-spesis jijik yang menggunakan nama bekas tentera untuk mengampu sang rejim demi untuk perut-perut mereka, sedangkan warga tentera dan bekas-bekas tentera terus terabai dengan janji demi janji.

2 comments:

  1. Itulah HaramJaddah yg dimaksudkan olih PM dlm ucapannya yg lepas anda ingat?

    ReplyDelete
  2. Relex la skod ,.ini perang PRU .. raayat dah matang..macam2 gimik untuk tarik perhatian,..dalam fb ramai yg cakap kurang ajar tak beradap ptitisan on ,.jangan takut skod bekas2 tentera tetap setia pada Raja2 Melayu dan Negara M'sia ,dan memelihara bangsa Melayu dan Islam,.mana2 party yg nak cuba musnahkan Institusi ini ,..kita rela berkorban lagi..ke titisan darah ygb terakhir..wasalam..

    ReplyDelete