JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Saturday, 20 July 2013

HALANG TOK GURU NIK AZIZ SOLAT DI MASJID TUDM, DI MANA MARUAH TENTERA?

Mendapat maklumat bahawa hasrat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan Solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam kelmarin tidak kesampaian akibat larangan yang samasekali tidak masuk akal, begitu mengecewakan.

Diberitakan kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan itu yang juga Mursyidul Am PAS ke masjid berkenaan di atas undangan jemaah masjid dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan Tok Guru bertandang ke masjid berkenaan sama seperti beberapa tokoh dan pemimpin Umno yang sering bertandang ke masjid berkenaan.


Menurut Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan. Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan. 

Jika benar larangan ini dibuat hanya kerana arahan politik, ianya amat memalukan warga tentera sebenarnya kerana memperlihatkan betapa dayusnya segelintir pegawai-pegawai tentera bila berdepan dengan tokoh-tokoh politik yang mengongkong mereka sedangkan tiada alasan munasabah untuk mereka mematuhi arahan berkenaan.  

Mengapa warga tentera khususnya para pegawai yang 'berpaku-paku' pangkatnya itu begitu lemah bila berdepan dengan orang politik sedemikian?  Sepatutnya orang politik lah yang takut atau segan dengan warga tentera tetapi ini berlaku sebaliknya. Jika benar masjid di bawah kawalan ATM tidak membenarkan mana-mana pemimpin politik bertandang, sepatutnya ia dilakukan secara adil tanpa mengira siapa.  

Alangkah murahnya nilai kita sebagai anggota pasukan tentera jika terlalu takut dengan orang-orang politik lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim kita takut kepada manusia lebih dari takut kepada Allah.  Rumah Allah pun kita mahu tunjuk kuasa kita?

Thursday, 11 July 2013

ASKAR MATI DALAM LOKAP TENTERA? APA SUDAH JADI ?



KUALA LUMPUR: Seorang askar lelaki ditemui mati di lokap Kem Tentera Wardieburn, Setapak, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, dalam sidang akhbar sebentar tadi berkata mayat askar berusia 24 tahun itu ditemui mati tergantung kira-kira jam 7 pagi tadi oleh pegawai lokap.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

HM


Friday, 5 July 2013

BANTAH RAMPASAN KUASA OLEH TENTERA DI MESIR - ANWAR

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah rampasan kuasa oleh tentera Mesir dan menyeru supaya demokrasi dikembalikan di negara itu.
“Pada prinsipnya kita tidak menyokng kudeta, walaupun tentera meletakkan seorang (Hakim) Mahkamah Perlembagaan untuk jadi Presiden sementara,” katanya kepada pemberita di lobi palimen hari ini.
Anwar menegaskan, rampasan kuasa oleh tentera menafikan hak majoriti rakyat Mesir yang memilih kerajaan melalui pilihan raya yang bebas, telus dan diiktiraf.
DSAI_MESIR
“Kalau ada bantahan terhadap Presiden, rundingan (mesti) dibuat. Kalau ada jadual pilihan raya segera diadakan, mesti mengikut saluran demokrasi.
“Mereka (rakyat Mesir) ada hak untuk persoalkan (Presiden) dan mereka boleh tuntut diadakan pilihan raya baru. Tetapi, tidak dengan rampasan kuasa oleh tentera,” katanya.
Anwar berkata, memang wujud kritikan terhadap pentadbiran Morsi, namun prasangka terhadap kelompok Islam di Mesir seolah membunuh usaha pendemokrasian yang berlaku.
“Saya dapat kesan pandangan beberapa orang yang konon liberal, tetapi oleh kerana menghadapi Ikhwan-Muslimin, (mereka) sanggup mendukung pemerintahan tentera,” katanya.
“Prasangka terhadap kelompok Islam tidak mengizinkan kita mengesahkan pentadbiran tentera,” tegas Anwar.
Presiden Mesir, Mohamed Morsi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera semalam.
Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah dan perlembagaan Mesir kini digantung./KD

Friday, 21 June 2013

HIMPUNAN #KL622 - SILAP BESAR JIKA BABITKAN TENTERA

Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) dengan tegas memberi amaran kepada Kerajaan terutamanya pihak Polis agar tidak membabitkan pasukan tentera di dalam menangani Himpunan Suara Rakyat KL622 yang akan diadakan di Padang Merbok, KL pada 22 Jun ini.

Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan pasukan tentera di dalam menangani himpunan aman tersebut menunjukkan seolah-olah pasukan tentera cuba dikaitkan dengan kepentingan politik pihak tertentu.  Bagi KOBAT, sekiranya PDRM merasakan mereka begitu 'prihatin' dengan tekanan yang dihadapi oleh Umno, mereka jangan cuba cemarkan imej ATM yang selama ini jauh lebih baik dari mereka.

Adakah mereka yakin majoriti warga tentera menyokong tindakan menggunakan kekerasan kepada rakyat yang mahu berhimpun secara aman?  Apakah mereka fikir warga tentera biasa dengan provokasi untuk mencetuskan huru-hara?  Mereka silap besar jika berfikir sedemikian.  KOBAT bimbang sekiranya mereka menggunakan pasukan tentera untuk berhadapan dengan rakyat yang tidak bersenjata, warga tentera sendiri akan bangkit 'melawan tuan' dan ini amat tidak baik untuk keamanan negara kita.

Alangkah lebih baik sekiranya dibenarkan rakyat berhimpun secara aman dan dikawal dengan baik.  Tidak perlu cetuskan provokasi melampau sehingga tindakan bodoh itu akan menyusahkan pasukan tentera pula untuk melibatkan diri.  Cukuplah apa yang berlaku di Lahad Datu yang mana akhirnya pasukan tentera juga digunakan apabila Menteri yang menjaga Polis silap besar di dalam menentukan keputusan.  

"Tentera Bersama Rakyat"

WFAUZDIN NS
Penyelaras KOBAT

Friday, 14 June 2013

MENGAPA RAKYAT PERLU BANGKIT? KOBAT CERAMAH DI KERATONG 4, ROMPIN MALAM ESOK (15 JUN)

Meskipun PRU 13 telah berakhir dan Kerajaan yang dibentuk di peringkat Persekutuan adalah 'Kerajaan 47%" manakala PR terus menjadi Pembangkang walaupun di dalam keadaan keputusan yang penuh 'kontroversi' berjaya mendapat 53 %, namun gerak kerja tetap diteruskan selagi Umno/Bn masih mengekalkan kezaliman dan penindasan.

Rata-rata menjangkakan majoriti tentera telah bersama dengan PR, namun apabila keputusan PRU yang lalu diumumkan ianya menjadi persoalan kerana di beberapa kawasan, undi yang diberikan oleh warga tentera melalui undi pos dan undi awal sukar melebihi paras 7% kepada PR. Benarkah begitu ramai warga tentera amat selesa dengan rejim Umno/Bn?  Jika benar, mengapa terlalu banyak salah laku yang mesti dilakukan oleh SPR dan pihak berkuasa di dalam menguruskan undi awal dan undi pos?  Ini semua telah dibuktikan secara nyata oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  Beliau amat marah apabila beliau dihalang dari menyaksikan perpindahan kotak undi awal dari Balai Polis di Kuantan sehari sebelum orang awam mengundi.  Bukankah SPR telah memberi jaminan bahawa sebarang perpindahan kotak undi calon dan wakil calon berhak menjadi saksi?  Mengapa timbul isu keselamatan di dalam Balai Polis untuk menghalang YB Fuziah dari melihat sendiri kerja-kerja perpindahan kotak undi awal berkenaan?

Itu adalah di antara beberapa faktor mengapa rakyat mahu berhimpun pada 22hb Jun ini nanti di Padang Merbok, KL.  Rakyat mahu Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan serta mendesak diadakan semula Pilihanraya di beberapa kawasan yang sahih dan terbukti amat menyalahi peraturan Pilihanraya.  Pada 20hb Jun ini pula, satu perhimpunan Pra Himpunan 505 akan diadakan di Kuantan di bawah anjuran NGO sebagai program penyuntik semangat rakyat untuk turun ke KL pada 22hb Jun ini nanti.

Penyelaras KOBAT pula akan berceramah di Markas PAS, Keratong 4, Rompin pada 15hb Jun (Sabtu) ini bersama Adun Tg Lumpur, YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar.  Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.




Monday, 6 May 2013

LAKSAMANA PERTAMA (B) HJ IMRAN ABD HAMID BAWA SUARA WARGA TENTERA KE PARLIMEN

KOBAT mengucapkan tahniah dan syabas kepada Laksamana Pertama (B) Imran bin Abd Hamid, calon KEADILAN yang telah berjaya merampas Kerusi Parlimen Lumut.

Laksamana Pertama (B) Hj Imran bersama DS Anwar Ibrahim
Mudah-mudahan kemenangan beliau itu boleh mewakili suara keseluruhan warga tentera dan bekas tentera untuk dibawa ke Parlimen.  Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pengundi-pengundi di Parlimen Lumut termasuk warga tentera di sana yang berani melakukan perubahan.




Wednesday, 1 May 2013

Surat Terbuka Anggota Tentera Malaysia Kepada Anwar Ibrahim

Kepada : 
 
DSAI Bakal PM Malaysia..

Daripada : Anggota Tentera Malaysia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya adalah anggota tentera dan merupakan salah seorang penyokong tegar PR. Saya telah pun mengundi PR di Undian Awal pada 30 April semalam.

Ramai juga dalam kalangan rakan-rakan tentera saya yang turut mengundi PR semalam. Semuanya inginkan perubahan dan mengharapkan Manifesto PR dapat dilaksanakan selepas kemenangan PR nanti. Saya amat mengharapkan BN dan UMNO dapat dikuburkan pada PRU kali ini.

Selain kebajikan-kebajikan lain, kami warga tentera juga mengharapkan agar KADAR FAEDAH PINJAMAN di KOPERASI TENTERA dapat dikaji semula. Hal ini kerana, kadar faedah pinjaman di Koperasi Tentera adalah 6% jauh lebih tinggi berbanding kadar faedah di bank-bank lain iaitu hanya dalam lingkungan 3.9%.

Hal ini ditambah lagi dengan kebajikan kami sebagai Lain-Lain Pangkat (LLP) langsung tidak boleh untuk membuat Personal Loan di bank-bank lain. Hanya boleh di Koperasi Tentera sahaja. Saya pun tidak pasti mana silapnya, samada pihak kroni atau atasan ada kepentingan sehinggakan kami disekat untuk di bank-bank lain. Tapi hal ini tidak berlaku pada Pegawai. Pegawai tetap boleh membuat loan di bank-bank lain.

Besarlah harapan saya serta warga tentera yang lain agar Dato Seri dapat mempertimbangkan perkara ini. Semoga PR menang majoriti 3/2 pada PRU 13 kali ini.

PAKATAN HARAPAN RAKYAT.

Sumber:  DI SINI