JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Wednesday 21 March 2012

BANTUAN BR1M UNTUK WARGA TENTERA - KEMPEN POLITIK DI DALAM KEM?

Pagi semalam (20 Mac 2012), sekali lagi kempen politik berlaku di dalam kem tentera di Kuantan iaitu di Kem Batu 10.  Sebelum ini, Menteri Pertahanan bersama dengan MP Paya Besar dan Adun Pulau Manis berkunjung ke kem yang sama di 12 RAMD, berkempen agar warga tentera menyokong pimpinan Najib. 

Najib adalah MP Pekan, iaitu Parlimen di mana warga tentera sekitar Kem Batu 10 akan mengundi, begitu juga dengan Dun Pulau Manis yang kini diwakili oleh YB Khairuddin.

Semalam, di dalam program memberikan bantuan BR1M kepada warga tentera, Adun Pulau Manis YB Khairuddin hadir untuk menyerahkan baucher.  Semua tahu BR1M bukannya peruntukan dari Adun, tetapi untuk apa YB Khairuddin hadir menyampaikannya?  Bukankah lebih manis jika hanya Panglima 4 Briged Mekanise atau mana-mana wakil pegawai kanan sahaja yang menyerahkan baucher berkenaan?

Warga tentera yang ditemui berkata, paling meluat apabila YB Khairuddin berkempen politik di dalam ucapannya.  Warga tentera merasa seolah-olah mereka umpama peminta sedekah yang dipaksa berkumpul untuk mendengar ceramah politik untuk mendapatkan hak mereka.

Sahih lah, pilihanraya tidak lama lagi.  Warga tentera tidak akan dapat diperbodohkan dengan hanya RM500, sedangkan PR menawarkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan juga hak milik tanah buat yang layak untuk mereka.

5 comments:

  1. KERAJAAN AKAN BERI RM500 KEPADA YANG LAYAK, PR HANYA BERJANJI NAK BERI GAJI MIN RM1,100 DAN HAK MILIK TANAH BAGI YANG LAYAK. SATU YANG AKAN DILAKSANAKAN SATU LAGI HANYA JANJI.

    ReplyDelete
  2. Yang dilaksanaka sekarang sebab mereka sekarang sedang berkuasa. Jika yang berkuasa sekarang tidak berkuasa maka mereka juga akan berjanji. Apa bezanya? Yang kita lihat sekarang apa yang dilaksanakan lebih kepada satu umpanan dan pancingan untuk mendapat undi murahan melalui suapan duit rakyat. Mengapa tidak diberi dulu lagi jika rakyat layak menerimanya. Dengan hutang negara yang hampir mencecah RM500 billion kerajaan sekarang sanggup menambah hutang dengan memberi rakyat duit yang mereka tidak pernah terima sebelum ini dan yang peliknya diberi hampir PRU menjelang. Semua sudah tahu akan motif politik kerajaan. Kelihatan jelas pelaksanaan yang tidak diiringi dengan keikhlasan.
    Kemudian siapa pula yang akan menanggung bebanan hutang negara yang sangat besar selepas ini?

    ReplyDelete
  3. BAGUS SAUDARA FAHAM, KERANA RAMAI RAKYAT TAK FAHAM YANG NEGARA INI BUKANNYA KAYA SANGAT. NEGARA TERPAKSA BERHUTANG UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT. GAJI NAK NAIK, BANTUAN KENA BERI, BARANG NAK MURAH, PM NAJIB TU SENYUM JEE NAMPAKNYA TAPI DALAM KEPALANYA BERPUSING MEMIKIRKAN CARA NAK BAYAR HUTANG2 INI.

    ReplyDelete
  4. Hutang negara yang bersangatan telah bermula di zaman Tun Mahathir lagi. Berbelanja atas perkara yang tidak diperlukan sebagai sebuah negara yang bukan maju.
    Projek-projek mega yang menelan belanja begitu tinggi telah membuat pihak kerajaan terpaksa meminjam dengan jumlah yang besar dengan tidak memberi sedikit pun perhatian bagaimana untuk menyelesaikan hutang itu nanti.
    Bila kepimpinan bertukar tangan dalam parti yang sama maka budaya berbelanja secara boros diteruskan juga yang akhirnya meningkatkan lagi jumlah hutang negara sebelum hutang lama boleh dilangsaikan. Masing2 pemimpin hendak mengejar sasaran yang hendak dicapai tanpa memikirkan akibat buruk selepas itu yang tidak nampak sedikit pun penyelesaian ke atas hutang negara yang makin menggunung setiap tahun. Pemimpin peduli apa kerana yang nak bayar hutang yang mereka wujudkan akan dibayar oleh pembayar-pembayar cukai di negara ini.

    Rakyat tidak menghalang kerajaan melakukan pembangunan tapi pastikan hanya yang diperlukan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kesejahteraan dan kekayaan pemimpin2 parti pemerintah.

    ReplyDelete
  5. Itu belum lagi kira projek Najib nk bina menara 100 tingkat nak lawan projek Mahdey Kutty iaitu Menara KLCC....Lihat sajalah, berapa untung Menara KLCC skrg? Berapa org yg menyewa di situ...Tak mampu rakyat nak sewa...Akhirnya takde untung, tapi hutang buat Menara tu kena bayar juga. Ubah je kerajaan, itu cara terbaik...

    ReplyDelete