Baru-baru ini saya sempat bertemu beberapa orang rakan lama sewaktu di dalam perkhidmatan tentera. Saya telah bersara lebih awal daripada mereka. Mereka pula bersara pada bulan september tahun lalu.
Di dalam perbualan kami, mereka menyatakan rasa kesal kerana mereka masih belum menerima pencen. Saya terperanjat kerana saya dahulu difahamkan telah ada dasar bahawa pembayaran pencen akan dibuat seberapa segera sebaik sahaja warga tentera bersara. Ini memandangkan kebanyakan warga tentera yang bersara masih menangung anak-anak yang masih dipersekolahan serta terpaksa membayar hutang kenderaan dan berbagai lagi.
Bayangkan jika memasuki 3 bulan mereka tidak memperolehi pencen, mereka terpaksa mencari kerja secepat mungkin tanpa waktu untuk berehat seketika selepas begitu lama berkhidmat di dalam tentera. Sudah lah pencen lewat dibayar, wang atau ganjaran perkhidmatan atau wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diberikan kepada mereka juga tidak diperolehi sepenuhnya.
Benarkah khabar-khabar angin yang mengatakan wang yang diperuntukan untuk membayar pencen mereka ini telah digunakan? Jika benar, alangkah malang nasib mereka. KOBAT akan cuba mendapatkan pengesahan serta kesahihan perkara ini daripada beberapa orang lagi pesara yang terlibat di samping akan berusaha mendapatkan jawapan mengapa pencen mereka ini tertangguh begitu lama.
Salam bang,
ReplyDeleteAda member saya yang pencen pertengahan tahun lepas dan bulan 3-4 belum dapat lagi duit ganjaran dan pencen beliau