JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Sunday 14 April 2013

SAMM Desak Tarikh Mengundi Awal Diubah Sepertimana Tertera Dalam 'Panduan Pengundian Awal'

Kenyataan Terbuka
14 April 2013

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras pihak SPR patuh kepada 'Panduan Pengundian Awal' yang telah digezetkan dan mengubah tarikh mengundi awal.

Mengikut panduan tersebut pada klausa 6.1 menunjukkan;

Hari mengundi awal akan ditetapkan oleh SPR berdasarkan peraturan 3(1A) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) (Pindaan 2012) iaitu tidak kurang daripada tujuh hari selepas Hari Penamaan Calon dan tidak kurang daripada tiga hari sebelum dari tarikh atau tarikh-tarikh Hari Mengundi Biasa. 
 


Perkara di atas bermaksud, tarikh Hari Mengundi Awal harus berlangsung tidak lebih dari 3 hari sebelum Hari Mengundi Awam. Pengumuman SPR meletakkan tarikh Hari Mengundi Awal 30 April iaitu 5 hari sebelum Hari Mengundi Awam adalah salah dan tidak wajar sama sekali.

Desakan ini mempunyai asas. SAMM difahamkan, dakwat kekal yang dicalit hanya bertahan untuk tiga hari maka pemilihan tarikh pengundi awal 5 hari sebelum hari mengundi awam akan menjadikan sistem dakwat kekal bukan sahaja tidak relevan malah tidak logik. Tujuan sistem dakwat kekal ialah untuk menghalang mana-mana individu mengundi lebih dari sekali namun perkiraan SPR ini ternyata memberi ruang kepada penipuan pilihanraya berlaku.

Apakah jaminan 240 ribu pengundi awal tidak mengundi lagi sekali setelah dakwat kekal yang dicalit di jari mereka hilang setelah lebih 3 hari?

Justeru itu, SAMM menuntut supaya Hari Mengundi Awal jatuh pada 2 Mei atau lebih lewat dari tarikh tersebut sebelum hari pilihanraya umum. Panduan yang dikeluarkan harus jadi rujukan yang perlu dipatuhi SPR.

Desakkan SAMM juga adalah bertujuan untuk memastikan keberkesanan sistem dakwat kekal yang diperkenal SPR, atau ia menjadi satu sistem yang sia-sia tidak selari dengan tuntutan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Bagaimana kami mahu katakan SPR bersih dan bertindak adil jika perkara yang sudah didokumenkan juga boleh 'dilanggar'?


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment