Di saat warga tentera dikatakan begitu sukar untuk dinaikkan pangkat, terpaksa menghadiri beberapa kursus dan ada yang berkali-kali menghadiri Lembaga Kenaikan Pangkat tetapi masih tidak dinaikkan pangkat atas beberapa sebab tertentu, tiba-tiba begitu mudah Menteri Pertahanan mengurniakan pangkat Kolonel Terhormat kepada Pengerusi Eksekutif Ace Global Ventures Sdn Bhd yang juga suami kepada penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Menurut laporan sebuah portal berita, anugerah disampaikan pada majlis perhimpunan bulanan dan pemakaian pangkat kehormat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Apa jasa Datuk K ini? Batalion atau Rejimen AW manakah yang beliau ketuai? Adakah kerana `hubungan istimewa' beliau dengan Zahid Hamidi, maka semudah itu pangkat itu diberikan? Adakah anugerah ini tidak melanggar peraturan yang ditetapkan?
Amat malang sekali apabila pangkat di dalam ATM seperti begitu `murah' sekali. Di mana letaknya kedaulatan pasukan beruniform kita jika sewenang-wenangnya pangkat ini diberikan tanpa kita perjelaskan apakah keistimewaan atau pengorbanan Datuk K selama ini terhadap ATM? Apakah suatu hari nanti pelakun, artis mahupun Juara Lawak pun akan dikurniakan pangkat sebegini? /Sumber
Sebenarnya, pangkat kehormat ni hanyalah untuk menghargai jasa dan komitmen yang diberikan kepada negara umumnya dan kepada ATM khususnya. Apa yang tuan-tuan tahu mengenai jasa orang-orang seperti ini terhadap negara dan organisasi ATM? Mungkinkah beliau menjadi salah sorang yang bertanggung jawab membantu menangani krisis kewangan negara kita. Apa pula sumbangan kita terhadap penyelesaian krisis kewangan dunia seperti ini? Seseorang yang berpengaruh mungkin mampu menyumbang dari segi investment sekalipun bail-out Company yang bertulang belakangkan kerajaan daripada bankrup. Mempromosikan negara kepada pandangan mata dunia juga sebahagian daripada jasa yang perlu dihargai. So apa yang kerajaan mampu balas kepada jasa-jasa orang-orang seperti ini? Nak bagi duit lagilah orang akan mengata dan mengumpat. Bagi projek pada bangsa melayu pun orang mengata. Bersatulah wahai orang melayu, hindarkanlah perasaan hasad dengki yang sentiasa melekat dalam diri kita ini. Melayu perlu terus maju, insyallah.
ReplyDeleteMacam sajat dapat dato hari tu. Apa jasa dia ?
Deletesebab dia xpenah hentam gomen kot.. tu yg dapat.. kome sume keje nk hentam aje.. mmg dapat habuk lah weh.. jgn buat lawak la nk pertikai itu ini.. nak cakap..
ReplyDeleteKolonel Kehormat untuk Sultan dan Raja.....ATM sudah 'maju'..
ReplyDeletemaybe sbb siti masuk askar wataniah kot sbb tu dpt
ReplyDeleteDIA NI TARAF SULTAN DAN MENTERI BESAR NI.. ADUSS...
ReplyDeleteDukacita ATM sudah terlalu kehilangan kepimpinan yang berkarisma, hebat dan jatidiri tentera
ReplyDeleteSaudara RoyHaizam, pangkat kanan kehormat dalam ATM hanya untuk orang-orang besar yang boleh dijadikan sebagai penasihat sesuatu pasukan, misalnya Raja dan Sultan sebagai penasihat Kor/Rejimen. Atau golongan professional yang pakar, misalnya Jurutera Kanan atau Doktor Pakar yang mengetuai unit dalam pasukan simpanan Kor/Rejimen berkenaan. Memang sesuatu yang "pelik tapi benar" bila "entah sapa-sapa" tiba-tiba diberi pangkat Kolonel Kehormat oleh ATM, sedangkan nak dapat Kolonel Kehormat dalam RELA dan JPAM pun ketat keterianya .. walluhallam ..
ReplyDeleteMacam Ni Bro . . Kita Semua Ni Pemalas . . Dari Peringkat Bawah Sampailah ke atas . . Macam Pahat dengan tukul. Macam burit dengan Pelir . . kena ketuk . . kenak jolok . . baru bergerak . . Datox memang dah rajin . . . Cukai depan kalau nak kira . . lebih dari pendapatan kita semua dari mula masuk tentera hingga ke pencen. . kalau campur pencen kita semua pun . . Cukai depa bagi kat kerajaan lagi banyak . . Jutax . . Sultan Kelantan Dia punya pangkat Mej Jen, (Sultan Ismail). Sultan Kelantan Sekarang . . Brigeder Jen . . Apa Barang Kol Kerhormat . . Tak Main le . . Bro . . Lu Pikir Le sendiri . . Jgn Pakai kepala kote . . Bro. .
ReplyDeleteMaksud dia tu, macam sajat dapat dato hari tu. Apa jasa sajat ?
Delete