Baru dua tiga hari lepas askar dapat gaji. Seperti biasa sudah tentu yang bujang mempunyai perancangan untuk keluar makan atau berhibur bagi melegakan tekanan diwaktu kerja di hujung minggu ini. Bagi yang sudah berkeluarga pula, ada yang bercadang untuk keluar bandar membeli barang-barang keperluan dapor atau bercadang untuk membawa keluarga berjalan-jalan di hujung minggu.
Namun, semua ini agak terencat buat warga tentera sekitar Kem Batu 10, Kuantan. Angkara Perhimpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb ini (Ahad) dan sebelum itu pada malam ini (Sabtu -25 Feb) DS Anwar Ibrahim akan berceramah di Kuantan, maka diberitakan bahawa semua anggota tentera yang masih bujang tidak dibenarkan keluar kem mulai hari ini sehingga Ahad ini. Bagi yang sudah berkeluarga pula, mereka dihadkan kawasan yang boleh mereka tuju iaitu sekitar Pasaraya Giant, Kuantan sahaja.
Lebih menarik lagi, difahamkan hari ini mungkin akan diadakan latihan bersama anggota-anggota tentera dengan Pasukan FRU. Latihan itu memang baik dan patut diadakan selalu. Persoalannya, mengapa hari ini? Adakah kerana esoknya rakyat akan berhimpun di Padang MPK 4, Kuantan?
Ada sahabat yang merungut kerana beliau masih tidak faham mengapa sampai begitu sekali warga tentera dilibatkan di dalam Himpunan Hijau pada hari Ahad nanti? Mungkinkah akan ada rusuhan atau kacau bilau apabila rakyat berhimpun secara aman membantah projek Lynas dan menyokong keselamatan alam sekitar? Kebenaran dari pihak Polis telah diperolehi oleh pihak Penganjur maka tiada sebab mungkin berlakunya kekecohan sehingga pihak tentera terpaksa bertindak sedemikian.
KOBAT merasakan, pihak kem tidak perlu menyusahkan warga tentera hanya dengan isu sebegini. Lebih-lebih lagi amat malang sekiranya mereka hanya menurut arahan orang politik yang kini semakin takut dengan kebangkitan rakyat sekarang. Hakikatnya, rakyat Pahang dan seluruh negara majoritinya menolak Lynas dan mereka akan terjemahkannya di dalam PRU akan datang.
Kami percaya, bukan sedikit warga tentera yang tahu implikasi Lynas yang akan bertapak di bumi Pahang ini. Tindakan pihak kem yang dianggap terlalu mengongkong warga tentera akan menjadikan mereka seperti `robot' yang tidak tahu berfikir. Isu Lynas bukan isu politik, ini harus difahami oleh pemerintah kem. Adakah ada arahan dari orang besar di Pekan yang kini berkuasa di Putrajaya?
Kepada warga tentera, anda harus berfikir adakah anda mahu selama-lamanya dikawal oleh orang-orang politik seperti ini? Tiada jalan lain, anda perlu mengubahnya melalui hak anda di dalam PRU akan datang.
skot ,,, lu bukan tak tahu ,, MKN terlibat sama,, MKN akan memberi arahah kepada Panglima Bingai untuk bertindak ,,, maka semua CO kem akan mengikut telunjuk demi menjaga Pangkat dan kedudukan , bila dah pencen nanti baru mereka tahu nasib mereka,,, sepatut nya Semua panglima yg ada dlm ATM tidak bersengkongkol dgn pemimpin yg KORUP....
ReplyDeleteSepatotnya atm kita lebih fokus kepada taktik peperangan dan seangkatan dengannya. Bukan trlibat dengan politik. Sekarsng ni bila berlaku proses pengundian pon atm terlibat sekali. Itu yg berlaku. Dh mengarut2 kerajaan skrg ni
ReplyDelete