JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

Klik tunein untuk dengar melalui peranti mudahalih.

Friday, 27 December 2013

JANGAN JADI PESARA POLIS DAN TENTERA YANG BODOH LAGI DIPERBODOHKAN

PERTAMANYA, aku melahirkan rasa bertuah kerana di negara ku ini masih banyak orang yang amat prihatin, kasih dan mempunyai jiwa pejuang terhadap negara dan pemimpinnya.

Namun, amatlah malangnya di tengah-tengah golongan pejuang dan patriotik itu, bukan sedikit jumlahnya yang jahil atau disebut juga bodoh. Bodoh bukan kerana mereka bodoh, tetapi mereka secara sukarela telah diperbodohkan oleh pemimpin yang mereka sanjung itu.

Apalah gunanya kita memiliki ramai pejuang, pendekar atau panglima tetapi bodoh? Tidak langsung memberi makna kepada negara jauh sekali kepada agama. Sebagai contoh, alangkah melucukan apabila beberapa kumpulan yang kononnya mendakwa pejuang tanahair (hakikatnya, penjilat tegar umporno), menyalak macam anjing gila membuat laporan polis kerana bermimpi ada orang mahu guling kerajaan pada 31 hb Dis ini nanti di Dataran Merdeka. Jika tidak bodoh, kita mahu sebut apa kepada puak ini?

Kita masih ingat, puak yang sama juga pernah membuat laporan Polis terhadap tuntutan agar Anwar serahkan DNA kepada pihak Polis di dalam isu fitnah liwat. Akhirnya terbukti Sepol yang tidak cuci dubur dua hari, Anwar pula dibebaskan. Kumpulan bodoh ini juga pernah membuat demo dan laporan polis terhadap Mat Sabu dulu kononnya Mat Sabu sering memuji perjuangan Mat Indera yang berjuang menentang penjajah, maka Mat Sabu Komunis. Melalak habis beberapa askar dan polis pencen yang bengap tuding jari kepada Mat Sabu tuduh Timbalan Presiden PAS ini Komunis. Akhirnya , mana isu Komunis? Tuduh pula Mat Sabu Syiah. Semenjak bila Komunis berminat dengan ajaran Syiah? Tak mahu digelar bodoh puak ini, memang nampak sangat bodohnya.

Bodoh mereka tidak habis setakat itu, sekarang melolong siang malam sebut negara akan digulingkan. Siapa yang mula buka topik ini? Tentunya bapak segala bodoh yang memperbodohkan mereka. Kesihan mereka, mahu jadi pejuang negara tetapi tidak cerdik./wfauzdin.blog

Wednesday, 11 December 2013

KEMATIAN WARGA TLDM PERLU JAWAPAN SEGERA

Masyarakat umumnya ketahui latihan di dalam Tentera amatlah mencabar, bermula dari awal latihan Rekrut lagi mereka akan dilatih dari segi ketahanan mental dan fizikal, bahkan aspek kerohanian juga sentiasa dititikberatkan.  Secara umumnya, dasar latihan yang ada pada hari ini masih dianggap baik sekiranya benar-benar diikuti dan menjiwai roh atau objektif latihan itu sendiri.
 
Masyarakat dan Jurulatih juga perlu tahu membezakan 'penderaan' dengan 'latihan'.  Sekiranya seseorang jurulatih mengadakan latihan dengan 'nawaitu' untuk mendera, maka latihan itu akan menjadi 'penderaan' dan ini tidak patut berlaku.  Mereka memasuki tentera bukan untuk didera, tetapi mereka mahu dilatih walaupun latihan itu berat dan mencabar.  Sekeras manapun latihan itu, jika dilakukan dengan niat untuk melatih bukan untuk mendera, pastinya akan melahirkan warga tentera yang baik, berdisiplin serta mempunyai nilai ketahanan mental, fizikal dan kerohanian yang tinggi.
 
Sebaliknya, jika latihan itu dilaksanakan sekadar untuk 'berseronok' atau 'mendera', maka kita tidak akan dapat melahirkan sebuah pasukan tentera yang terlatih, mantap, berdisiplin dan jauh sekali mempunyai nilai kerohanian yang baik. Sifat berdendam dari mereka yang telah dilatih secara 'penderaan' akan berterusan dan akibatnya amat buruk buat pasukan keselamatan itu sendiri.  Justeru itu, kena ada beza 'penderaan' dan 'latihan', dan tidak bererti latihan mesti 'ala-pengakap', tetapi mesti tegas mengikut dasar serta prinsip latihan itu sendiri.

Terbaru, amat malang berita ini dihebahkan di dalam media terutamanya FaceBook dan Blog yang menimbulkan berbagai persoalan.  Kisah kematian seorang warga TLDM yang dilaporkan mati lemas, tetapi keluarganya sangsi dengan beberapa perkara yang pihak tentera mesti perjelaskan dengan betul tanpa keraguan.  Sekiranya tidak diperjelaskan, nama baik tentera akan terjejas.  Jika perlu, malahan rasanya memang perlu dibuat siasatan terperinci dengan isu ini;

Benarkah mati lemas?  Kementerian Pertahanan perlu jawab...
 
(Komen dari salah seorang FaceBooker berkaitan isu ini):
 
Ini adalah gambar Allahyarham Asruf, seorang anggota TLDM yang berasal dari Tenom Sabah.. Keluarga mangsa tidak berpuas hati apabila anak mereka dilaporkan mati lemas ketika sedang menjalani latihan sedangkan menurut keadaan fizikal mayat mangsa, timbul elemen yang meragukan apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan dan wajah mangsa seolah-oleh didera.. Pihak keluarga ingin menuntut keadilan terhadap kematian mangsa yang jelas amat meragukan. Pihak keluarga mangsa juga percaya bahawa kematian tersebut ada kaitan dengan unsur kes penderaan..

Mohon penjelasan pihak tertentu samada perkara ini benar atau tidak.

Sunday, 8 December 2013

BENCANA BANJIR - HARAPAN TINGGI BUAT PASUKAN KESELAMATAN UNTUK BERTINDAK PROFESIONAL

KOBAT mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga pasukan keselamatan, tentera, polis, Pertahanan Awam, Rela, Bomba dan seangkatan dengannya yang sehingga kini menampakkan kesungguhan untuk membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir di beberapa daerah di Pahang dan juga Terengganu, iaitu dua buah negeri yang agak kritikal dengan bencana banjir sekarang ini.

Meskipun terdapat beberapa rungutan dari beberapa pihak dan masyarakat sendiri yang menyatakan bantuan yang sepatutnya lebih awal kepada mangsa-mangsa banjir tetapi agak lewat, namun bagi kami keadaan itu tidak boleh ditudingkan terus kepada pihak keselamatan kerana mereka juga beroperasi mengikut arahan yang tertinggi.

Kami yakin, berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lebih hebat dari ini, pasukan keselamatan kita terutamanya dari pihak tentera mereka tidak banyak masalah untuk memberikan bantuan secepat kilat kepada penduduk yang menjadi mangsa, namun kita harus memahami mereka juga terikat dengan protokol dan prosedur yang tertentu yang datangnya dari Kementerian Pertahanan.  Begitu juga pihak Polis dan yang lainnya arahan mesti dipatuhi yang datangnya dari Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab.

Sehingga kini, KOBAT menaruh kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada pasukan keselamatan agar boleh bertindak dengan profesional tanpa terikut dengan rentak politik mana-mana pihak.  

Syabas semua.

Thursday, 28 November 2013

DATUK FAUZI BEKAS PENGARAH JSJ PDRM KINI DI WAD ICU

 
Melalui berita yang disiarkan oleh beberapa media, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang akibat jangkitan kuman di hati dan buah pinggang.  Beliau yang juga calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam.

Beliau kini dilaporkan tidak sedarkan diri dan pihak hospital sedang memantau keadaannya. Kami dari KOBAT sentiasa mendoakan agar beliau cepat sembuh dan pulih seperti sediakala agar dapat meneruskan perjuangannya setelah berkhidmat dari Pasukan Polis dengan cemerlang.
 
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan yang baik untuk beliau, InsyaAllah.

Friday, 1 November 2013

MOHON SOKONGAN RAKAN-RAKAN SEMUA

ANDA mungkin telah mengetahui kewujudan Radio KOBAT FM, iaitu Radio Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) stesen radio internet yang bersiaran selama 24 jam. Siaran radio ini anda boleh ikuti melalui TUNEiN sekiranya anda mempunyai tel bimbit, Tab atau Ipad yang mempunyai aplikasi Anroid. Taip saja "KOBAT FM' pada carian TUNEiN anda.




Sekiranya ingin mendengar siaran radio ini melalui blog atau link, anda boleh klik pada http://kobatfm.blogspot.com . Blog ini dan juga beberapa blog telah pun mempunyai siaran radio ini secara automatik. Masih banyak kekurangan pada radio KOBAT FM, terutamanya tenaga DJ yang setakat ini dikendalikan oleh saya selaku DJ tetap dan DJ sementara iaitu DJ Kak Em. Sehubungan itu, DJ akan bersama anda pada waktu-waktu tertentu yang mana kami akan hebahkan terlebih dahulu melalui FaceBook saya, FaceBook DJ Kak Em, FaceBook Kelab Kobat FM Pendengar dan juga di Fanpages KOBAT FM sendiri.




Radio ini mempunyai objektif untuk memberikan hiburan kepada anda di samping menyampaikan maklumat-maklumat atau isu-isu semasa khususnya berkaitan politik. Tentunya radio ini membawa agenda Pakatan Rakyat kerana ianya diasaskan oleh PKR Pahang dan diresmikan oleh Ketua Umum, DS Anwar sendiri.

Namun demikian, sebagaimana yang kita maklum mengendalikan radio internet banyak cabarannya terutama di dalam menguruskan dana bagi menampung operasi radio ini. Kita maklum, radio internet yang bersiaran 24 jam memerlukan belanja yang besar. Kami bernasib baik pada awal penubuhannya kami telah menerima beberapa bantuan daripada pihak-pihak tertentu dan individu yang menyokong kewujudan radio alternatif ini. Namun, setiap bulan kami terpaksa menampung kos pembiayaan internet dan server dan tugas DJ di radio KOBAT FM ini tidak bergaji dan sukarela. Bagi kami itu tidak penting, yang pentingnya adalah pengurusan radio ini.

Kami sedang berusaha untuk mencari mana-mana pihak yang sanggup menaja siaran kami. Bagi anda yang tidak berkemampuan untuk membantu kami, memadailah anda semua menyokong usaha kami dengan mendengarkan siaran kami terutamanya sewaktu DJ bertugas. Justeru itu, saya memohon jasa baik anda yang ikhlas menyokong usaha kami ini untuk menyertai Fanpages KOBAT FM agar segala maklumat berkaitan radio ini dapat kita kongsikan bersama.

Untuk menyertai Fanpages KOBAT FM, anda hanya perlu klik di link yang diberikan ini dan LIKE sahaja. Sokongan anda amat kami hargai agar radio ini terus dipanjangkan hayatnya, InsyaAllah. Klik di sini ----->
https://www.facebook.com/KobatFm?ref=hl